4 Punca Kenapa Kredit E-Wallet RM50 Masih Belum Diterima

0 11,754

4 Punca Kenapa Kredit e-Wallet RM50 Masih Belum Diterima. Bermula 31 Julai yang lepas, Kerajaan melalui Menteri kewangan telah mewar-warkan pemberian Bantuan Kredit RM50 melalui e-wallet atau e-dompet.

Hanya melalui tiga (3) aplikasi e-wallet yang disahkan oleh pihak kerajaan iaitu e-Wallet Touch N Go, e-wallet GrabPay dan juga e-wallet Boost.

Jumlah Bantuan Kredit yang dikeluarkan oleh Kerajaan dalam salah satu dari Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ini, adalah sebanyak RM75 juta yang dapat memanfaatkan seramai lebih kurang 1.5 juta pemohon.

Penebusan atau claim ini boleh dilakukan sehingga 22 September ini sahaja melalui salah satu daripada tiga aplikasi yang disebut.

CARA – CARA TEBUS E-WALLET DENGAN MUDAH

Dalam ketiga- tiga aplikasi ini, e-wallet Touch n Go adalah aplikasi pilihan ramai jika dilihat dari perkongsian di media sosial. Sebelum ini, kami di Akses Info pernah kongsikan STEP BY STEP  CARA NAK BUAT TEBUS E-WALLET INI.

Follow je Step-step yang kami kongsikan untuk mendapatkan bantuan kredit dengan mudah.

Namun, apa yang dapat dilihat adalah tidak semuanya berjaya membuat penebusan tersebut. Sehinggakan ada yang sudah berhari-hari menunggu namun masih belum ada jawapan.

PERINGATAN PENTING!

Selain daripada itu, ramai yang menunggu tanpa mengetahui status mereka gagal atau dalam proses. Hal ini kerana Touch N Go tidak mempunyai notifikasi sekiranya kita gagal dan perlu submit semula sehingga lah kita sendiri tekan sekali lagi di banner PENJANA tersebut untuk mengetahui STATUS TERKINI. (Berdasarkan pengalaman sendiri).

Terdapat beberapa factor kenapa wang bantuan kredit tersebut tidak muncul-muncul di dalam e-wallet kita.

Antaranya ialah :

  • TAK ADA TEMPAT CLAIM PENJANA
  • MAKLUMAT TIDAK SAMA DENGAN MAKLUMAT MYSEJAHTERA
  • NOMBOR KAD PENGENALAN TIDAK TEPAT
  • GAMBAR YANG DIBERIKAN TIDAK JELAS DAN KABUR

 

TAK ADA TEMPAT CLAIM PENJANA

Ada juga yang buka aplikasi Touch N Go terutamanya, tiada banner atau link untuk claim penjana tersebut. Hal ini berlaku kerana aplikasi tersebut perlu di kemaskini terlebih dahulu di PlayStore atau AppleStore.

Jika anda mempunyai paparan seperti di bawah ini, maka apa yang perlu dilakukan ialah hanya buka PlayStore dan klik UPDATE. Bila dah selesai, banner PENJANA akan terpapar di aplikasi Touch n Go anda.

Belum update
Sudah diupdate

 

MAKLUMAT TIDAK SAMA DENGAN MAKLUMAT MYSEJAHTERA

Seperti yang kita sedia maklum, Pihak Kerajaan memberikan syarat kepada penerima yang ingin mendapatkan Bantuan Kredit ini dengan mewajibkan mendaftar Aplikasi MySejahtera. Iaitu satu aplikasi pengesan Covid19 yang dibina oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, setiap maklumat yang diisi dalam aplikasi MySejahtera dan Touch n Go e-wallet mestilah sama dan tepat supaya tidak berlaku kecelaruan maklumat.

Antara contoh yang biasa berlaku adalah ejaan nama penuh pemohon tidak sama antara kedua-dua aplikasi. Menggunakan Short Form untuk perkataan BINTI kepada BT, BIN kepada B, dan sebagainya.

Ini merupakan salah satu punca kenapa permohonan anda tidak diterima atau masih dalam proses.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, pastikan kedua-dua maklumat ini sama. Jika ada salahs atunya yang tidak sama, edit segera dan buat permohonan Kembali.

 

NOMBOR KAD PENGENALAN TIDAK TEPAT

Beberapa posting dan perkongsian di media sosial ada yang mengatakan tersilap masukkan nombor Kad Pengenalan dan bagaimana untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Bagi mereka yang mengalami masalah kesilapan Nombor Kad Pengenalan ini di aplikasi e-wallet Touch n Go, status yang keluar pada paparan adalah seperti di bawah. Jadi, isi form dan lengkap butiran kemudian submit kembali.

GAMBAR DAN MAKLUMAT TIDAK JELAS DAN KABUR

Antara sebab yang menyebabkan kita gagal dan masih belum terima bantuan selaju orang lain adalah, verify (pengesahan) akaun.

Semua aplikasi Touch n Go, GrabPay dan Boost perlu untuk buat verify akaun bagi membolehkan untuk menerima bantuan kredit ini. Bagi yang sudah pernah melakukan pengesahana ini sebelum ini tidak perlu membuat lagi. Cukup Hanya sekali sahaja.

Bagi mereka yang belum pernah verify akaun mereka, memang tidak boleh teruskan penebusan bantuan kredit tersebut sehingga lah akaun selesai disahkan.

Terdapat 3 STEP sahaja untuk verify akaun Touch n Go ini. Iaitu dengan memuat naik gambar Kad Pengenalan bahagian depan dan belakang di aplikasi tersebut. Dan bagi mengesahkan kita pemilik Kad Pengenalan tersebut, kita diminta untuk ‘SELFIE’ di ruang yang disediakan nanti.

Saya kongsikan di bawah ini cara-caranya.

3 STEP untuk verify akaun e-wallet Touch n Go
Langkah-langkah yang diajar dari e-wallet TOuch n Go.

 

Upload Gambar Kad Pengenalan Depan dan Belakang
Selfie untuk memastikan kita pemilik Kad Pengena,an tersebut.
Maklumat secara automatik akan terpapar mengikut butiran IC. Jika ada kesilapan, boleh betulkan.

 

Pastikan gambar -gambar yang dihantar adalah jelas dan terang. Sekiranya tidak, akaun kita akan digagalkan dan diminta untuk diverify sekali lagi sehingga system mereka dapat membaca dengan jelas data yang dihantar.

Jadi, cukuplah dulu sekadar ini empat (4) punca kenapa claim e-wallet kita tidak berjaya atau tidak dapat selaju seperti mereka yang lain.

Semoga dengan perkongsian 4 Punca Kenapa Kredit e-Wallet RM50 Masih Belum Diterima ini, dapat lah membantu anda semua dalam mencari punca kenapa ianya berlaku.

Oleh itu, tindakan susulan boleh dilakukan dengan segera bagi membolehkan kita layak menerima bantuan kredit RM50 ini.

Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya dan mendoakan kejayaan bersama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34