KERAJAAN TAMBAH 1 JUTA DEKODER MYTV PERCUMA. INI CARA MOHON ONLINE
Kerajaan Tambah 1 Juta Dekoder MYTV Percuma. Ini Cara Mohon Online untuk golongan B40 seluruh Malaysia. Sebelum ini sebanyak 2.3 juta unit decoder percuma telah diagihkan kepada golongan yang layak.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ini merupakan usaha kerajaan untuk memastikan perkhidmatan jalur lebar di semua Kawasan berkaliti sekali gus siaran digital tidak akan terganggu.
Permintaan decoder MYTV Percuma ini ditambah lagi berikutan dengan permintaan yang tinggi dalam permohonan yang diterima sebelum ini terutama daripada penduduk terutama di Kawasan luar bandar.
Tambah beliau lagi,
“Sekarang ini permintaan MyFreeview cukup tinggi. Kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta lagi (decoder) untuk kita beri perkhidmatan percuma kepada rakyat, terutama di luar bandar, untuk permintaan itu.
PERMOHONAN DEKODER MYTV PERCUMA
Walaupun di sesetengah tempat untuk mendapat siaran MyFreeview ini perlukan perkhidmatan jalur lebar, pasti akan bermasalah kerana tidak semua tempat capaiannya agak kurang atau kekuatannya tidak sampai. Ianya diperakui dan akan dinaik taraf lagi.
Sebelum ini, Zahidi pernah memaklumkan lebih 87 peratus Kawasan di seluruh negara akan menerima kemudahan capaian internet pada hujung tahun ini.
Bagaimanapun, ia akan menjadi lebih baik apabila cadangan untuk jaluran 5G termasuk 700 MHz diketengahkan untuk dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut.
Jadi, kepada yang tak sempat membuat permohonan sebelum ini, boleh lah buat permohonan untuk dapatkan Dekoder MYTV percuma kali ini.
Dengan jumlah 1 juta unit yang dikeluarkan ini, semoga dapat memabntu dmereka dalam menerima saluran televisyen digital MyFreeview tanpa sekatan lagi.
Follow cara membuat permohonan dan apa syarat kelayakan yang membolehkan kita untuk memohon decoder MYTV percuma?
SYARAT KELAYAKAN MOHON DEKODER MYTV
- Golongan B40
- Golongan OKU
2 golongan ini adalah mereka yang layak untuk menerima decoder MYTV secara PERCUMA. Mereka mestilah golongan yang didaftarkan melalui Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dan data Golongan B40 BSH adalah yang telah disaring dan tidak boleh dipinda.
Dengan Bahasa mudahnya, mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup di bawah Golongan B40, adalah layak untuk memohon. Namun, kita boleh buat semakan untuk memastikan sama ada kita layak atau tidak.
BUAT SEMAKAN KELAYAKAN DI SINI >> SEMAK KELAYAKAN MYTV PERCUMA
Sekiranya kita salah satu dari golongan yang layak untuk memohon tetapi tidak sempat berbuat demikian sebelum ini, boleh lah kita buat permohonan untuk mendapatkan decoder secara percuma.
PERINGATAN PENTING!
Tarikh permohonan decoder MYTV sebelum ini sudah ditutup pada 31 Mei 2020. Dan MASIH BELUM DIBUKA untuk permohonan baru.
Sebelum ini, kami di Akses Info pernah kongsikan cara-cara untuk membuat permohonan ini dengan detail dan jelas. Oleh itu, kepada yang tidak tahu bagaimana nak buat permohonan, boleh follow Langkah demi Langkah permohonan yang kami kongsikan di bawah ini :
Baca Sini >> STEP BY STEP PERMOHONAN DEKODER MYTV PERCUMA
SOALAN-SOALAN TERKUMPUL MENGENAI DEKODER MYTV
Saya layak namun masih belum menerima decoder saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
- Hanya perlu kemaskini maklumat dengan tepat bagi pihak MYTV membuat penghantaran ke alamat yang betul. Maklumat ini adalah tertakluk kepada peraturan PDPA.
Bolehkah Set decoder ini dipindah milik?
- Set decoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik. Tetapi boleh benarkan untuk digunakan di alamat yang bereza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun, kita sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap set decoder tersebut.
Kenapa diberikan kepada Kategori B40?
- Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah B40 (B40). Seramai 2 juta penerima telah dipilih dari senarai B40 yang telah disaring untuk menerima Set Dekoder Percuma.
Pastikan terus bersama kami, kerana kami akan cuba dapatkan maklumat terkini mengenai Dekoder MYTV percuma ini dengan segera.
Semoga perkongsian ini, dapat membantu anda semua yang memerlukan decoder MYTV Percuma ini untuk membuat permohonan baru kelak.
jumarni jamal
Kg hujung repek 16300 bachok kelantan
Nanti permohonan dah buakak tuan boleh apply ye