10 Rumah Hangus Dijilat Api, Ustaz Ebit Lew Tampil Beri Sumbangan

0 308

Kejadian yang berlaku di Kampung Pegawai Alor Setar, Kedah ini ternyata suatu musibah yang sangat tragis dimana 10 buah rumah hangus dijilat api. Tiada apa yang tinggal dan mangsa tinggal hanya sehelai sepinggang.

Dalam kejadian tersebut, 10 rumah sekali terbakar dan 9 daripadanya mengalami total loss. Boleh bayangkan bagaimana perasaan mangsa kehilangan semuanya dalam satu detik sahaja? Pastinya sukar untuk kembali memulakan hidup akibat daripada kejadian ini.

Namun, nasib mangsa agak bernasib baik kerana ramai yang tampil untuk memberikan sumbangan kepada mangsa dimana Ustaz Ebit Lew tampil untuk menghulur kan sumbangan.

Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook Ustaz Ebit Lew, beliau ada menceritakan sedikit sebanyak keadaan yang dialami mangsa dan juga jenis bantuan yang diberikan kepada mereka.

“10 rumah sekali terbakar di Kampung Pegawai Alor Setar Kedah. 9 rumah musnah habis tiada tinggal apa-apa dah. Baju pun habis. Orang susah-susah juga kawasan ini. Berat ujian mereka.

 

9 PETI AIS DAN 9 MESIN BASUH

Bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa, setiap keluarga diberikan sumbangan peti ais dan peti sejuk untuk kegunaan harian. Selain itu, mereka turut diberikan sumbangan wang tunai.

“Saya beri setiap keluarga sumbangan wang tunai. Saya terus belikan 9 peti ais dan 9 mesin basuh untuk setiap keluarga. Hadiah buat mereka.”

 

30 TAHUN MENETAP DISITU

Kebanyakan daripada mangsa telah tinggal hampir 30 tahun dikawasan tersebut. Bayangkan rumah yang mereka telah habiskan sebahagian daripada hidup mereka disana, hangus dijilat api pastinya sangat memilukan.

“Dengar cerita mereka tadi sedih juga. Dah 30 tahun duduk disitu.  Rumah kecil ada 2 bilik dan 1 bilik air. Ada pakcik makcik dah tua macam mak ayah kita. Tapi susah juga sebab tanah rezab katanya. Semua tadi mengadu nasib. Sekarang mereka menumpang di rumah saudara dan ada rumah kawan-kawan.“

 

RAMAI YANG TAMPIL MEMBERIKAN SUMBANGAN

Menurut Ustaz Ebit Lew juga, telah ramai yang tampil untuk memberikan bantuan kepada mangsa. Beliau juga mengatakan bahawa sumbangan beliau hanyalah sedikit sahaja namun berharap supaya masalah dan musibah yang dihadapi oleh mangsa dapat diselesaikan dengan segera.

 

BACA JUGA: Terharu Jualan Buah Habis Licin, Pak Cik Ni Tak Henti Lap Air Mata. Sebak!

 

“Semoga dimudahkan semuanya. Terima kasih pada kerajaan negeri, menteri, yb yang turut dan lebih awal menziarahi dan membantu. Terima kasih zakat dan jkm. Terima kasih ketua kg dan masyarakat setempat serta ngo setempat. Terima kasih semua yer. Harap masalah mereka dapat diselesaikan yer. Saya cuma ziarah dan beri sedikit jer sumbangan.”

 

SUMBER : FB EBIT LEW

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.