DJ Radio Perlekeh Guru Bahasa Inggeris Digantung Tugas, Neelofa Tampil Memuji Para Guru

0 714

Sebut sahaja nama Neelofa, rasanya hampir semua lapisan masyarakat mengenalinya. Jika dulu kita kerap melihat beliu sebagai pelakon yang melakonkan berbagai watak di kaca televisyen. Kemudian, kita melihat pula beliau mengacarakan beberapa rancangan hiburan. Kini, beliau lebih gah dan dikenali sebagai ikon usahawan.

Setiap apa yang dilakukan beliau pasti akan menjadi perhatian warganet. Paling terbaru, beliau memuji para guru yang sangat berani dan berusaha untuk berubah mengikut keadaan dengan mengajar dihadapan kamera pada musim pandemik ini.

Pujian ini diutarakan beliau ekoran kontroversi seorang DJ radio yang dikatakan memperlekeh serta mentertawakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sedang mengajar didalam satu saluran pendidikan.

Sebelum itu, gara-gara memuat naik video Tik Tok memperlekeh seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah saluran TV pendidikan, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak menerima kecaman hebat daripada netizen.

Akibatnya, Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur iaitu Hafiz Nizamuddin dalam satu kenyataan memaklumkan penyampai radio tersebut telah digantung tugas dan pihak pengurusan bakal melakukan siasatan dalaman tentang isu viral tersebut.

BUKANLAH SATU TUGAS YANG MUDAH

Menurut Neelofa, pujian haruslah diberikan kepada guru-guru yang sanggup keluar mengajar di hadapan kamera demi anak bangsa. Tugas begini bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan guru-guru tidak biasa mengajar cara begitu. Neelofa turut menyeru agar orang ramai memberikan semangat buat pendidik negara kita dan hentikan kecaman.

 

 

RAMAI YANG BERSETUJU

 Perkongsian daripada Neelofa itu juga sebenarnya telah mendapat respon yang sangat positif daripada orang ramai. Ia mendapat lebih daripada 15,000 Likes dan ratusan komen.

Hampir kesemua komen yang ditinggalkan juga sangat positif.

 

 

BUKAN MUDAH TUGAS SEORANG GURU 

Satu perkara yang perlu diingat adalah, bukan mudah sebenarnya tugas seorang guru ini. Pandemik kali ini dah membuka mata semua pihak bahawa ibubapa sekalipun sangat sukar untuk mengambil alih tugas seorang guru.

 

BACA JUGA: Pemandu Grab Teruja Isteri Hamil Anak Pertama. Bukak Je Kotak Tu, Terus Menangis!

 

Berapa ramai ibubapa yang merungut sukar untuk membuatkan anak faham dan fokus dalam pelajaran. Apatah lagi jika mempunyai anak yang sangat ramai. Namun, kebanyakan dari kita terlupa. Guru-guru mengajar lebih ramai lagi anak murid. Lebih sukar lagi kerana tidak boleh dimarah sesuka hati dan terbatas cara untuk mengawal anak-anak kita.

Namun, mereka masih tetap bersemangat untuk kekal mendidik, mengajar dan melahirkan generasi yang lebih hebat. Jadi, apa kata kita sama-sama membantu satu sama lain? Keep on spreading the positive vibes, guys!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.