“Suami Kerap Mengadu Sakit Kepala. Tiba-Tiba Dia Tak Kenal Anak, Tak Kenal Siapa Pun” Isteri Kongsikan Perjalanan Suami Disahkan Penyakit Meningitis, Mohon Kawan-Kawan Titip Doa

0 1,998

Kesihatan merupakan di antara anugerah yang sangat besar pada setiap insan. Sukar untuk kita berasa bersyukur diatas nikmat ini sehinggalah kita mulai demam, sakit dan sebagainya.

Namun, ia boleh juga datang dengan tiba-tiba untuk menjadi ujian buat hamba-Nya. Itulah apa yang berlaku kepada seorang suami ini dan keluarganya. Secara tiba-tiba sahaja dia diuji dengan masalah kesihatan yang serius.

Ia juga menjadi ujian buat isteri tercinta. Ujian kesetiaan dan kasih sayang serta ujian terhadap keredhaan hati menerima ujian dan takdir yang telah tertulis. Itulah apa yang berlaku kepada Puan Nurasmieyra Ismail. Jom ikuti perkongsian apa yang berlaku kepada dirinya ini.

 

KERAP DEMAM, SEPARA SEDAR DAN TAK KENAL KELUARGA

Berat ujian buat dirinya saat dia berkongsi sebuah posting di akaun Facebook miliknya pada 2 Mei yang lalu. Pada ketika ini, dia diuji dengan keadaan yang sungguh berat. Suaminya tiba-tiba menjadi separa sedar saat dirinya sedang sarat mengandung.

Saat ditanya oleh kenalan dan keluarga, dia telah berkongsi apa sebenarnya yang telah berlaku kepada suaminya di ruangan facebook. 

Menurutnya semua ini bermula dengan demam biasa sahaja. Demam yang sekejap kebah dan sekejapnya lagi demam kembali. Suaminya juga kerap mengalami sakit di dalam kepala. Pada ketika itu, suaminya juga tidak kenal dirinya dan keluarga.

 

DISAHKAN MENGHIDAP MENINGITIS

Posting seterusnya daripada Puan Nurasmieyra Ismail mengatakan bahawa suaminya itu telah didagnosis oleh doktor bahawa dia mempunyai meningitis iaitu jangkitan kuman pada selaput otak.

Pada 9 Mei lalu, selepas beberapa hari suaminya sedarkan diri dan mengenali isteri, anak dan keluarga, suaminya itu diuji sekali lagi. Semuanya berlaku selepas dia terkena sawan pada hari tersebut.

Keadaan suaminya itu semakin teruk dan pada 14 Mei, suaminya telah ditolak masuk ke dewan bed4h untuk menjalani pembed4han. Hal ini kerana suaminya perlu menjalani pembed4han usus kerana ususnya semakin membengkak. Dar4h juga keluar tak berhenti dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan sahaja. 

Akhirnya, pada 16 Mei, suaminya telah sedarkan diri dan apa yang menggembirakannya pada ketika ini adalah suaminya mampu mengukirkan senyuman dan kenal mereka semua. 

 

KEGEMBIRAAN DIRAGUT

Baru sahaja berita gembira yang diterima mereka, ia segera diganti dengan berita yang penuh duka. Doktor memaklumkan sekitar 5.15 pagi keesokan harinya, nafas suaminya itu laju dan terus tidak sedarkan diri.

Suaminya terpaksa bergantung kembali dengan bantuan alat pernafasan dan dimasukkan kedalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurut doktor, jangkitan kuman pada otaknya menjadi semakin teruk.

Tambah doktor lagi, suaminya akan menjalani pembed4han pada bahagian kepala (EVD surgery). Dalam pembed4han ini, sebuah lubang sebesar syiling 20 sen akan ditebuk dari atas kepala. Ia mengambil masa selama 4 jam untuk menyelesaikan pembed4han ini.

 

MULA TUNJUKKAN PERKEMBANGAN POSITIF

Selang beberapa minggu kemudian, pada 29 Mei, barulah dia dibenarkan masuk untuk berjumpa dengan suaminya itu. Segala perasaan pada ketika itu bercampur baur. Dia tidak lagi dapat menahan air mata saat melihat suaminya itu.

Dia juga menggunakan kesempatan ini untuk membuat panggilan video bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain yang turut sama risau dan rindu akan suaminya itu. Suaminya juga pada ketika ini tidak lagi perlu untuk bergantung pada bantuan alat pernafasan.

Pada 3 Jun, suaminya dibotakkan dan sempat mengajak dia untuk selfie. Suaminya perlu ke dewan bed4h sekali lagi untuk dijahit semula luka pada perut. Pada ketika ini, suaminya sudah boleh makan dan minum serta tidak perlu lagi wayar yang berselirat pada badannya.

Selepas 42 hari di wad, suaminya juga sudah boleh bangun sendiri, boleh gosok gigi, basuh muka dan lain-lain. Cumanya masih belum boleh bangun untuk berjalan lagi. Doktor juga ada memberitahu bahawa dia perlu tinggal selama dua minggu lagi di dalam untuk diberikan ubat.

 

DIBENARKAN KELUAR WAD

Pada 16 Jun, akhirnya suami dibenarkan untuk keluar wad. Mereka pulang ke rumah ibunya bagi memudahkan urusan penjagaan suaminya itu. Hal ini kerana suaminya memerlukan bantuan untuk ke bilik air dan ke klinik.

Masih belum mampu untuk kuatkan diri untuk berjalan dan berdiri. Suaminya juga terpaksa untuk menggunakan tongkat dan juga kerusi roda bagi memudahkan pergerakan. 

Menurut Puan Nurasmieyra, sebenarnya pihak hospital belum membenarkan suaminya untuk pulang lagi kerana suaminya itu masih memerlukan ubat untuk tempoh dua bulan lagi. Jadi, terpaksalah mereka berulang alik ke Klinik Kesihatan Kuala Abang setiap hari selama dua bulan. 

Doktor juga mengatakan dan mengeluarkan memo bahawa suaminya sudah tidak boleh bekerja lagi. Jadi, Puan Nurasmieyra mohon doa daripada warganet untuk mendoakan agar perjalanan dan kehidupan mereka sekeluarga dipermudahkan.

 

BACA JUGA : “Minggu Ke 30, Doktor Beri Cadangan Untuk Gugurkan, Tapi… ” Lahir Tanpa Tempurung Kepala, Ibu Kongsi Detik Indah Saat Kandungkan Aisyah. 30 Minit Je Bertahan, Adik Pergi Tinggalkan Ibu

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Ramai juga yang mendoakan kebaikan buat mereka sekeluarga dan mendoakan kesembuhan buat suami. Mereka juga sempat berpesan supaya mengelakkan daripada menerima kunjungan tetamu pada musim pandemik sebegini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Ada juga yang mendoakan kesembuhan buat suaminya dan kekuatan buat dirinya sendiri..  Tiada yang diharapkan daripada orang ramai melainkan doa dan kata semangat sahaja. 

Tidak kurang juga yang memberikan cadangan dari segi ekonomi buat Puan Nurasmieyra bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung jika suaminya diberhentikan kerja.

Sama-samalah kita doakan supaya suaminya diberikan kesembuhan dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. Sungguh, berat pengorbanan dan ujian yang terpaksa mereka lalui. Namun yakinlah pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

 

SUMBER : Akses Info, FB NURASMIEYRA ISMAIL

Leave A Reply

Your email address will not be published.