Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Masih Dibuka

0 44,763

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Masih Dibuka. Seperti yang kita sedia maklum, melalui Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara, ibu tunggal dan OKU akan diberi bantuan secara berperingkat.

Sebelum mengorak lebih jauh, ketahui apa definisi IBU TUNGGAL yang diambil kira.

DEFINISI IBU TUNGGAL

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah :

  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  • Mempunyai suami ( suaminya tidak sihar dan tidak mampu untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak ( sama ada anak angkata tau anak tidak sah taraf)

Sebelum ini, kami ada kongsikan step by step bagaimana mendaftarkan diri melalui lama web i-wanita Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Namun, kita perlu buat pendaftaran baru sebab ini adalah KHAS buat program PENJANA ini. Tapi, perlu bersabar sedikit sebab laman web agak penuh sesak dengan trafik yang tinggi.

Melalui sosial media mereka, pihak JPW masih belum keluarkan borang permohonan untuk ibu tunggal ini. Namun, bermula 19 Jun 2020, JPW ada update satu pengumuman tentang pendaftaran yang dibuka ini.

KEMASKINI (19 Julai 2020)


>> BUAT PERMOHONAN (Follow Step di bawah untuk online)
>> HANTAR BORANG PERMOHONAN DI KAUNTER
>> TERIMA SMS (Jika Lulus)
>> WANG BANTUAN AKAN DIKREDITKAN SECARA BERPERINGKAT

Untuk membuat permohonan ni, boleh isi borang pendaftaran di sini.

STEP 1 – Layari laman web JPW/ IBU TUNGGAL

STEP 2– Klik Banner PENJANA seperti gambar di atas

STEP 3- Pilih borang mengikut negeri masing-masing. Negeri yang kita sedang tinggal sekarang ini.

STEP 3 – Isi butiran dengan detail dan lengkap. Pastikan jujur tau dalam segala maklumat yang diberikan.

SEBARANG PEMALSUAN MAKLUMAT ADALAH SALAH!

Lepas borang dah isi maklumat dengan tepat, boleh submit Google Form tersebut.

Submit bersama beberapa dokumen yang diperlukan oleh Pihak Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

DOKUMEN YANG PERLU DISUBMIT KETIKA PERMOHONAN
* submit dokumen dalam bentu PDF tau bukan gambar @ JPEG

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan Penyata Akaun tahun semasa
  3. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Pengangkatan dari JPN
  5. Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan pendapatan ( daripada penghulu atau majikan)

DOKUMEN SOKONGAN

    1. Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
    2. Surat Akuan Sumpah (jika dalam proses penceraian)

MUAT TURUN

>>  SENARAI SEMAK PERMOHONAN
>> BORANG PERMOHONAN (MANUAL)
>> SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN

SOALAN LAZIM MENGENAI PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

APAKAH BKIT?

  • Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)
  • Satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan yang akan diberikan secara one-off kepada ibu tunggal yang layak.
  • Bantuan ini adalah berdasarkan pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui :
    • Pejabat Pembangunan Wanita dalam Negeri (PPWN) / JKM Negeri /PKMD/LPPKN
    • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon Sabah)
    • Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon Sawarak)
    • Portal Rasmi Jabatan Pembanguan Wanita. 
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BKIT?

Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut :

  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah sepeti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal)
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (GPK semasa) RM960 atau perkapita RM244
BAGAIMANA KAEDAH BAYARAN BKIT DILAKSANAKAN
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah masih aktif.

ADAKAH PERMOHONANA RAYUAN BOLEH DIBUAT SEKIRANYA TIDAK LULUS SEBAGAI PENERIMA BKIT?

  • Tempoh permohonan rayuan BKIT akan dimaklumkan melalui portal rasmi JPW.

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN BKIT AKAN DIBUAT?

  • Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020. 
    {Kemaskini 19/7- Yang mana borang dihantar bulan Jun dan diluluskan, wang bantuan TELAH PUN DITERIMA}

BERAPAKAH BAYARAN BKIT YANG AKAN DITERIMA?

  • Bayaran sebanyak RM300.00 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak

BAGAIMANA SEMAKAN STATUS PENERIMAAN BKIT BOLEH DIBUAT?

  • Status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

ADAKAH PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SECARA MANUAL (BORANG PERMOHOANAN) JIKA TIADA INTERNET?

  • Ya! Permohonan boleh dikemukakan di :
    • Pejabat Pembangunan Wanita dalam Negeri (PPWN) / JKM Negeri /PKMD/LPPKN
    • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon Sabah)
    • Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon Sawarak)

Baca Juga >> Daftar i- Saraan Bagi Yang Bekerja Sendiri

Semoga yang mana sedang buat permohonan tu, lulus dengan jayanya dan dapat bantuan inisiatif dari Kerajaan ini.

Sekiranya tidak layak, jangan putus asa. Boleh buat rayuan bila tarikh rayuan dibuka kelak. Sekiranya masih juga Tidak Layak maka ternyata masih ramai yang lebih memerlukan berbanding kita.

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan di media sosial baik facebook, atau whatsapp supaya mereka cakna untuk buat pendaftaran ini.

Kesimpulannya, jangan lupa isi dulu Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Masih Dibuka. Semoga perkongsian dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang membaca.

Selamat Maju Jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34