Berkenalan Dari PUBG, Lelaki Ini Ikhlas Kahwini Dan Jaga Isteri Lumpuh Sehingga Akhir Hayat. Salute!

0 1,419

Perkenalan mereka sangat unik. Berkenalan di PUBG dan berjanji untuk setia sehidup semati. Keikhlasan suami juga sangat mengagumkan kerana sanggup untuk menjaga isteri yang mengalami lumpuh akibat kecederaan saraf tulang belakang.

 

Menurut si suami, Muhd Irfan Zikri, beliau mengahwini isterinya bukan kerana simpati namun benar-benar atas dasar cinta serta ikhlas untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat. Pasangan ini menarik perhatian warganet selepas video Muhd Irfan Zikri dan pasangannya, Nur Najihah Nazri tular di media sosial.

 

Dalam video tersebut, Muhd Irfan mengucup dahi Nur Najihah yang duduk di kerusi roda sebelum memakaian gelang tangan kepadanya. Ia dilakukan selepas kedua-duanya sah disatukan dan bergelar suami isteri.

Video itu mulai tular selepas Nur Najihah memuat naiknya di akaun Tiktok miliknya. Ternyata video itu membuatkan kesemua warganet mendoakan kebahagiaan mereka. Selain itu, warganet juga kagum dengan keikhlasan Muhd Irfan yang sanggup menerima kekurangan isterinya itu.

 

BERKENALAN DI PUBG

Muhd Irfan bercerita bahawa dia dan Nur Najihah berkenalan pada bulan September tahun lalu menerusi permainan dalam talian popular PUBG. Menurutnya lagi, selepas dua bulan berkenalan, dia menceritakan dan meluahkan hasrat hatinya untuk menjadikan Nur Najihah sebab suri hatinya.

 

Selepas mendapat restu kedua-dua belah keluarga, mereka berdua selamat diijabkabulkan pada 12 Februari yang lalu. Menurutnya lagi, beliau tidak pernah terlintas dan terfikir untuk menamatkan zaman ujiannya pada usia muda. Namun, kuasa takdir dan jodoh mengatasi segalanya.

 

 

TIDAK TAHU KEADAAN ISTERI PADA AWALNYA

“Saya tidak tahu keadaan isteri sehingga dia berterus terang namun tiada masalah untuk menerimanya kerana sudah tertarik dengannya sejak awal perkenalan lagi.

 

“Keluarga mulanya terkejut dengan keputusan drastik saya untuk berkahwin tetapi tidak menghalang. Cuma, mereka ada menasihatkan supaya berfikir masak-masak memandangkan saya masih muda dan mereka mahu saya sedar perkahwinan bukan perkara boleh dibuat main.”

 

TINGGAL BERASINGAN BUAT SEMENTARA WAKTU

Muhd Irfan yang bekerja sebagai pemandu lori itu berkata buat sementara waktu dia dan isterinya akan tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing dahulu. Namun, dia juga dengan tegas berkata akan tetap menjalankan tanggungjawabnya selaku suami dengan penuh tanggungjawab dalam tempoh ini.

Selain itu, dia juga akan terus memberikan semangat buat isterinya dan berdoa untuk melihat isterinya kembali pulih. Sekalipun tiada pengalaman menjaga insan yang memerlukan perhatian istimewa, dia banyak mendapat tunjuk ajar daripada ibu mentuanya.

 

ISTERI MENGALAMI BANYAK PERUBAHAN

“Alhamdulillah, ibu mentua saya banyak berkongsi perihal isteri jadi daripada situ, saya tahu bagaimana menguruskan keperluannya.

 

“Lebih menggembirakan saya apabila ibu mentua memberitahu isteri banyak berubah sejak saya hadir dalam hidupnya dan bersyukur kerana ramai mendoakan sejak kisah kami tular di laman sosial,” katanya.

 

BACA JUGA: Selamatkan Dari Jadi Mangsa Bapa Tiri, Cikgu Ini Berjaya Bantu Murid Harapan Sekolah Dari Neraka Dunia!

 

Nur Najihah bersyukur kerana dijodohkan dengan lelaki yang sudi menerima kekurangannya dari awal perkenalan sehingga kini. Malah, Nur Najihah menganggap kehadiran Muhd Irfan memberi sinar baru dalam hidupnya yang hilang semangat selepas terbabit dalam kemalangan, tiga tahun lalu.

 

KEMALANGAN SEWAKTU TINGKATAN LIMA

“Saya bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) ketika di tingkatan lima selepas motosikal dinaiki dengan bapa (Nazri Md Isa ,45) dilanggar kereta sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.

 

“Ayah terseliuh bahagian peha tetapi kecederaan saya agak serius hingga lumpuh paras dada ke bawah malah kedua jari tangan juga tidak dapat digerakkan dan akhirnya gagal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

“Selepas kejadian itu, saya hilang semangat malah lebih banyak habiskan masa di bilik dan tidak akan keluar walaupun ketika rakan datang kerana kurang keyakinan berdepan dengan orang lain”.

 

TERIMA KERANA IKHLAS

 

Namun, hati Nur Najihah terbuka menerima Muhd Irfan selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan suaminya itu.

 

“Saya terima suami kerana nampak dia bersungguh untuk menjaga saya malah suami pernah beritahu dia mahu menjadi punca saya kembali bersemangat seperti dulu.

 

“Itu yang membuatkan saya terharu kerana bagi saya, payah untuk bertemu lelaki sepertinya lebih-lebih lagi dengan keadaan saya yang memiliki banyak kekurangan.”

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.