[PKP 3.0] Bantuan Istimewa Kerajaan RM150 Untuk Belia Atau Pelajar Sepenuh Masa. Apply Sekarang!
Sejak kita dimaklumkan bahawa negara akan mengalami satu lagi tempoh lockdown bagi membendung dan mengurangkan kes jangkitan Covid-19 harian di negara kita, ramai yang mulai terasa akan bebanannya.
Ramai yang sedar bahawa ia sudah menjadi satu keperluan. Ramai juga yang dengan rela akan kekal akur dengan arahan kerajaan kerana ingin negara kita kembali aman dan bebas untuk kita menjalankan aktiviti seperti dahulu.
Ramai juga yang sanggup untuk berkorban sekalipun ramai yang terjejas dengannya. Namun, kerajaan tetap tidak membiarkan kita terkontang-kanting. Semalam, telah diumumkan beberapa bantuan.
BANTUAN UNTUK BELIA DAN PELAJAR SEPENUH MASA
Tidak terkecuali buat para belia dan pelajar sepenuh masa. Kerajaan telah memberikan bantuan sebanyak RM150 kepada mereka semua dalam bentuk eWallet. Ia merupakan bantuan khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Bantuan terbaharu iaitu PEMERKASA yang mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara.
Ia adalah susulan pandemik COVID-19 dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu. Pada awalnya, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini.
Jumlah asalnya adalah RM50 sahaja sebelum dinaikan menjadi RM100 dan menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.
MENGGALAKKAN BUDAYA TRANSAKSI TANPA TUNAI
Melalui program ini juga, ia bertujuan dan mengharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.
Dengan cara ini, kita semua dapat mengurangkan sentuhan sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan. Ia juga bertujuan untuk merancakkan kembali ekonomi dengan memberikan kuasa membeli kepada belia.
SYARAT KELAYAKAN eBELIA RM150
Berikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)
TARIKH PENEBUSAN
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai 1 Jun 2021 sehingga 31 Julai 2021.
Kaedah penebusan adalah dengan menggunakan aplikasi eWallet seperti:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
- BigPay
SHOPPE ADA OFFER BESAR
Bayangkan dengan eBelia RM150 anda, anda boleh dapatkan ekstra voucher sebanyak RM55 lagi dengan ShopeePay. Ia khas untuk 140,000 yang terawal sahaja. Ikut langkah mudah dibawah ini atau klik DISINI.
Jika berjaya, anda akan menerima RM150 masuk kedalam ShopeePay anda. Tak cukup dengan itu, Shopee juga ada menawarkan voucher tambahan sebanyak RM500 seperti dibawah.
Untuk voucher ekstra RM55 yang terhada untuk 140,000 yang terawal tadi pula anda akan menerima voucher daripada jenama seperti dibawah.
Ada lagi, Shopee juga akan berikan anda coins tambahan jika anda melakukan perkara dibawah.
Tak kisah dengan apa sekalipun anda ingin menebus RM150 anda, apa yang paling penting adalah jangan lepaskan peluang ini untuk menerima bantuan daripada kerajaan. Dengannya, anda boleh membeli apa-apa yang anda inginkan dan dapat membantu merancakkan kembali ekonomi.
SUMBER : Akses Info, SHOPEE