Skim Rumah Pertamaku (SRP) Yang Ramai Tak Peduli

47 67,958

Skim Rumah Pertamaku (SRP) Yang Ramai Tak Peduli. Kita selalu dengar, Skim Rumah Pertama untuk Kakitangan Kerajaan sahaja kan sebelum ini? Atau untuk anak-anak negeri.

Tapi sekarang ni dah ada Skim Rumah Pertama untuk penjawat Swasta atau mereka yang bekerja sendiri.

Skim Rumah PertamaKu (SRP)  – Skim Rumah PertamaKu adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia.

Inisiatif ini bagi membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5000 setiap pemohon ) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ni membolehkan kita (pertama kali beli rumah) mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank terlibat dan apa yang paling best dan menarik, tanpa perlu membayar wang pendahuluan!

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (CSRP) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar “kerugian pertama.”

Namun, apakah ciri-ciri dan faedah utama untuk kita memohon Skim Rumah PertamaKu ni?

Pembelian rumah pertama ini bergantung kepada kemampuan.

  • Pembiayaan sehingga 110%
  • Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap._ daripada pasaran pertama atau sekunder.
KRITERIA KELAYAKAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

Pemohon yang layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli Rumah Pertama
  • Pekerja Bergaji atau Bekerja Sendiri
  • Pemohon individu atau bersama

> Pendapatan Kasar bulanan isi rumah :

  •  Tidak lebih daripada Rm5000 – bagi pemohon individu / bersama
  • Lebih daripada Rm5000 dan tidak lebih dari RM10000 ( bagi pemohon bersama , tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak melebihi RM5000)
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Harta yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja ( tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji atau arahan tetap
  • Insurans/ Takaful kebakaran diwajibkan

> Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM5000 :

  • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK Rumahku di ( https://learn.akpk.org.my)
  • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Jika SKIM ini tidak sesuai dengan anda, ada lagi satu Program telah di perkenalkan untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Cara Buat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (Plus) 2020 saya kongsikan di sini.

BANK – BANK YANG TERLIBAT DENGAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

Permohonan untuk pembiayaan di bawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti di bawah :

Bank- bank ini boleh terus dihubungi menerusi panggilan ke nombor-nombor di bawah mengikut setiap bank.

Berikut merupakan Brochure yang disediakan oleh pihak Cagamas. Baca dengan teliti KRITERIA PENTING SKIM.


Untuk membuat permohonan, boleh klik terus laman web SRP
>> http://www.srp.com.my/

Walaupun Skim Rumah Pertama ini sudah diumumkan dalam belanjawan tahun 2011, tapi masih ramai yang kurang cakna tentang pemilikan rumah pertama buat penjawat swasta dan bekerja sendiri.

Semoga ilmu ini dapat disebarkan dan sampai kepada mereka supaya mereka juga mampu untu memiliki rumah pertama seperti yang lainnya.

Secara kesimpulannya, bukan sahaja penjawat awam malah penjawat swasta dan mereka yang bekerja sendiri juga turut berpeluang untuk mendapatkan Rumah Pertama masing-masing melalui Skim Rumah PertamaKu ini.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

47 Comments
  1. Mohd suhazril bin subiar says

    Mcncri rmh 1st

    1. aksesinfo says

      Hai tuan.. Nanti boleh baca posting yg kami share sampai habis untuk full info berkenaan rumah pertamaku

    2. Hafiz says

      Skim Rumah Pertamaku (SRP) kawasan mna Nnti akan dibina… Langkawi ada x?

      1. aksesinfo says

        Skim rumah pertamaku tak sama macam rumah PRIMA..Melalui skim ini, kerajaan akan membiayai pembelian rumah pertama tuan tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Dan nilai rumah yang ingin dibeli hendaklah bermula dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 sahaja. Kira kita sendiri boleh tentukan dimana rumah yang ingin kita beli.

  2. Nur fadilah binti ismail says

    Sy nk cari rumah setinggal

    1. aksesinfo says

      maaf… saya kurang faham.. rumah setinggal?

      1. Ibrahim bin mad lazam says

        Hai encik saya nk mohon skim rumah petamaku macam mana ya kurang paham dan takda pengalaman?

        1. aksesinfo says

          Boleh baca posting kami share tu dan urusan boleh rujuk dengan bank-bank yang terlibat.

