Daftar Sekarang Untuk Skim Peduli Sihat Selangor 2020!

0 914

Jom Daftar Sekarang Untuk Skim Peduli Sihat Selangor 2020. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri Selangor ada memperkenalkan satu skim iaitu skim perlindungan perubatan dan kesihatan (medical and healthcare coverage) atau Skim Peduli Sihat. Tapi masih ramai yang tak tahu.

Skim Peduli Sihat ini ditubuhkan bagi kumpulan isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu kelompok yang paling tertekan berikutan daripada kenaikan kos sara hidup.

OBJEKTIF UTAMA SKIM PEDULI SIHAT

Mereka yang dilahirkan atau telah menetap lebih 10 tahun di Selangor layak untuk menyertai skim ini.

Pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Ahli Dewan Negeri, PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah, klinik-klinik berdaftar termasuk pendaftaran atas talian dengan menyertakan bukti atau pengesahan pendapatan.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat. Mereka boleh menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik-klinik berdaftar mengikut had gunaan dan kelayakan yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEDULI SIHAT

Terdapat syarat-syarat yang dikenakan untuk mereka yang ingin memohon Skim Peduli Sihat ni.

KATEGORI A ( KELUARGA)

  • Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2000 sebulan.

KATEGORI B ( INDIVIDU)

  • Mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
  • Pendapatan individu RM1500 sebulan
CARA PENDAFTARAN SKIM PEDULI SIHAT

Terdapat dua cara untuk membuat pendafataran. Sama ada secara atas talian atau secara manual.

SECARA ATAS TALIAN atau ONLINE

STEP 1- Klik ke laman web Rasmi Peduli Sihat ->  https://pedulisihat.com/index.html

STEP 2 – Klik Entry Kelayakan dan Cara Memohon

Atau pun  klik tab Pendaftaran di bahagian atas

STEP 3 – Nanti akan keluar pilihan sama ada pendaftaran hendak dibuat melalui atas talian atau secara manual.

STEP 4 – Klik Daftar Online sekiranya nak buat pendaftaran menerusi atas talian. Dan kita diminta untuk mengisi butiran seperti di bawah

STEP 5 – Terdapat beberapa Kategori yang perlu diisi dengan lengkap. Selepas siap mengisi butiran, klik butang hantar untuk menghantar borang pendaftaran ini

STEP 6 – Sekiranya kita ingin membuat permohonan dan pendaftaran secara manual, klik butang  daftar manual. Dan muat turun borang dibawah

STEP 7 – Selepas selesai mengisi borang ini, bawa dan hantarkan kepada Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri yang berdekatan.

STEP 8 – Usaha membuka mata rakyat Selangor terutamanya untuk mendaftar Skim Peduli Sihat ini telah dilakukan dengan pelbagai cara menerusi laman media baik di televisyen, radio, facebook dan juga twitter.

KAD SKIM PEDULI SIHAT

Sekiranya pendaftaran sudah dibuat dan kita memenuhi ciri-ciri kelayakan yang disyaratkan, maka kad Skim Peduli Sihat ini akan pos di rumah jika anda buat pendaftaran melalui online atau atas talian.

Manakala bagi mereka yang mendaftar secara manual, kad skim peduli sihat ini akan dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri yang berdekatan.

CARA BUAT SEMAKAN LULUS SKIM PEDULI SIHAT

Semakan kelulusan ini boleh disemak menerusi online.

STEP 1 – Masuk ke laman web http://www.pedulisihat.com

STEP 2 – Isi butiran kad pengenalan dan tekan butang semak.

STEP 3 – Kita akan diberitahu bahawa permohonan sudah diluluskan atau masih dalam proses atau tidak diterima

APA KELEBIHAN KAD SKIM PEDULI SIHAT INI?

> Sesiapa yang ada kad skim peduli sihat boleh dapatkan 1 suntikan vaksin PERCUMA!!!

Terhad kepada seorang sahaja dalam satu keluarga dalam satu tahun.

Antara vaksin yang boleh didapati secara percuma adalah:

– vaksin influenza

– vaksin pneumococcal dewasa (Pneumovax23) dan kanak-kanak (Synflorix)

– vaksin meningococcal (haji / umrah)

– vaksin typhoid

– vaksin hepatitis B

Dan ada pelbagai lagi kelebihan-kelebihan yang lain yang mana turut berubah mengikut peredaran tahun. Jadi, bolehlah yang mana menetap di Negeri Selangor lebih 10 tahun ataupun memang anak kelahiran Selangor, daftarkan Skim Peduli Sihat ini terutama buat ibu dan ayah kita yang sudah tua.

InsyaAllah Kerajaan Negeri dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban yang kita alami.

Semoga permohonan anda semua diluluskan sekiranya memang memenuhi syarat kelayakan. Namun, sekiranya tidak mendapat kelulusan, kami doakan moga ada yang lebih baik menanti di hadapan.

Jadi, jangan lupa untuk daftar Daftar Sekarang Untuk Skim Peduli Sihat Selangor 2020. Kami harapkan agar apa yang kami sampaikan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda semua yang memerlukan info mengenai Skim Peduli Sihat ini.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.