Permohonan Bantuan Skim BaitulMal Yang Ramai Tak Tahu
Permohonan Bantuan Skim BaitulMal Yang Ramai Tak Tahu? Setiap negeri mempunyai Majlis Agama tersendiri. Di mana, terdapat skim Baitulmal yang boleh dimohon oleh kita untuk mengurangkan bebanan.
Walaubagaimanapun, skim baitulmal ini masih ramai yang belum tahu dan ada yang tidak pernah dengar sekalipun.
Salah satu Majlis Agama Negeri yang boleh mempunyai pelbagai bantuan dalam skim Baitulmal ini ialah Majlis Agama Wilayah Persekutuan.
Dengan syarat minimal sahaja, kita boleh buat permohonan baitulmal ini. Baca dulu syarat – syarat yang ditetapkan oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP).
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SKIM BAITULMAL
- Beragama ISLAM
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Sekiranya kita menepati syarat- syarat yang ditetapkan, bolehlah memohon baitulmal ini.
Had al-Kifayah ini terdapat borang yang perlu di isi melalui atas talian untuk pihak MAIWP dan akan dikira secara terperinci di kaunter nanti.
Terdapat 29 Jenis Bantuan yang terdapat dalam Skim Baitulmal ini. Apa yang saya kongsikan ini ialah dari MAIWP dan bagi negeri – negeri lain boleh lihat di laman sesawang rasmi Majlis Agama Negeri masing-masing.
Antara Bantuan yang boleh kita mohon ialah :
- BANTUAN KEWANGAN BULANAN
- BANTUAN TAKAFUL ASNAF
- BANTUAN PERUBATAN
- BANTUAN MENYELESAIKAN HUTANG
- BANTUAN PERKAHWINAN
- BANTUAN IBNU SABIL
- BANTUAN KECEMASAN
- BANTUAN GUAMAN SYARIE
- BANTUAN MUSIBAH
- BANTUAN DEPOSIT SEWA RUMAH / SEWA BULANAN
- BANTUAN BINA / BAIKI RUMAH
- BANTUAN DEPOSIT BELI RUMAH KOS RENDAH
- BANTUAN AM PERSEKOLAHAN
- BANTUAN AM PELAJARAN IPT
Dan banyak lagi bantuan yang disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“PERMOHONAN SKIM BAITULMAL KINI DIBUKA”
Permohonan Bantuan Skim BaitulMal Yang Ramai Tak Tahu ini sudah dibuka dan boleh dimohon bila-bila masa sahaja. Pemohon mestilah memenuhi syarat dan menyiapkan dokumen – dokumen ini
- Syarat umum adalah seperti di atas
- Dokumen yang diperlukan –
- Borang permohonan (perlu dimuat turun)
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi wanita)
- Satu Salinan kad pengenalan (Pemohon, pasangan, anak-anak (tidak termasuk yang sudah berkahwin/ bekerja. Bagi anak angkat sertakan sekali surat pengangkatan dari JPN atau surat akuan sumpah penjagaan.
- Salinan penyata gaji / pencen/ PERKESO. Bagi yang tiada, surat akuan sumpah pendapatan terkini dari Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan nombor akaun bank (dari buku bank)
- Salinan bil utiliti / cukai pintu rumah yang didiami
- Salinan surat diberhentikan kerja oleh majikan
- Salinan sijil SSM dan maklumat pemilik dan perniagaan (Sekiranya permohonan perniagaan)
- Salinan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan
- 2 keping gambar berwarna berukuran 3R, pemohon sedang menjalani operasi perniagaan
- Dokumen yang diperlukan –
Terdapat juga beberapa syarat khas dan dokumen yang perlu dilampirkan bersama untuk membuat permohonan.
Namun, dokumen-dokumen ini hendaklah diberikan sesuai dengan jenis permohonan. Sekiranya pemohon buat permohonan untuk perniagaan, barulah disertakan bersama dokumen-dokumen perniagaan.
Banyak sebenarnya bantuan yang kita boleh dapat dari Kerajaan ni kan. Jangan lupa Install MySejahtera dan Tebus Kredit RM50 dari Kerajaan.
MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR (MAIJ) – (LINK PORTAL RASMI)

Tepati syarat yang ditetapkan. Dan ini bantuan yang boleh dimohon di MAIJ :
- Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan
- Skim Bantuan Perubatan
- Skim Bantuan Perumahan
- Skim Bantuan Berdikari
- Skim Bantuan Pendaftaran IPT
- Skim Dermasiswa Pelajar
- Dan lain-lain
MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN (MAIK) – (LINK PORTAL RASMI)

Majlis Agama Islam Kelantan juga turut mempunyai Skim BaitulMal ini dan boleh dimohon oleh rakyatnya. Ini antara bantuan yang disediakan :
- Bengkel Kemahiran
- Program Bersama Golongan Asnaf
- Program Usahawan MAIK
- Program Pembangunan dan Pengimarahan Masjid, Madrasah dan Surau
- Asrama Anak Yatim (Darul Aitam Putera dan Puteri)
- Bantuan Kecamasan
- Bantuan Kesihatan
- Bantuan kebakaran
MAJLIS AGAMA ISLAM M DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIAMP) (LINK PORTAL RASMI)

Selain Wilayah Persekutuan, Johor dan Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) turut mempunyai skim Baitulmal yang boleh dimohon. Antara bantuan yang disediakan ialah :
- Skim Bantuan Kewangan
- Skim Bantuan Kecemasan
- Skim Bantuan Hemodialisis
- Skim Bantuan Persekolahan
- Skim Bantuan Modal
- Dan Lain- lain
CARA MEMBUAT PEMOHONAN ZAKAT MAWIP
Di bawah ini saya sertakan langkah demi Langkah macam mana nak buat permohonan Skim Baitulmal ini dari MAIWP.
Langkah 1: Layari Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan https://www.maiwp.gov.my/

- Layari portal rasmi MAWIP kemudian klik butang “Bantuan Zakat”
Langkah 2: Pilih Jenis Bantuan

- Terdapat 29 jenis bantuan yang disediakan oleh MAWIP
- Pilih bantuan yang anda inginkan. Kemudian klik pada bantuan tersebut
Langkah 3: Isi Borang Pemohonan

- Baca syarat pemohonan terlebih dahulu.
- Sekiranya layak anda boleh mengisi borang pemohonan bantuan
- Untuk dapatkan borang pemohonan klik “Borang Bantuan”

- Download dan print borang pemohonan bantuan
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu di hantar ke kaunter Baitulmal MAIWP.
Boleh lah kita mohon Skim Baitulmal ini mengikut negeri yang kita diami sekarang ini. Mudah-mudahan ada bantuan baitulmal yang boleh kita mohon SEKIRANYA kita benar-benar memerlukan.
Jadi, kepada yang sudah membuat permohonan, kami mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Mudah-Mudah diterima permohonan.
Jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan yang belum tahu mengenai Permohonan Bantuan Skim BaitulMal Yang Ramai Tak Tahu ini.
Join Channel Telegram dengan update pantas!