  3. Azliza Md isa says

    Azliza Md isa

  4. Mary Mary says

    Mary Mary

  5. Kamariah says

    Mcmane nk mohon xde links pn

    1. aksesinfo says

      Sekiranya layak, sis boleh isi borang permohonan di bank-bank terlibat yang kami ada kongsikan dalam posting

    2. Fauziah abdul raof says

      Untuk gaji bawah rm2k,blh mohon tak?

      1. aksesinfo says

        Boleh selagi mana memenuhi kriteria yang ditetapkan.

  6. Surayah binti Ibrahim says

    Berapa harga rumah skim rumah pertamaku??

    1. aksesinfo says

      Nilai maksimum hartanah RM500,000.. bergantung pada pendapatan sis

  7. Surayah binti Ibrahim says

    Rumah skim pertamaku kawasan area Johor ada tk?

    1. aksesinfo says

      lokasi adalah tertakluk kepada polisi penaja jaminan bank-bank yang terlibat.

  8. izati says

    macam mana nak mohon

    1. aksesinfo says

      minta maaf, saya ade sertakan link untuk mohon.

  9. Ibrahim bin mad lazam says

    Hai encik saya nk mohon skim rumah petamaku macam mana ya kurang paham dan takda pengalaman?

    1. aksesinfo says

      Endik boleh baca perkongsian yang kami berikan dan ade link untuk memohon.

  10. Fauziah abdul raof says

    Untuk gaji bawah rm2k,blh mohon tak?

    1. aksesinfo says

      Boleh selagi mana menepati ciri-ciri yang ditetapkan

      1. Asmadiya Asmadiya says

        Gaji bersih brape boleh lulus?

        1. aksesinfo says

          Bergantung pada nilai rumah yang ingin di beli.. Boleh rujuk denagan bank-bank yang terlebat untuk mereka buat kira-kira bersesuaian denagan pendapatan sis.

  11. Jothi says

    Sye dok cari umah…utk beli

    1. aksesinfo says

      boleh rujuk post dan entry yang kami sediakan untuk memudahkan tuan dapatkan rumah dan buat permohonan. 🙂

  12. cmashuib says

    Ada had umur kah untuk permohonan ini?
    Maksud saya jika pemohon adalah berumur awal 40 an

    1. aksesinfo says

      Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan

  13. Nirwan says

    Boleh ke saya mohon jika ada tanah sendiri untuk bina rumah SRP?

    1. aksesinfo says

      Tidak, Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.

  14. Muhammad Uzir Baha says

    Muhammad Uzir Baha hi how is it

  15. Muhammad Uzir Baha says

    Muhammad Uzir Baha
    Hi salam, how is it

    1. aksesinfo says

      Boleh baca posting yg kami share untuk info lanjut

  16. Izhar says

    Saya pembeli rumah pertama, dah Beli Dan tunggu serahan kunci.. boleh apply lagi skim ni?

    1. aksesinfo says

      Tidak boleh.. sayarat SRM hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja.

  17. malar says

    Utk gaji bawah 2000 blh mohon ke..?

    1. aksesinfo says

      Kalau pendapatn RM2000 layak..tapi kalau bawah RM2000 boleh semak semuala danagan bank-bank yang terlibat.

  18. Azlina says

    Kalau orang yang berkerja di Singapore boleh beli ke???

    1. aksesinfo says

      Kalau ikut syarat waraganegara Malaysia ..jadi Sis boleh cuba pohon asalkan rmh tu beli di Malayia.. Boleh cuba baca semuala posting ni ye

      1. Syukur says

        As salam cik.. maksud rumah permata ni,wajib ada tanah sendiri kan..saya ingat perumahan yang dah sedia ada untuk dibeli..

        1. aksesinfo says

          Wassalam..Tuan dah baca sampai habis ye posting yang kami share?? Skim Rumah Pertamaku ni lebih kepada pembiayaan utk membeli rumah pertama. Ada banyak bank yang terlibat utk skim ini. Tak perlu ada tanah sendiri. Kalau tuan menepati syarat boleh rujuk bank yang terlibat dan buat pemohonan SRP 🙂

  19. Ahmad Qushairi says

    bagaimana untk dapat kan permohanan yerr ?

    1. aksesinfo says

      Boleh hubungi bank yang terlibat. Dalam posting kami adalist bank yang terlibat.

  20. Danny says

    saya bergaji kasar lebih kurang 2500..adakah ia akan mengambil kira kos2 lain selain drpd potongan dalam slip gaji?

    1. aksesinfo says

      Syarat pemohonan..Tidak lebih daripada Rm5000 – bagi pemohon individu / bersama..Jadi Tuan boleh cuba untuk membuat pemohonan kerana memenuhi syarat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.