Bantu Bayarkan Rumah Dan Kereta, Instafamous Ini Digelar Ustaz Ebit Lew Junior!

0 3,821

Instafamous dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad tular di media sosial apabila memuat naik status perkongsian kisah kehidupan pasangan yang menghadapi kesulitan hidup lalu dibantunya sekadar yang termampu. Perkongsian di laman Facebook tersebut mendapat 19,000 tanda suka dan menerima hampir 1000 komen.

Suami kepada usahawan terkenal dan juga seorang public figure, Syafiqah Aina ini turut memberitahu bahawa beliau segera bergegas ke Johor Bahru untuk melihat sendiri situasi keluarga berkenaan dimana si suami telah kehilangan kerja akibat PKP. Selain itu, mereka juga turut mengalami masalah tunggakan sewa rumah dan kereta yang sudah berbulan-bulan tidak dibayar.

Perkongsian beliau turut disertakan bersama satu rakaman video yang menunjukkan apa yang berlaku sepanjang bantuan diberikan kepada keluarga tersebut. Beliau membantu keluarga tersebut untuk mendapatkan rumah sewa baru dimana beliau membayar sewa sehingga si suami kembali mempunyai pekerjaan.

Selain itu, beliau turut membayarkan hutang kereta dan roadtax supaya ia dapat digunakan untuk bekerja sebagai Ninja Van. Lain macam sebenarnya jenis bantuan yang diberikan beliau.

 

TERPAKSA GADAI SEMUA UNTUK HIDUP

“Harini saya ke Johor Bahru, sedih lihat keluarga ni. Suami hilang kerja sebab PKP, rumah & kereta dah banyak bulan tak bayar. Tak tahu lepasni nak duduk dimana. Habis semua terpaksa di gadai untuk hidup.”

 

BAYAR RUMAH SEWA & KERETA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

 

“Harini saya pergi carikan rumah sewa & bayarkan terus sewa dia sehingga suami dia ada kerja balik. Kereta & roadtax yg tertunggak saya bayar untuk suami dia buat kerja ninja Van. Saya tanya mereka, makan minum mcmana. Suami dia cakap, sejak hilang kerja. Duit makan minum Alhamdulilah ada sedikit sebab isteri berniaga AINAA Beauty , isteri dia team saya.”

“Bila dpt tahu ini team saya. Harini saya kena turun padang untuk tengok keadaan team saya, team team saya bukan orang senang. Saya taknak duduk diam & nak mereka juga cukup pakai minum .Isteri dia saya akan bantu dari segi berniaga & harap kita semua support isteri dia.”

ANAK BERUSIA 3 BULAN

“Sedih bila lihat reaction mereka, happy sambil mengalir air mata. Paling lemah bila saya tengok muka anak anak dia. Dukung anak dia yg 3 bulan tu Ya Allah, saya anggap mcm anak sendiri.”

 

RANCANG TUBUH PERTUBUHAN AMAL “SAHABAT AINAA”

“Saya guna duit dari perniagaan & duit saya sendiri untuk bantu keluarga ni. Ramai yg nak menyumbang, insyaAllah nanti saya akan buat pertubuhan yg saya namakan “Sahabat Ainaa”

InsyaAllah saya cuba bantu lebih ramai orang lagi & saya niat kan untuk awak semua sahabat sahabat saya. “Kejayaan Demi Kebahagiaan”

 

DIGELAR EBIT LEW JUNIOR

Di laman Instagram beliau, ada yang turut menggelarkan beliau sebagai Ebit Lew Junior.

 

 

KOMEN POSITIF DARI WARGANET & DIDOAKAN MURAH REZEKI

Rata-rata warganet meninggalkan komen yang sangat posiitif dan beliau turut didoakan supaya kekal murah rezeki.

 

Semoga apa yang dilakukan oleh beliau turut menjadi inspirasi kepada kita semua dan kita juga akan berusaha untuk membantu sesiapa sahaja disekeliling kita yang memerlukan.

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.