“Allah Tarik Tom Waktu Tidur, Ommi Pun Tak Perasan” Anak Syurga Hidup 9 Bulan Sahaja, Tersenyum Saat Dikebumikan

0 1,061

Ajal datang tanpa mengira usia. Tidak bermaksud seseorang itu sudah tua, maka baki hari yang tinggal untuknya jauh lebih sedikit berbanding yang muda. Juga tidak bermaksud sekiranya kita masih muda, lambat lagi untuk kita menempuh kematian.

Begitulah juga buat seorang bayi comel ini. Hayatnya di dunia hanyalah 9 bulan sahaja. Ibunya, menerusi akaun Instagram @chierosli telah berkongsi beberapa buah video yang menunjukkan perjalanan anak syurganya, Ayeesha.

Sebak, sedih dan penuh emosi. Itulah gambaran yang paling tepat dan sesuai untuk diberikan tatkala melihat video-video tersebut. Jenazah bayi syurga yang sangat comel dan penuh ketenangan saat dikafankan bagai meruntun hati buat semua mata yang melihat.

 

IBU TAK SEDAR ANAK TELAH PERGI

Dalam video bahagian pertama, si ibu ada berkongsikan bahawa dia berada disaat anak syurganya itu sepanjang masa. Sehinggakan anaknya itu sudah dijemput Ilahi pun dia tidak menyedari keadaan tersebut.

 

VIDEO :

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Chierosli Rasyidah Lee (@chierosli)

 

“Terima Kasih Ayeeshah”

PART 1
Tu je yg ommi cakap masa Ayeeshah meninggal. And ommi banyak kali zikir Alhamdulillah sebab Allah dh mudahkan semuanya utk tom.

Ommi nk tulis macam2 nak cerita macam2 tapi masa tu terlalu busy. Ommi bagi ruang untuk orang sekeliling ommi untuk grieve but not myself. I can handle this and ommi mmg jenis tak boleh nk nangis depan orang.

Ommi rasa nak nangis ommi masuk bilik kejap then i continued teman kat sebelah tom. She was tooo perfect, too cute and beautiful untuk ditutup dengan kain kafan.

Alhamdulillah ya Allah.
Masa discharged from icu memang Dr dah described how it goes if tom nazak and they provided us morphine untuk mudahkan urusan tom.

But SubhanAllah, tom tak perlukan benda tu. Ommi ada sepanjang masa sebelah tom and I didn’t noticed pon tom meninggal? At first i blamed myself sebab whyyy la ommi tak angkat dia tak gerak dia.

 

Dalam video pertama lebih banyak menunjukkan keadaan disaat anak syurga ini dikafankan sehinggalah dia dikebumikan. Sayu.

 

“Terima kasih Ayeeshah…”

Didalam video bahagian kedua, jelas ditunjukkan kesusahan Ayeesha dalam melalui kehidupan sehariannya. Tidak sanggup untuk penulis melihat keadaan anak syurga ini dipenuhi dengan segala alat bantuan ini.

Ibunya juga ada mencoretkan betapa saat diri dalam keadaan lemah, pasti akan hadir bisikan jahat syaitan untuk membuatkan diri mempersoalkan takdir Yang Maha Esa.

 

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chierosli Rasyidah Lee (@chierosli)

 

SENYUM SAAT DILETAKKAN DIDALAM LIANG LAHAD

Coretan si ibu untuk video bahagian ketiga ini pula lebih kepada saat Ayeesha bakal dikebumikan. Sungguh indah pemergianmu, anak syurga. Ramai yang datang mengiringi jenazah. Mudah segala urusan buat bakal penghuni syurga ini.

Ibunya juga mengatakan bahawa dia tidak kuat untuk menahan diri dari mengangkat, memeluk dan mencium Ayeesha saatnya diletakkan didalam liang lahad kerana pada waktu tersebut Ayeesha dalam keadaan tersenyum.

 

VIDEO :

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Chierosli Rasyidah Lee (@chierosli)

Part 3

It’s time now. Dah masuk asar. Kita kena hantar Ayeeshah pulang. Hantar dia ke negeri abadi dengan keadaan paling sempurna. Banyak kali ommi cium tom before ommi ikatkan kain kafan tom. Yes, ommi yg ikatkan sendiri.

Ommi bisik last pada tom
“Ayeeshah balik baik2 ya. Tunggu ommi dgn abah tau. Ayeeshah dah menang. Tahniah sayang. Terima kasih Ayeeshah untuk 9 bulan 20 hari.”

Yes, anak ommi dah menang.

Banyak kali ommi cakap dalam hati, last ni peluk cium tom. Last dah ni. Tapi ommi rasa mcm xpe lepas ni boleh jumpa. Tom dah happy.

IZINKAN KAMI HIDUP DALAM KENANGAN AYEESHAH

Video terakhir yang turut diselitkan dengan coretan ibunya benar-benar membuatkan sesiapa sahaja yang membaca dapat rasakan rasa kehilangan tersebut.

Namun, walaupun dalam kesedihan, jelas terpancar keredhaan ibu dan suami serta keluarga dengan ujian yang menimpa mereka ini.

 

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chierosli Rasyidah Lee (@chierosli)

 

MENGHIDAP FLOPPY BABY SYDROME

Didalam posting berasingan ketika Ayeeshah berusia 6 bulan, ibunya ada kongsikan mengenai sindrom yang dihidapi oleh anak syurganya itu.

Floppy baby syndrome dalam bahasa mudahnya adalah keadaan di mana tubuh bayi terlalu lembik.

 

BACA JUGA :  “Nak Rebah Mummy Tengok Charm Handbag Tu Dalam Perut Adik” Ibu Kongsikan Detik Cemas Anak Kesayangan Tertelan Emas Pada Gelang Tangan. Tolong Ambik Pengajaran!

 

Jika dipegang, tangan, kaki dan kepalanya pasti akan kelihatan seolah-olah tidak bermaya untuk diangkat.

Dalam kes adik Ayeesha pula, dia turut menghadapi masalah untuk bernafas disebabkan otot jantungnya yang lemah sekaligus menyukarkan jantung untuk mengepam darah dengan sempurna.

Berat ujianmu wahai anak syurga. Namun, pemergiaanmu tidak sukar. Allah S.W.T memudahkan segalanya buatmu.

Tenanglah disana dan nantikanlah kedua ibubapamu di syurga nanti. Semoga ibubapa dan keluarga adik Ayeesha tabah dalam menghadapi ujian ini. In shaa Allah di syurga kelak kalian akan bersatu lagi.

 

SUMBER : Akses Info, IG @chierosli

Leave A Reply

Your email address will not be published.