Daftar Program Insan Johor Untuk Golongan B40 Dan M40

0 666

Daftar Program Insan Johor Untuk Golongan B40 dan M40 – Satu program di bawah Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) iaitu PROGRAM INSAN JOHOR telah dilaksanakan baru-baru ini.

Program ini memberi manfaat kepada golongan peniaga B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor, Program Insan Johor ini dibuat untuk meneruskan legasi kemakmuran negeri dalam pelbagai bidang.

Khususnya dalam mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat Negeri Johor. Melalui Program ini, terdapat lima (5) pakej Bantuan bagi seorang peserta.

Iaitu Pakej Jahitan, Pakej Automotif, Pakej Agro, Pakej Gunting Rambunt lelaki, Pakej Makanan dan Minuman bagi pelaksanaan projek ekonomi.

PENTING!
* satu permohonan boleh memilih satu peralatan sahaja

Bantuan ini juga merangkumi Latihan dan kursus kemahiran bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan kemahiran asan seperti ‘online marketing’ dan juga pengurusan kewangan.

APA ITU PROGRAM INSAN JOHOR?

Program Insan Johor adalah sepenuhnya milik Kerajaan Negeri Johor dan ianya dilaksanakan oleh Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI).

Kelayakan pemohon adalah terdiri daripada peniaga B40 dan M40 yang TERJEJAS akibat penularan wabak COVID-19.

Skop bantuan peralatan ialah MESIN atau PERALATAN baharu yang berkaitan pakej yang dimohon dan BUKAN untuk pembaikan, penyelenggaraan dan penambahan mesin atau peralatan sedia ada.

Jom kita selami setiap pakej bantuan yang diperolehi melalui Program Insan Johor ini.

  • PAKEJ JAHITAN
    • Merangkumi bidang berkaitan jahitan pakaian, langsir dan alas meja. Antara barangan yang diperolehi ialah :
      • Mesin Jahit Lurus Industri
      • Mesin Jahit Tepi Industri
      • Mesin Jahit Sulam
  • PAKEJ AUTOMOTIF
    • Mrangkumi bidang berkaitan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal atau kereta. Antaranya ialah :
      • Air Compressor
      • Car tyre Changer
  • PAKEJ AGRO
    • Merangkumi semua yang terlibat dalam bidang pertanian, perladangan dan tanaman. Antaranya ialah :
      • Mesin Rumput
      • Mesin Gempur Tanah
  • PAKEJ GUNTING RAMBUT
    • Merangkumi bidang perkhidmatan menggunting rambut. Antaranya ialah :
      • Barber Chair
      • Washing Chair
  • PAKEJ MAKANAN DAN MINUMAN
    • Merangkumi bidang berkaitan perkhidmatan makanan dan minuman termasuk produk makanan, sejuk beku, bakeri dan lain-lain. Antaranya ialah :
      • Industrial Oven (saiz kecil)
      • Heavy Duty Stand Mixer (Saiz Sederhana)
      • Chiller (1 pintu)

Baca Juga >> Bantuan Baitulmal yang ramai tak tahu

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM INSAN JOHOR

  • Lahir di Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun semasa memohon
  • Pendapatan Bulanan Isi Rumah di bawah RM8,000 sebulan
  • DIUTAMAKAN kepada pemohon yang BELUM PERNAH menerima mana-mana bantuan peralatan daripada agensi Kerajaan sejak tahun 2016
  • Hanya 1 permohonan SAHAJA yang layak untuk memohon di kalangan isi rumah yang sama
  • Bantuan yang diterima akan dijalankan secara SEPENUH MASA.
  • WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebelum atau pada 31 Disember 2020
  • Tarikh Tutup  4 Julai 2020 (sabtu)

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN

  1. Isi borang permohonan dengan lengkap melalui GOOGLE FORM dan pautan permohonan yang boleh didapati di laman Facebook Unit Strategik Modal Insan Johor bermula 11 Jun 2020 (Khamis) jam 3 petang.
  2. Dalam tempoh 3 bulan dari Tarikh tutup permohonan, sekiranya tidak mendapat sebarang berita pemberitahuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA
  3. Sekiranya terdapat sebarang PEMALSUAN MAKLUMAT di dalam permohonan, serta merta akan dikira TERBATAL.
  4. Pemohon adalah dibenarkan untuk memohon SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh permohonan dibuka.

SOALAN-SOALAN YANG PERLU DIISI OLEH PEMOHON

page 1-1
page 1-2
page 2-2
page 2-2
page 2-3
page 3-1
page 3-2
page 3-3
page 3-4

Selepas isi borang permohonan ini, kita hanya perlu tunggu sahaja keputusannya. Jika kita layak, kita akan dihubungi oleh Pihak Kerajaan Johor. Jika tidak dihubungi, maka sah yang kita adalah TIDAK LAYAK.

Tapi banyak sungguh bantuan yang diberikan setiap pakej, kan. Rugilah jika kita tidak buat pendaftaran Program Insan Johor ni. Jangan lepaskan peluang tau!

Sekiranya kita rasa tidak layak, sebarkan kepada saudara mara kita atau kawan-kawan facebook kita yang tinggal di Johor. Mungkin mereka tidak tahu akan bantuan ini.

Jadi, jangan lupa untuk Daftar Program Insan Johor Untuk Golongan B40 dan M40 ini sebelum tutup tarikh permohonan. Semoga sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka yang betul-betul memerlukan.

Kami dari Akses Info mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemohon!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.