Tarikh Rasmi Bayaran Fasa 3 BSH Dan Permohonan Rayuan Dibuka
Tarikh Rasmi Bayaran Fasa 3 BSH dan Permohonan Rayuan Dibuka telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia sebentar tadi.
Berita mengenai pembayaran baki Bantuan Sara Hidup Fasa ketiga ini senantiasa menjadi penantian setiap isi rumah yang layak.
Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun diterima dan kini, menanti untuk penerimaan pembayaran bagi baki di Fasa 3 ini.
Namun tidak semua yang layak pada Fasa 1 dan Fasa 2 layak untuk menerima Fasa 3. Jika berlaku sedemikian, pihak Kementerian Kewangan akan membuka Tarikh permohonan rayuan yang akan dibuka kelak.
TARIKH PEMBAYARAN BSH FASA 3
Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan, Pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa 3 akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 iaitu pada hari ( Jumaat ) berdasarkan kategori BSH 2020.
Ia merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.
Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan dapat memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (berumur 40-59 tahun).
Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah. Perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut :
- Baki Bantuan Sara Hidup (BSH ) dan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) 1 :
Pendapatan | BAWAH RM2000 | (RM2000- RM3000) | (RM3001 -RM4000) | |
ISI RUMAH | BUJANG | |||
FASA 3 | RM600 | RM400 | RM350 | RM100 |
Bagi permohonan baharu BSH yang layak tapi masih belum menerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran berkenaan akan diberikan SEKALIGUS dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020
Baca Juga > Pembayaran Ibu Tunggal Sudah Mula Diagihkan
- Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun dan ke bawah (terhad kepada 4 orang anak sahaja)
- Seorang Anak – RM120
- 2 Orang Anak – RM240
- 3 Orang Anak – RM360
- 4 Orang Anak – RM480
Bayaran kadar tambahan ini juga akan dibuat sekaligus pada pembayaran Fasa 3 BSH 2020 ini
Untuk lebih memahami situasi yang berlaku, satu contoh yang dekat dengan rakyat diberikan. Dengan harapan, kita dapat memahami dengan jelas, berapakan bayaran yang akan diterima oleh setiap keluarga tersebut.
Sebagai contoh, Sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima sebanyak RM1580 keseluruhannya termasuk Fasa 1 dan Fasa 2.
Fasa 1 telah dibayar RM300 pada bulan Januari 2020. Manakala bagi Fasa 2 pula Encik Ali telah menerima bayaran sebanyak RM200 pada Bulan Mac 2020. Diikuti RM1080 yang bakal diterima oleh Encik Ali bermula 24 Julai ini.
RM1080 itu meliputi bayaran baki BSH dan PRE sebanyak RM600 dan tambahan anak sebanyak RM480 kerana mempunyai 4 orang anak yang layak. Ini menjadikan jumlah RM1080 yang akan diterima oleh Encik Ali pada Fasa 3 ini.
Bayaran BSH ini dalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga.
PEMBAYARAN DIKREDITKAN KE AKAUN MANA
Pembayaraan baki BSH ini akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang TIDAK mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara bayaran tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia sehingga Tarikh 31 Disember 2020.
PERMOHONAN RAYUAN DIBUKA
Seperti yang saya maklumkan di awal-awal tadi, Kelulusan Fasa 3 ini tidak diberikan kepada semua yang layak di Fasa 1 dan Fasa 2. Oleh yang demikian, bagi memastikan program BSH 2020 ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, anda boleh membuat permohonan rayuan .
Permohonan Rayuan akan dibuka mulai 7 OGOS 2020 sehingga 6 September 2020. Ia akan dibuka selama satu bulan lamnya. Jadi harap tiada yang terlepas pandang dan terlupa.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak kelulusannya atau permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan bederta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh pihak LHDNM.
PERMOHONAN AKAN DIBUAT DIMANA?
Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara di dalam talian di Portal BSH
Atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Trasnformasi Bandar (UTC) untuk membuat permohonan rayuan.
Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan melalui Fasa 3 ini dapat meringankan beban segelintir rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan.
Dengan perkongsian kami di Akses Info mengenai Tarikh Rasmi Bayaran Fasa 3 BSH Dan Permohonan Rayuan Dibuka ini dapat memberikan anda maklumat yang tepat dan padat kepada anda.