Balik Dari Kerja, Kereta Terb4bas Langg4r Belakang Treler. Pengawal Keselam4tan M4ut Terlibat Kemalangan
Kebanyakan dari kita pastinya setiap hari melalui perjalanan pergi dan pulang dari kerja seperti kebiasaan. Namun pernah tak terfikir seandainya hari tersebut merupakan hari terakhir kita melakukan sedemikian?
Itulah apa yang berlaku kepada seorang pengawal keselamatan saat dirinya dalam perjalan pulang ke rumah dari tempatnya bekerja selepas selesai tugasnya pada hari tersebut sebagai seorang pengawal keselamatan.
Perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bekerja tersebut telah berakhir sebagai sebuah trag3di apabila arwah telah m4ut apabila kereta dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah treler.
ARWAH TERS3PIT LANGG4R BELAKANG TRELER
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi tadi, arwah, Mohd Razman Mohd Hafas, 46, yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Selemak Ulu, di sini, sebelum terbabit nah4s di Jalan Seremban-Tampin di sini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Arif Ahmad Osasi, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada sekitar jam 8.38 pagi dan telah tiba di lokasi kejadian pada jam 8.54 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, mangsa masih berada di tempat duduk pemandu dan ters3pit akibat kereta Proton Wira itu berg3sel pada bahagian belakang treler.
“Kami berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 9.14 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” katanya.
Menurutnya, may4t mangsa diserahkan kepada pasukan polis dan kemudian dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bed4h sias4t.
RAKAN ARWAH BERKONGSI BERITA PEMERGIAN
Di laman Facebook, rakan-rakan arwah juga berkongsikan berita mengenai pemergian arwah dengan mereka yang lain. Rata-rata mereka masih lagi mengingati arwah walaupun sudah lama tidak bertemu.
Ramai juga yang terkejut dengan pemergian arwah. Benarlah. Kematian itu pasti dan akan datang pada bila-bila masa tanpa kita menduganya. Mereka juga menitipkan doa dan menyedekahkan al-fatihah buat arwah.
Ada juga rakan arwah yang teringat kenangan mereka bersama dan arwah juga merupakan pengapit kepada dirinya sewaktu berkahwin suatu masa dahulu.
BACA JUGA : Disangka Pengemis Dan Orang Gila, Jutawan Ni Wakafkan Harta Bernilai RM151 Juta Untuk Kita Semua!
Jiran arwah pada suatu ketika dahulu juga sempat untuk menzahirkan ucapan takziah buat keluarga arwah.
Sama-samalah kita menjadikan kejadian kali ini sebagai iktibar buat kita semua untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya. Sama-samalah juga kita sedekahkan al-fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
SUMBER : Akses Info, FB NORRIS EFENDY & HARIAN METRO