i-Lestari Online: Semak Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP

0 734

i-Lestari Online: Semak Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP. 23 Mac 2020 lalu Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memperkenalakan 1 skim yang di beri nama i-Lestari KWSP.

Skim ini membolehkan ahli-ahli KWSP yang berumur 55 tahun kebawah mengeluarkan caruman KWSP di Akaun 2 maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Skim ini bertujuan membantu mereka yang terjejas dari segi pendapatan di sebabkan banyak sektor pekerjaan terpaksa di hentiakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak Covid 19.

Syarat kelayakan untuk memohon i-Lestari adalah :

1.          Warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan bukan warganegara  Malaysia

2.          Berumur 55 tahun kebawah

3.          Mempunyai baki akaun simpanan akaun 2 KWSP yang mencukupi

Urusan pemohonan dan semakan status i-Lestari KWSP boleh dibuat secara online di portal rasmi ilestari.kwsp.gov.my.

Pemohonan hanya perlu di lakukan sekali sahaja dan bayaran akan di kreditkan secara automatik setiap bulan selama 12 bulan tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 semasa anda.

Layari website : ilestari.kwsp.gov.my untuk membuat pemohonan

Pemohonan i-Lestari boleh di buat bermula 1 April  2020 sehingga 31 Mac 2021. Pemohonan selepas 31 Mac 2021 tidak akan di di luluskan oleh pihak KWSP kerana melebihi tempoh yang telah ditetapkan.

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan pemohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehinggalah tamat tempoh kuatkuasa i-Lestari yang sudah di tetapkan iaitu 31 Mac 2021.

Sebagai contoh, sekiranya pemohonan anda di luluskan bermula bulan April 2020, anda layak membuat pengeluaran selama 12 bulan.

Tapi sekiranya pemohonan anda diluluskan pada bulan Oktober 2020, anda hanya layak membuat pengeluaran selama 6 bulan sahaja.  

Dan jika pemohonan anda diluluskan pada bulan Mac 2021, anda hanya layak menerima pengeluaran selama sebulan sahaja.

Jumlah yang layak dikeluarkan oleh pencarum bermula dari RM50 sehingga RM500 sebulan, tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 anda.

Sekiranya jumlah simpanan anda tidak mencukupi bayaran bagi bulan seterusnya adalah berdasarkan baki yang ada dalam Akaun 2.

Anda tidak di benarkan mengubah jumlah bayaran pengeluaran yang telah diluluskan oleh pihak KWSP.

Pemohonan i-Lestari boleh dibuat melalui 4 saluran iaitu :
  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP.
  • 2. Secara  dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • 4. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,

Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan

46720, Petaling Jaya

Semasa mengisi pemohonan i-Lestari anda perlu pastikan detail yang di isi adalah tepat dan betul untuk memudahkan urusan pemprosesan pemohonan.

Pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.

Anda disarankan membuat pemohonan melalui portal rasmi i-Lestari untuk mempercepatkan proses pemohonan.

Pemohonan melalui portal rasmi i-Lestari boleh membuat semakan status permohonan dalam tempoh dua hari selepas permohonan dibuat.

Manakala permohonan melalui emel atau pos akan mengambil masa  lebih lama bagi proses pengesahan.

Bagi pemohonan bukan warga negara Malaysia, mereka hanya boleh membuat pemohonan i-Lestari yang di hantar melalui pos sahaja.

Berikut adalah detail yang perlu anda isi semasa membuat pemohonan i-Lestari di portal rasmi ilestari.kwsp.gov.my.

Semakan Status i-Lestari

Cara untuk menyemak status i-Lestari sangat mudah. Anda boleh semak secara online dengan cara layari portal rasmi i-Lestari selepas 2 hari membuat pemohonan. Anda tidak perlu ke kaunter KWSP.

Step 1

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 2

Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon . Kemudian klik SEMAK.

Step 3

Status semakan akan dipaparkan sama ada pemohonan diterima atau belum diterima

TERKINI | Cara Permohonon i-Lestari Tanpa Perlu Daftar i-Akaun

Mudahkan nak buat pemohonan i-Lestari ni? Jadi siapa yang terjejas dari segi pendapatan dalam tempoh PKP ni boleh la membuat pemohonan i-Lestari Online: Semak Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Semoga dapat menampung perbelanjaan untuk membeli keperluan harian anda. Saya harap perkongsian saya ini membantu anda untuk membuat pemohonan i-Lestari.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.