“Dia Cakap Sakit Dan Badan Dia Panas Sebelum Rebah Tak Sedarkan Diri” Kanak-Kanak 11 Tahun M4ut Disengat Lebah. Kakak Kongsi Detik Kejadian Berlaku Depan Mata
Siapa sangka dalam keadaan sesi persekolahan sekarang ini yang memaksa kesemua pelajar belajar secara atas talian akan menjadi di antara kenangan terakhir buat seorang murid tahun lima ini.
Arwah juga tidak sempat untuk kembali menjalani sesi persekolahan seperti biasa untuk bertemu dengan guru dan rakan-rakan yang sangat dirindui. Apa yang menjemputnya terlebih dahulu adalah ajal.
Ajal disebabkan oleh satu sengatan daripada tebuan yang menjadi asbab kepada pemergiannya buat selama-lamanya. Itulah apa yang berlaku kepada arwah Mohammad Rayyan Fitri Mohd Nazuuki.
TEBUAN HINGGAP DI ATAS TANGAN
Semuanya berlaku pada 16 Julai 2021 dimana arwah dan kakaknya, Khalis Najwa, 13, melalui hari mereka sama seperti hari-hari sebelumnya. Kedua-dua beradik itu pada ketika itu sedang bermain telefon bimbit di dalam bilik.
Namun, menurut kakak arwah, dia mengatakan bahawa seekor tebuan telah terbang memasuki bilik mereka sebelum ia hinggap di atas tangan adiknya itu. Kemudian, dia terus menjerit kerana telah disengat oleh tebuan tersebut.
Kejadian tersebut berlaku di Kampung Minda di Dungun pada 2 petang semalam. Arwah kemudiannya telah dibawa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Bukit Besi pada jam 2.30 petang.
BARU PULANG DARI SOLAT JUMAAT
Menurut bapa arwah, Mohd Nazuki Mat Jusof, 42, ketika tragedi yang menimpa arwah yang merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik itu, ketika kejadian, dia baru sahaja pulang daripada mengerjakan solat Jumaat.
Khalis Najwa segera memaklumkan kepadanya bahawa arwah telah disengat tebuan. Pada ketika itu, isterinya tiada di rumah.
“Ketika kejadian, isteri saya, Wan Suraya Wan Sudin, 40, berniaga di kedai runcit sebelah rumah dan sebaik sampai ke rumah, saya dapati arwah (mangsa) keluar dari bilik menuju ke bilik mandi dan dia sempat memberitahu dia sakit dan seluruh badannya terasa panas.
“Saya mengiringinya dan sebaik sampai di bilik air, dia rebah sebelum saya sempat menyambutnya dan ketika itu, dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun.
SEGERA MENDAPATKAN RAWATAN NAMUN GAGAL
Menurutnya, dia sendiri yang dalam keadaan panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan telah segera mengejarkan anaknya itu ke klinik kesihatan berhampiran. Sekalipun tindakannya itu sudah cukup pantas, mungkin sudah tertulis ajal anaknya begitu. Sekitar setengah jam selepas itu, dia telah dimaklumkan bahawa anaknya itu gagal untuk diselamatkan.
Katanya lagi, dia juga tidak tahu bagaimana sebenarnya tebuan itu masuk ke dalam bilik sedangkan bilik anaknya tidak mempunyai tingkap dan sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian tebuan masuk ke rumah.
“Dalam kejadian tahun lalu, anak bongsu saya, Darwisy Ihsan, 7, turut disengat tiga tebuan ketika bermain berhampiran rumah.
“Apapun saya reda dengan apa yang berlaku dan saya sangat terkejut kerana dengan hanya satu sengatan, Rayyan boleh meninggal dunia.
“Dia (arwah) tidak menunjukkan perbuatan pelik, sebaliknya dua tiga hari ini dia sangat patuh dengan arahan saya,” katanya.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Siasatan lanjut berhubung dengan kejadian ini masih dijalankan, “katanya.
WARGANET TURUT BERSIMPATI
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga sebenarnya yang turut mempunyai pengalaman yang sama seperti arwah namun keadaan mereka tidak seteruk arwah sehingga mengakibatkan kematian.
Ada juga yang berkongsi petua untuk menyembuhkan sengatan tebuan atau setidak-tidaknya mengurangkan bisanya sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
Tidak lupa juga mereka semua untuk menitipkan doa dan sedekahkan al-fatihah buat arwah. Buat para ibu bapa, sentiasalah perhatikan atau ajar anak-anak mengenai apa yang perlu dilakukan saat berlaku kecemasan supaya mereka tahu apa yang patut mereka lakukan.
Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO