Buta Sejak 5 Tahun Lalu, Pak Cik Bilal Tetap Laungkan Azan Merdu Sambil Pegang Dinding!

0 1,040

Nikmat penglihatan merupakan diantara nikmat paling besar diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Dengan mata, kita dapat melihat keindahan dan kebesaran ciptaan-Nya. Dengan mata jugalah kita dapat melakukan banyak perkara.

Namun, apa perasaan kita sekiranya Allah S.W.T menarik balik nikmat penglihatan tersebut? Mungkin hanya pada ketika itu kita akan rasa menyesal kerana tidak pernah mensyukuri nikmat-Nya. Mungkin juga kita akan melalui satu fasa dimana kita berasa sangat susah untuk menerima kenyataan dan mula berputus asa dengan hidup.

Mungkin juga kita akan jadi sama seperti seorang bilal ini di Indonesia. Beliau telah kehilangan penglihatan sejak dari 5 tahun yang lalu. Namun, beliau tetap istiqamah untuk mengimarahkan masjid dan turut melaungkan azan yang sangat merdu.

Baru-baru ini telah tular kisah bilal tersebut yang bernama Pak Mad. Beliau merupakan bilal di sebuah masjid bernama Masjid Baitul Muttaqin di Desa Kalipair, Tegaldlimo, Banyuwangi.

 

KEUPAYAAN FIZIKAL TERBATAS NAMUN TETAP MENJADI BILAL

Usianya yang sudah agak tua sebenarnya telah mengehadkan keupayaan fizikal Pak Mad. Namun, Pak Mad masih kekal rajin untuk menjalankan amanah yang dipikulnya sebagai seorang bilal. Kisah Pak Mad ini telah viral apabila seorang pengguna Twitter, @Ayung_N telah memuat naik video mengenai Pak Mad.

“Namanya Pak Mad. Muadzin di Masjid Baitul Muttaqin, Desa Kalipait, Tegaldlimo, Banyuwangi. Suaranya, masyaallah, merdu.

Yg lebih luar biasanya, selama 5 tahun terakhir, ia kehilangan penglihatannya. Tapi, tak menyurutkan langkahnya tuk ke masjid.

Kami yg muda & sehat jd malu”

 

VIDEO :

 

 

“KAMI YANG MUDA & SIHAT JADI MALU”

Video Pak Mad tersebut merekodkan alunan suara Pak Mad yang merdu dan mendayu-dayu. Sungguh asyik sekali tatkala mendengar laungan azan dari Pak Mad.

Namun, apa yang ingin penulis tekankan disini adalah berkenaan inspirasi daripada video Pak Mad ini. Jika ada perasan, didalam caption Ayung, dia ada mengatakan kami yang muda dan sihat jadi malu.

Benar. Jika selepas kita melihat keadaan Pak Mad yang sebegitu masih lagi gagah dan sanggup untuk ke masjid, kenapa kita yang muda ini terlalu sukar dan jauh dengan masjid?

 

KOMEN POSITIF WARGANET

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen yang sangat positif.

 

 

BACA JUGA : “Lori Tu Terb4bas Dan Hemp4p Kereta Aisyah” Wanita M4ut Ters3pit Kereta Remuk Dilanggar Lori. Ramai Ber4ng Pemandu Lori Dah Lari!”

 

Rasanya pada masa pandemik ini, Allah telah mula hadirkan kerinduan dalam diri anak-anak muda untuk kembali solat berjemaah di masjid. Pasti ia pernah terdetik dalam hati kita semua. Masjid yang dulu dibuka luas pintunya tanpa sebarang syarat, namun kita yang meletakkan syarat (baca : alasan) berbagai daripada mengunjunginya.

Kini, terlalu banyak syarat diletakkan dan hanya mereka yang benar-benar terpilih sahaja layak untuk memasukinya. Tak sedih ke kita?

Marilah sama-sama kita pasang niat bermula dari hari ini, sebaik sahaja ada peluang untuk ke masjid, kita akan merebutnya tanpa banyak alasan. Semoga kita semua dipilih dan diberikan peluang oleh Allah S.W.T untuk menjadi tetamu-Nya.

 

Sumber : Akses Info, Twitter Ayung Noto Negoro

Leave A Reply

Your email address will not be published.