PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PERAKKU 2020

0 6,477

Permohonan Program Rumah Perakku 2020 telah pun dibuka untuk seluruh rakyat Negeri Perak bermula awal tahun ini. Tapi sayangnya masih ramai yang belum tahu mengenainya dengan lebih terperinci.

APA ITU PROGRAM RUMAH PERAKKU 2020?

Objektif Program Rumah Perakku ialah membantu mereka yang belum mempunyai rumah sendiri  dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah idaman sendiri dengan syarat-syarat tertentu.

Sekiranya anda orang yang tinggal di Perak atau anak kelahiran Perak yang belum mempunyai rumah pertama, anda orang yang layak untuk memohon dalam Program Rumah Perakku 2020 ini.

Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan Program Rumah Perakku 2020 ini ialah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan juga mendapat kerjasama daripada sektor swasta.

Melalui program ini, mereka yang layak akan dapat membeli rumah pertama mereka pada harga mampu milik. Harga yang ditawarkan menerusi program ini ialah :

  • Kos rendah – RM90,000 ke bawah
  • Kos sederhana – RM150,000 ke bawah
  • Mampu milik – RM250,000 ke bawah

Rumah Perakku ini bakal dibina di seluruh Negeri Perak. Oleh itu, berikut antara sedikit maklumat tentang Projek Rumah Perakku 2020 yang dapat dikongsi Bersama untuk membuat pilihan.

MAKLUMAT PROJEK RUMAH PERAKKU 2020
  1. Rumah Perakku Bidor
    1. Daerah – Batang Padang
    1. Mukim – Bidor
    1. Harga Minimum – RM70,000
    1. Harga Maksimum – RM140,000
  • Rumah Perakku Kos Sedrerhana Desa Pengkalan
    • Daerah – Kinta
    • Mukim – Sungai Terap
    • Harga Minimum – RM70,000
    • Harga Maksimum – RM140,000
  • Rumah Perakku Mampu Milik Bidor
    • Daerah – Batang Padang
    • Mukim – Bidor
    • Harga Minimum – RM140,000
    • Harga Maksimum – RM250,000
  • Rumah Mampu Milik Pekan Dato Ahmad Said
    • Daerah – Kinta
    • Mukim – Ulu Kinta
    • Harga Minimum – RM238,000
    • Harga Maksimum – RM330,650
  • Rumah Perakku 90k Malim Nawar
    • Daerah – Kampar
    • Mukim – Pekan malim Nawar
    • Harga Minimum – RM90,000
    • Harga Maksimum – RM90,000
  • Rumah Perakku 90k Tronoh
    • Daerah – Kinta
    • Mukim – Belanja
    • Harga Minimum – RM90,000
    • Harga Maksimum – RM90,000
  • Rumah Perakku 1 Rumah Bandar ( Town House)
    • Daerah – Kampar
    • Mukim – Pekan Malim Nawar
    • Harga Minimum – RM70,000
    • Harga Maksimum – RM90,000
  • Rumah Perakku kos Sederhana Kg Serdang Setiawan
    • Daerah – Manjung
    • Mukim – Setiawan
    • Harga Minimum – RM168,000
    • Harga Maksimum – RM168,000
  • Rumah Perakku Kos Rendah Kg Serdang Setiawan
    • Daerah – Manjung
    • Mukim – Sitiawan
    • Harga Minimm – RM70,000
    • Harga Maksimum – M85,000
  1. Rumah Perakku Kos Rendah Smart Journey Mukim Sungai Terap
    1. Daerah – Kinta
    1. Mukim – Sungai Terap
    1. Hargsa Minimum – RM85,000
    1. Harga Maksimum – RM85,000

Baca juga: Skim Rumah Pertamaku (SRP) Yang Ramai Tak Peduli

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

Berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak LPHP, mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta belum mempunyai rumah sendiri layak untuk membuat permohonan Rumah Perakku 2020.

