“Dia Baru Dua Bulan Kahwin” Anggota Kastam M4ut Terlibat Kemalangan Dilanggar Lori. Tinggalkan Isteri Dan Baby Dalam Kandungan.

0 1,561

Ajal dan m4ut itu adalah satu ketentuan. Ia pasti akan datang apabila tiba masanya. Sedikit pun ia tidak akan tercepat atau terlambat. Kematian itu sesuatu yang pasti buat kita semua. Hanya berbeza masa dan caranya sahaja.

Itulah apa yang berlaku kepada seorang anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dimana arwah telah meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Persiaran Sultan Hishamudin di Bandar Sultan Suleiman, Klang.

Arwah merupakan anggota yang berusia 29 tahun. Arwah yang bertugas di Pelabuhan Utara itu telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada sekitar jam 5.15 petang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

KECEDERAAN PAR4H DI KEPALA

Dalam kemalangan itu, arwah telah mengalami kecederaan yang sangat par4h pada bahagian kepalanya. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh, kemalangan berlaku sewaktu arwah sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 dalam perjalanan menuju ke Shah Alam dari Pelabuhan Utara.

Hasil daripada sias4tan awal mendapati, arwah yang datang dari arah belakang ingin memotong sebuah lori di depannya namun gagal sebelum bergesel dengan lori tersebut. Mangsa kemudiannya jatuh di lorong kiri sebelum dilanggar sebuah lagi lori.

“Akibat pelanggaran itu mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan may4tnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) untuk bed4h sias4t,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, dua pemandu lori berusia 29 dan 35 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disias4t mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

 

BARU BERKAHWIN DUA BULAN LALU

Dikhabarkan juga bahawa arwah baru sahaja mendirikan rumah tangga sekitar dua bulan yang lalu. Kini, isteri arwah sedang mengandungkan anak pertama mereka. Entah bagaimana perasaan isteri arwah pada ketika ini. Kehilangan arwah dan menempuhi fasa kehamilan dan bakal menjaga anak tanpa insan yang dicintai disisi.

Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat amatlah diperlukan pada ketika ini. 

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Ramai dalam kalangan keluarga dan kenalan arwah yang turut sama berkongsi berita mengenai pemergian arwah dan memohon agar orang ramai dapat menitipkan doa buat arwah.

Kakak arwah juga ada memuat naik status bahawa mereka sedang menanti ketibaan jen4zah arwah di Terengganu. Semua ini diuruskan oleh Pasukan Istiadat Kastam Selangor.

Tidak kurang juga mereka yang sedekahkan al-fatihah dan turut memberikan kata-kata semangat buat isteri arwah agar terus kuat demi arwah dan kandungan.

 

BACA JUGA : “Arwah Sangat Penyayang Dan Suka Bersedekah” Sempat Minta Mandikan Dan Berwudhu Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir. Keluarga Kongsi Detik Akhir Pemergian Arwah Zaibo.

 

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga isteri arwah serta keluarga kuat untuk menghadapi ujian ini.

 

SUMBER : Akses Info, FB PASUKAN ISTIADAT KASTAM SELANGOR, FB EIYDA OWH EIYDA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.