Bantu Promosi Jualan Ayam Penyet, Lelaki Ini Ambil Peluang Bersedekah Dalam Marketing

0 261

Seorang usahawan dan juga public figure di laman Facebook iaitu Syukor Majid ternyata sangat unik dalam mempromosikan sesuatu produk.

Setiap postingan beliau walaupun bersifat lucu pasti akan turut sama diselitkan dengan ilmu dan nilai pengajaran. Terbaru, menerusi Facebook beliau, Syukor Majid berkongsikan perbualan beliau dan bapanya.

Tadi bapak abang Majid Yunos singgah kilang Syukor Burger, beliau bagi abang sebungkus nasi ayam penyet.

“Uko, hang boleh tolong promote bisnes kawan ayah ni dak? Depa meniaga bawah khemah kat Kepala Batas. Hang kan mahaguru marketing.”

“Berapa harga nasi ayam penyet ni ayah?” “Satu set RM8.00”

Namun tiada siapa dapat menjangka kan apa jawapan yang beliau berikan. Jika orang lain sudah pasti berfikir dua kali. Tapi, tidak bagi beliau.

BELIKAN 100 BUNGKUS UNTUK DIBERIKAN SECARA PERCUMA!

“Okay, cakap dengan kawan ayah, esok Uko beli 100 bungkus. Sambil bersedekah, sambil bantu promosi, kita bagi rakyat Bertam dan Kepala Batas rasa nasi ayam penyet kawan ayah ni. Kalau padu, InshaaAllah orang akan datang lagi dan lagi dan lagi dan lagi.”

Begitulah tuan-puan, kerja promosi nasi ayam penyet pun abang kena buat jugak. Kalau tak jadi YB kesayangan Bertam lagi taktau lah 🤣

Menarik sebenarnya perkongsian daripada beliau. Didalamnya turut diselitkan strategi marketing yang boleh digunakan iaitu beri orang ramai rasa dahulu produk kita secara percuma.

Jika ia terbaik, pasti orang ramai akan datang lagi untuk mendapatkan produk tersebut. Perkongsian tersebut telah mendapat 8000+ likes dan ratusan komen serta share.

BUAT APA YANG DIJANJIKAN!

Beliau benar-benar buat apa yang beliau janji dengan ayahnya dan juga dengan pengikut beliau di Facebook. 100 bungkus nasi ayam penyet boleh didapatkan daripada rakan ayah beliau bermula dari pukul 12.45 tengahari.

ianya diberikan secara percuma kepada para pelanggan yang datang. Walaupun teknik marketing yang digunakan beliau ini unik, tapi ternyata sedikit sebanyak boleh membantu mempromosikan gerai kawan ayah beliau tersebut. Terbaik!

HAMPIR SAMA DENGAN UEL

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen tidak putus-putus mendoakan beliau. Malah ada yang menganggap apa yang dilakukan beliau hampir sama dengan Ustaz Ebit Liew (UEL) yang gemar membantu orang ramai.

Semoga makin ramai yang terinspirasi dengan beliau dan usahawan-usahawan lain yang juga dermawan.

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.