Berdasarkan pendapatan isi rumah, boleh lah anda merancang untuk memohon rumah daripada kategori dan daerah yang bersesuaian dan diinginkan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PERAKKU 2020

Buat masa ini, Permohonan Program Rumah Perakku 2020 ini masih dibuka dan boleh membuat permohonan melalui atas talian di laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

STEP 1 – Masuk ke laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP). Klik link di atas atau >> http://lphp.perak.gov.my/

STEP 2- Klik Mohon Sekarang, sekiranya anda belum pernah membuat apa-apa permohonan sebelum ini. Bagi mereka yang sudah membuat permohonan, klik Semak Sekarang jika ingin membuat semakan.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

STEP 3 –  Kemudian klik Permohonan Baru untuk kita mengisi segala butiran lengkap yang diperlukan dalam boring permohonan.

STEP 4 –  Lengkapkan boring permohonan ini. Isi butiran dengan lengkap, dan butiran mestilah betul serta jujur.

A screenshot of a computerDescription automatically generated

STEP 5 – Setelah selesai, klik ‘DAFTAR PERMOHONAN RUMAH’ untuk submit permohonan kita sebentar tadi.

PERINGATAN PENTING!

  • Setiap pendaftaran rumah yang Berjaya, pemohon akan menerima email yang mengandungi maklumat akses ke akaun permohon
  • Pemohon dikehendaki mengemaskini maklumat pemohon dan dokumen-dokumen berkaitan permohonan rumah dalam kadar yang secepat mungkin
  • Pemohon boleh mengemaskini profile dan permohonan rumah atau menyemak status permohonan rumah di sini.. > http://lphp.perak.gov.my/permohonanrumah.php
A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

Sekiranya anda ragu-ragu untuk mengisi secara atas talian dan lebih suka isi secara manual, boleh lah dapatkan boring permohonan di sini.

Muat turun , kemudian isi dengan lengkap sebelum menghantar borang tersebut ke alamat yang dianyatakan dalam borang.

>> BORANG PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PERAKKU 2020

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,

Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh, Perak

Tel : 05-209 5000 Fax : 05-253 0001

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PEMOHON :
  1. Salinan kad pengenalan terbaru pemohon dan pasangan
  2. Salinan Sijil Nikah / Daftar Perkahwinan
  3. Salinan Sijil Kelahiran /  Kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan
  4. Salinan Sijil kematian / Penceraian Sekiranya pemohon berstatus balu/ duda atau janda
  5. Salinan Slip Gaji Terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan penyata KWSP pemohon dan pasangan
  6. Surat pengesahan dan perakuan pendapatan bulanan pemohon dan pasangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah SEKIRANYA bekerja sendiri
  7. Sekeping gambar berwarna dan berukuran passport yang terbaru

Semua borang akan diteliti dan disemak dengan lebih detail. Jadi, pastikan borang Permohonan Program Rumah Perakku 2020 yang anda hantar adalah lengkap.

CONTOH – CONTOH RUMAH PERAKKU
  1. Projek Kampung Serdang, Sitiawan
A close up of a signDescription automatically generated
  • Taman Bersatu Bidor
A sign in front of a houseDescription automatically generated
A house on the side of a buildingDescription automatically generated
A sign on the side of a buildingDescription automatically generated
  • Pekan Dato Ahmad Said. Gugusan Manjoi
A close up of a signDescription automatically generated
A close up of a signDescription automatically generated

Secara kesimpulannya, Program Rumah Perakku ini sekadar memberi peluang untuk mereka yang belum lagi mempunyai rumah sendiri untuk memilikinya.

Jadi, kepada yang sudah membuat permohonan melalui atas talian, jangan lupa untuk hantar dokumen – dokumen yang diminta sesegera mungkin kepada pihak LPHP.

Kepada yang membuat permohonan secara manual juga, jangan berlengah untuk submit borang Permohonan Program Rumah Perakku 2020 ini.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.