Bantuan Prihatin Elektrik Dapat Diskaun Sehingga RM231 Dan Ini Cara Kiraan Yang Sebenar untuk mengetahui berapakan jumlah diskaun yang diterima oleh pengguna.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Perdana Menteri telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dalam kategori domestik ini sebanyak RM942 juta untuk 7.66 juta pengguna.
Sejak bulan lepas rata- rata rakyat mula rasa marah dengan tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mana menggabungkan jumlah anggaran bagi bil elektrik tiga bulan bermula April sehingga Jun.
Hal ini berikutan pendemik Wabak Covid 19 yang melanda bukan sahaja Malaysia bahkan seluruh dunia. Sememangnya pihak Kerajaan tidak membenarkan untuk para pekerja keluar bekerja dan hanya kerja dari rumah termasuklah pekerja TNB untuk buat semakan meter dari rumah ke rumah.
Disebabkan hal itu, gabungan tiga bulan yang dianggarkan dilihat seolah-olah menjadi bebanan kepada rakyat kerana menjadi lebih tinggi dari kebiasaanya.

Walaubagaimanapun, Pihak Kerajaan dengan Kerjasama Tenaga Nasional Berhad memberikan bantuan Khas iaitu Bantuan Prihatin Elektrik ini kepada semua pengguna domestik Semenanjung Malaysia.
Tidak hanya memilih warganegara, bahkan semua pengguna yang mempunyai akaun dengan TNB layak menerima bantuan ini. Mereka yang merupakan Meter Pintar atau Smart Meter juga layak menerima bantuan ini.
PERBEZAAN BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK (BPE) DENGAN DISKAUN PRIHATIN
Bermula April 2020 sehingga Disember 2020, pihak Tenaga Nasional Berhad memberikan diskaun sebanyak 2% kepada pengguna yang menggunakan elektrik di antara 601-900kWj.
Namun, melalui Bantuan Prihatin Elektrik ini, semua pengguna yang melebihi penggunaan 601-900 kWj diberi tambahan diskaun sebanyak 8% dan menjadikan kesluruhan diskaun sebanyak 10% kesemuanya.
CARA KIRAAN BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK
BLOK | JUMLAH MAKSIMA BIL | JUMLAH PENGGUNA DOMESTIK | DISKAUN ELEKTRIK (PRE) | BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK (BPE) | JUMLAH MANFAAT |
0-200 kWj | RM43.60 | 2,454,788 | 50% | PERCUMA | PERCUMA |
201- 300 kWj | RM77.00 | 1,544,897 | 25% | ||
301-600 kWj | RM231.80 | 2,330,386 | 15% | RM77/BULAN | RM231 + 15% |
601-900 kWj | RM395.60 | 916,002 | 2% | RM77/BULAN + 8% | RM231 + 10% |
> 901kWj | >RM396.17 | 414,989 | 2% | RM77/BULAN | RM231 + 2% |
Sekarang, cuba lihat pada bil atau pada penyata yang dipos atau melalui aplikasi myTNB, berapakah jumlah penggunaan elektrik kita sepanjang bulan April sehingga Jun 2020.

NOTA PENTING
- Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan sekali gus dalam bil Bulan Julai 2020
- Sekiranya pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-ketiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil bulan Julai 2020
- Untuk penggunaan elektrik di antara 601-900 kWj sebulan, diskaun tambahan 8% akan diberikan bermula April hingga Disember 2020
Bermula Julai 2020 ini, pihak pengguna akan menerima notis daripada pihak TNB bagi meminta pengguna membuat semakan selepas 48 jam mereka membaca meter di kediaman atau premis kita.
“Anda akan menerima bil bulan Julai 2020 dan penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang akan dihantar melalui pos dalam tempoh tujuh (7) hari.
Sebagai pelanggan kediaman, anda akan menikmati manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan daripada Kerajaan Malaysia. Butiran ini dapat dilihat di dalam bil anda.
Anda boleh juga menggunakan myTNB app atau portal untuk mendapatkan bil terkini dan penyata tersebut selepas 48 jam.”
Sekiranya sudah menerima surat atau penyata Bantuan Prihatin melalui pos, ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan.
- Diskaun Ransangan Ekonomi
- Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan
- Jumlah Keseluruhan Bantuan Diterima (April – Julai 2020)
- Jumlah Perlu Dibayar
Lihat infografik di bawah ini supaya kita lebih mudah faham dan tahu apa maklumat yang wajib kita ketahui.

Alhamdulillah lega sikit bila pihak Kerajaan berikan bantuan BPE ini. Sedikit sebanyak membantu isi rumah yang terpaksa membayar bil dengan harga tinggi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlansung selama 4 bulan ini bermula Mac lepas.
Terima Kasih Kerajaan, Terima Kasih TNB!
Semoga dengan perkongsian memberi manfaat kepada anda semua. Bantuan Prihatin Elektrik Dapat Diskaun Sehingga RM231 Dan Ini Cara Kiraan Yang Sebenar
Join Channel Telegram dengan update pantas!