Dipelawa Tumpang Kereta, Pasangan Warga Emas Ini Jelas Nampak Bahagia. Ramai Yang Sebak Tonton Video Tular

0 582

Sebak, sayu dan sedih jika terlihat pasangan tua dimana-mana. Pastinya kita akan terus teringat akan kedua ibubapa di kampung. Pada musim pandemik ini, ramai yang terpaksa berjauhan dengan kedua ibubapa. Ada juga yang terus berjauhan dan terpaksa menanggung kerinduan abadi kerana kedua-duanya telah tiada.

Satu perkongsian daripada seorang pengguna di platform TikTok iaitu Athirahzaharii menjadi tular apabila beliau berkongsikan video menumpangkan pasangan suami isteri warga emas pulang ke rumah.

Pasangan tersebut berjalan kaki ditengah panas di kaki jalan besar sambil membawa barangan berat. Perkongsian ini membuatkan ramai yang mula teringatkan ibubapa mereka di kampung.

Jelas kelihatan dari riak wajah pasangan tersebut bahawa mereka sebenarnya agak letih kerana berjalan kaki sambil membawa barangan berat tersebut. Menurut Athirah, pasangan warga emas berkenaan terus menaiki kereta selepas dipelawa.

Sepanjang perjalanan, dia sempat untuk berbual dengan pasangan suami isteri tersebut. Dia juga sempat memberikan hadiah tuala kepada mereka. Tuala tersebut baru sahaja dibelinya sebelum terserempak dengan pasangan tersebut.

HANTAR TERUS KE PINTU RUMAH

Ada yang meninggalkan komen bertanya kenapa dia tidak hantar ke depan pintu rumah. Dia kemudian menjawab pertanyaan tersebut dengan video dibawah:

PESAN UNTUK SINGGAH DIKEMUDIAN HARI

Sewaktu ingin beransur pulang, wanita warga emas tersebut datang kepadanya dan berpesan untuk datang lagi singgah dan jenguk mereka di kemudian hari. Bukan apa. Mereka rasa sunyi kerana hanya hidup berdua.

Perkongsian daripada Athirah telah mendapat lebih daripada 1.5 Juta tontonan di Tiktok. Kebanyakan warganet jelas berasa sangat tersentuh dan sebak apabila melihat pasangan warga emas tersebut. Situasi mereka yang berjalan kaki sambil membawa barangan yang banyak tersebut benar-benar membuatkan mereka berasa sedih.

 

TERINGAT IBUBAPA DI KAMPUNG

Ramai juga yang mengakui terus teringat kedua ibubapa mereka di kampung yang sudah lanjut usia. Perkongsian ini ternyata membuatkan mereka semua sedar bahawa mereka perlu terus berbakti kepada kedua-duanya sehingga ke akhir usia.

Diharapkan perkongsian ini mampu membuatkan kita semua lebih menghargai kedua ibubapa kita. Berjasalah kepada mereka sementara mereka masih ada. Berikan kepada mereka apa yang kita mampu secara berterusan. Memudahkan urusan kedua ibubapa kita pastinya akan dibalas dengan dipermudahkan segala urusan kita pula oleh-Nya.

Rata-rata warga net yang memberi komen juga turut memohon agar Athirah akan kerap mengunjungi warga emas tersebut. Daripada video yang tular sedikit sebanyak telah membuatkan ahli keluarga pasangan tersebut tampil dengan menghubungi Athirah.

Dengan penjelasan daripada video di bawah ini, bolehlah merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran masing-masing. Tidak dinafikan memang ada ibu bapa kita suka berjalan dan mempunyai penyakit tersebut.

Walaubagaimanapun, Athirah meminta untuk semua bersangka baik dan terus berfikiran positif. Daripada video yang dipaparkan, Athirah mengambil kesempatan dengan melawat pasangan tersebut dan sempat berjumpa dengan wakil daripada keluarga tersebut.

Semoga urusan semua pihak baik pasangan warga emas ini, Athirah dan juga aghli keluarga yang terlibat dipermudahkan hendaknya. Harap akan ada lebih ramai lagi yang berhati mulia dalam membantu mereka yang memerlukan.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.