PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (BSN MYHOME)
Program Perumahan Rakyat (BSN MYHOME) merupakan satu bentuk pinjaman perumahan bagi mereka yang bekerja sendiri atau mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Program ini memberi peluang kepada mereka yang memerlukan untuk memiliki rumah sendiri.
Syarat-syarat Pemohonan (BSN MYHOME)
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun.
- Pemohon boleh di buat secara Individu / Bersama.
- Mempunyai bukti bekerja sendiri.
- Mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman.
- Masih belum pernah mengambil pinjaman perumahan dari mana-mana institusi kewangan lain.
- Mempunyai pendapatan minima RM1,000 sebulan.
- Merupakan rumah pertama dan untuk didiami sendiri.
- Wajib mempunyai akaun BSN GIRO/ BSN GIROi
- Pembiayaan untuk hartanah kos rendah atau sederhana sahaja.
- Deposit sekuriti bersama 3 bulan ansuran bulan.
Ciri-ciri Pembiayaan
- Jumlah pinjaman yang ditawarkan bermula RM25 000 hingga RM300,000.
- Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & TLRT).
- Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun. Had umur pemohon tidak boleh melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pinjaman.
Kadar Faedah
Kadar Asas (KA) Bank Simpanan National (BSN) adalah 2.85% (Berkuatkuasa 15 Mei 2020).
Bagi jumlah pinjaman RM100,000 dan kebawah, Kadar Asas (KA) hartanah siap dan hartanah dalam pembinaan adalah KA+3.00%.
Manakala bagi jumlah pinjaman lebih daripada RM100,000 sehingga RM300,000. Kadar Asas (KA) hartanah siap adalah KA+1.20% dan bagi hartanah dalam pembinaan adalah KA+0.95% bagi tempoh 1 hingga 2 tahun pertama dan KA+1.20% untuk tahun seterusnya.
Bayaran Yang Terlibat Semasa Proses Pinjaman Perumahan
Terdapat 6 jenis bayaran yang pemohon perlu bayar iaitu :
- Setem Duti – Bayaran seperti mana yang telah di tetapkan dalam Akta Setem 1949
- Yuran Pengeluaran – Merangkumi bayaran duti setem, yuran pendaftaran cagaran,pendaftaran mana-mana dokumen sekuriti serta pendaftaran dan penarikan balik kaveat dan lain-lain caj yang berkenaan seperti carian kebankrapan dan carian rasmi hakmilik
- Yuran Guaman – Semua yuran guaman dan perbelanjaan sampingan yang terlibat dengan penyediaan dokumen sekuriti kemudahan pembiayaan.
- Yuran Penilaian Harta – Yuran profesional bagi menyediakan laporan rasmi hartanah (Khas untuk hartanah yang telah siap dibina sahaja)
- Yuran Pemprosesan – Yuran ini dikecualikan
- Deposit Sekuriti – Sepertimana di dalam Surat Tawaran (Deposit sekuriti 3 bulan ansuran bulan)
Bagi anda yang mempunyai akaun KWSP. Anda boleh membuat pemohonan pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk membiayai kos pembelian rumah anda.
Baca juga: Cara Buat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (Plus) 2020
Cara Membuat Pemohonan BSN MYHOME
Pemohonan Program Perumahan Rakyat di bawah BSN MyHome boleh di buat di cawangan Bank Simpanan National (BSN) berdekatan tempat anda. Anda boleh memuat turun borong pemohonan di website rasmi mybsn : https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=146
Langkah 1: Klik Memohon BSN MyHome

Anda hendaklah baca syarat pemohonan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan Program Perumahan Rakyat (BSN MyHome).
Sekiranya anda menepati syarat pemohonan klik “Mohon BSN MyHome”
Langkah 2 : Muat turun borang pemohonan BSN MyHome

Anda perlu memuat turun borang pemohonan dan print borang tersebut. Borang pemohonan ini mempunyai 8 muka surat. Antara butiran yang perlu di isi dalam borang pemohonan Program Perumahan Rakyat (BSN MyHome) adalah:
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Pemohon Bersama (Jika anda ingin membuat pemohonan bersama pasangan)
- Maklumat Perbelanjaan
- Butiran Hartanah
- Pengesahan
Borang yang siap di isi hendaklah di hantar ke cawangan Bank Simpanan National (BSN) yang berhampiran tempat tinggal anda.
Selain daripada Program Perumahan Rakyat (BSN MyHome), sebenranya ada banyak lagi program pinjaman perumahan BSN yang anda boleh buat pilih seperti :
- BSN MyHome (Hartanah Kediaman) / BSN MyHome (Residential Property)
- BSN MyHome (Hartanah Komersial) / BSN MyHome (Commercial Property)
- BSN MyHome [Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE)]
- BSN MyHome (Skim Perumahan Belia) / BSN MyHome (Youth Housing Scheme)
Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu anda untuk membuat pemohonan Program Perumahan Rakyat (BSN MyHome). Saya doakan urusan anda untuk memiliki rumah pertama dipermudahkan!
Join Channel Telegram dengan update pantas!
Mencari rumah kawasan sungai buloh
Program Perumahan Rakyat (BSN MYHOME) merupakan satu bentuk pinjaman perumahan..tak sama dgn PPR atau rumah PR1MA.. Jadi, anda perlu mencari sendiri rumah yg ingin dibeli . Kemudan boleh buat pinjaman dgn BSN di bawah skim BSN MYHOME 🙂
kalau rumah untuk beli PR1MA boleh buat pinjaman BSN MYHOME juga ke?
hai..apa perbezaan antara program perumahan rakyat (bsn myhome) dengan skim rumah pertamaku/geran BNM/maybank houzkey
Perbezaan dari segi pembiayaan bank, syarat pemohonan dan projek yang terlibat. Jadi sebelum tuan buat pemohonan boleh baca terlebih dahulu supaya dapat buat pemohonan yg terbaik dan sesuai dengan tuan 🙂
kalau rumah sedia ada untuk pembiayaan semula bole tak?
Sepatunya tak boleh. sebab syarat utama pemohonan hanya untuk rumah pertama sahaja.
Jika pinjam rm300K. Brp bayaran bulanan ?
Untuk info lanjut say sarankan tuan rujuk pihak BSN MYHOME.. Mereka akan terangkan dengan lebih lajut berkenaan Program MYHOME
Salam sejahtera.. Jika isteri yg berkerja sendiri dan suami adalah penjawat awam… Adakah isteri boleh memohon utk program ini?
Boleh dengan syarat rumah tersebut merupakan rumah pertama milik anda