Tak lulus BSH dengan alasan yang tak munasabah? Ini cara untuk buat rayuan
Tak Lulus BSH Dengan Asalan Yang Tak Munasabah? Ini Cara Untuk Buat Rayuan. Bermula 24 Julai 2020 yang lepas, pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 sudah mula dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) semua pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) telah disaring dengan lebih ketat berbanding Fasa 1 dan Fasa 2 yang lepas.
Pada peringkat Fasa 1, penerima BSH yang merupakan isi rumah di bawah berpendapatan bawah RM2000 telah menerima sebanyak RM300. Manakala untuk Fasa 2, penerima telah menerima sebanyak RM200 pada Mac yang lepas.
Bagi Fasa 3 , wang bantuan yang sepatutnya diterima oleh penerima bantuan BSH ini adalah sebanyak RM500. Namun, dengan pengumuman tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tambahan RM100 telah di tambah kedalam jumlah bantuan. Ini menjadikan total sebanyak RM600 yang bakal diterima oleh isi rumah berpendapatan bawah RM2,000.
Anak -anak juga menerima bantuan bagi yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Untuk anak-anak ini, bantuan diberikan sebanyak RM120 setiap orang dengan maksima seramai empat (4) orang sahaja berjumlah RM480.
Walaubagaimanapun, pada 24 Julai yang lepas, mereka yang layak menerima bantuan ini, masing-masing sudah pun menerima wang bantuan tersebut melalui kemasukan terus ke dalam akaun, dan ada juga yang telah menerima kod untuk diambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal.
Namun,tidak lah semua jawapan yang diterima menggembirakan kerana ketika pembayaran dilakukan, masih ramai yang permohonan mereka “Dalam Proses”.
FASA 1 LULUS, FASA 2 LULUS TAPI FASA 3 GAGAL?
Sehari sebelum AidilAdha baru-baru ini, keputusan kepada permohonan mereka yang masih “Dalam Proses” ini sudah diproses untuk selesai. Ternyata ramai yang kecewa, wang bantuan yang diharapkan dapat membantu bagi persiapan hari raya ini musnah sama sekali kerana disahkan GAGAL.
Lebih menyedihkan lagi apabila alasan yang diberikan oleh pihak (BSH) LDHN adalah boleh dikatakan Tidak Munasabah. Memerhatikan beberapa posting yang dimuat naik oleh para pemohon ini, kasihan pun ada.
Ada antara mereka ini merupakan peneriman BSH di Fasa 1 dan Fasa 2. Akan tetapi Fasa 3 ini disahkan GAGAL pula. Tampak keluhan kecewa yang dilemparkan mereka menerusi posting-posting yang dimuat naik ke akaun facebook masing-masing.
Ada yang menerima alasan melebihi pendapatan RM4,000 walaupun gaji isi rumah tidak sampai RM2,000. Ada yang menerima alasan permohonan ditolak kerana menetap di luar negara sedangkan tidak pernah ke luar negara.
Selain itu, ada juga yang menerima alasan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat sedangkan tidak pernah berdaftar SSM.
Kepada yang Tidak Lulus ini, Jangan risau! Rayuan akan dibuka esok! Baca artikel sampai habis, saya kongsikan cara buat rayuan dan apa dokumen perlu disiapkan. Dan sudah pasti jika alasan mereka tidak munasabah, peluang untuk kita diluluskan adalah lebih besar!
Ini beberapa perkongsian beberapa status yang dimuat naik oleh mereka yang kecewa.




Semoga ada sinar buat mereka yang GAGAL ini untuk LULUS dalam permohonan rayuan yang akan dibuka tidak lama lagi.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN DIBUKA ESOK!
Berita gembira buat mereka yang GAGAL untuk menerima Bantuan Sara Hidup Fasa 3 ini. Kita masih boleh membuat permohonan rayuan bermula ESOK! 7 Ogos 2020.
Permohonan Rayuan ini boleh dibuat dalam tempoh sebulan bermula esok sehingga 6 September 2020.
Terdapat dua (2) cara untuk kita membuat rayuan Bantuan Sara Hidup ni.
- Melalui OFFLINE atau manual. Dengan menghadirkan diri ke semua Cawangan LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC)
- Permohonan rayuan secara dalam talian (ONLINE) boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus dengan KOD TERTENTU sahaja. Rayuan boleh di buat di portal rasmi bsh. (Step by step cara untuk membuat permohonan akan di update setelah sistem di buka)
Baca Juga >> Dah Tebus Bantuan kredit RM50? Ini Cara Paling Mudah Nak Guna
Jadi, kepada yang perlu dan masih boleh buat rayuan, jangan lupa untuk teruskan berusaha. Masih ada masa dan peluang untuk kita dapat bantuan ini.
Pihak LHDNM meminta mereka yang Gagal untuk membuat rayuan supaya pihak mereka boleh membuat semakan semula yang lebih detail dan tepat dalam memberikan keputusan rayuan.
Setiap pemohon yang ingin membuat rayuan, hendaklah menyiapkan dokumen sokongan supaya dapat memudahkan pihak LHDNM dalam membuat keputusan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHON RAYUAN
Untuk membuat rayuan, pemon diminta untuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan bersesuaian dengan alasan Tidak Lulus yang diberikan oleh Pihak LHDN,
Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Pasangan
- Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran Anak-anak
- Surat Perakuan Pengangkatan Anak
- Sijil Kematian ( sekiranya ada kematian )
- Sijil Pengesahan Perkahwinan
- Dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan dan berkaitan
Oleh itu, bermula esok boleh lah mula untuk buat permohonan rayuan ni di mana-mana cawangan yang saya kongsikan di atas. Jangan lupa untuk kekalkan SOP yang ditetpkan oleh kerajaan dan jaga penjarakan fizikal.
Kepada yang perlu buat permohonan esok. Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Semoga Berjaya!