“Adik Cirit Birit Dan Demam Je, Rupanya Kanser Macam Abang” Dua Anak Hidapi Kanser Limf0ma, Ibu Sedih Tapi Tetap Redha Dan Kuat Demi Anak-Anak!

0 1,787

Rezeki cahaya mata merupakan rezeki yang sentiasa dinanti-nanti mana-mana pasangan yang berkahwin. Namun, sekalipun ia rezeki, ia pasti akan datang dengan ujian.

Ujian tidak semestinya sentiasa yang teruk-teruk sahaja. Boleh jadi kita diuji dengan anak kuat meragam, ada masalah kesihatan dan sebagainya. Begitulah apa yang dialami oleh Puan Siti Suhana Misdi yang berusia 36 tahun.

Puan Suhana mempunyai dua orang cahaya mata yang disahkan menghidap kans3r limf0ma. Si abang, Iskandar Zulkarnain, 13 tahun menghidap kans3r limf0ma pada tahap dua.

 

PERLUKAN DANA RM 60 RIBU

Manakala si adik pula, Nur Qistina Balqish yang berusia 12 tahun juga turut disahkan menghidap penyakit yang sama sekitar bulan Mei yang lalu. Cabaran buat Puan Suhana dan suami apabila mereka perlu mencari dana untuk rawatan kedua-dua anak mereka termasuklah pembed4han yang menelan belanja sekitar RM 60 ribu.

Menurut Puan Suhana, anak sulungnya itu pernah menjalani pembed4han bagi membuang kelenjar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan menjalani ujian bi0psi di sebuah hospital pakar di negeri ini pada 11 Mei lalu.

“Kini Iskandar kerap mengalami dem4am dan terdapat biji kelenjar di keliling leher semakin membesar dan merebak.

“Manakala kvlit kedua kakinya menggelvpas, berd4rah dan bern4nah hingga perlu menjalani rawatan susulan sekurang-kurangnya selama enam bulan di hospital pakar berkenaan,” katanya yang tinggal di Jalan Penyiaran 29, Taman Universiti di sini.

 

TAK SANGKA ANAK KEDUA TERPAKSA HADAPI MASALAH SAMA

Tambah Puan Suhana lagi, dia langsung tidak menyangka bahawa anak keduanya, Nur Qistina yang turut mengalami beberapa simpt0m termasuk cirit-birit dan dem4m merupakan tanda sebelum turut disahkan menghidap kans3r limf0ma.

Jujur, perasaan mereka sekeluarga pada ketika itu bercampur baur kerana mereka langsung tidak menyangka bahawa anak kedua mereka juga terpaksa untuk mengharungi dugaan dan ujian yang sama seperti anak sulung.

Selain itu, doktor turut mengesahkan bahawa terdapat kelenjar di belakang kepala dan ketumbvhan di belakang hidung Nur Qistina.

“Walaupun pada awalnya agak sukar bagi saya dan suami bagi menerima suratan takdir, namun kami berfikir positif dan meneruskan perjuangan bagi menyelamatkan nyawa anak-anak kami.

“Doktor juga membuat keputusan untuk melakukan pembed4han segera bagi membuang ketumbuhan yang semakin membesar serta mengambil kelenjar di belakang kepala.

“Pembed4han dilakukan pada 9 Jun lalu dan Alhamdulillah semua lancar,” katanya.

 

RAWATAN SUSULAN ENAM BULAN DAN PEMERIKSAAN MINGGUAN

Puan Suhana berkata, Iskandar dan Nur Qistina memerlukan rawatan susulan kira-kira selama enam bulan termasuk pemeriksaan kesihatan setiap minggu sekali iaitu mulai Mei hingga Oktober depan.

Selain itu, Nur Qistina juga perlu untuk menjalani pembed4han membuang t0nsil dalam tempoh masa terdekat sebelum ia menjadi lebih par4h.

“Saya bersyukur kerana kedua anak kami tabah dan mereka saling memahami situasi dialami dan menjadi sumber kekuatan sesama sendiri.

“Iskandar pernah merasakan penderit4an akibat kans3r limf0ma sejak dua tahun lalu namun dia kini menjadi sumber kekuatan adiknya.

“Anggaran kos rawatan bagi Iskandar dan pembed4han Nur Qistina adalah kira-kira RM60,000. Buat masa ini kami masih dalam proses mengumpul dana,” katanya.

 

SUAMI PERLU MENANGGUNG LIMA ANAK DAN IBU SAKIT

Menurut Puan Suhana lagi, suaminya, Azuan Isaidi Khairudin, yang berusia 34 tahun, bekerja sebagai seorang pemandu van roti dengan pendapatan bulanan kira-kira RM2,000. Dengan pendapatan inilah dia gunakan untuk menyara tiga lagi anak berusia antara setahun hingga lapan tahun serta ibu yang sakit berusia 65 tahun.

 

ADA HAMBA ALLAH HULURKAN BANTUAN

Katanya, kedua-dua anaknya masih menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan di hospital kerajaan, namun kini mereka juga mula untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta selepas sebahagian pembiayaan ditanggung seorang hamba Allah.

“Ia bagi memastikan rawatan anak disegerakan kerana risik0 penyakit mereka bertambah buruk amat tinggi dan ia dikhuatiri membahayakan nyawa.

“Demi menyelamatkan anak, sebagai ibu bapa kami sanggup mengharungi apa jua keadaan yang sukar dan mencabar serta berserah kepada Allah,” katanya ketika dihubungi.

Orang ramai yang boleh menghulurkan sumbangan kepada Iskandar dan Nur Qistina dengan menghubungi Siti Suhana di nombor 019-7431909 atau terus ke akaun Bank Islam Siti Suhana di 01014027723844.

 

BACA JUGA : “Harap Baby Persis Muka Arwah” Setahun Berkahwin, Hamil 7 Bulan Suami M4ut Terlibat Kemalangan 

 

WARGANET TURUT BERKONGSI MAKLUMAT

Ramai warganet yang turut sama berkongsi di laman Facebook mereka bagi mendapatkan dana buat rawatan kedua-dua beradik ini.

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar diberikan kesembuhan segera buat kedua-dua mereka.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka di mana salah seorang daripada warganet ini pernah menghid4p kans3er tahap tiga pada 20 tahun lalu. Namun dia masih diberikan peluang dan kesempatan untuk menikmati kehidupan di dunia sehingga ke hari ini.

Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-duanya dapat segera sembuh seperti sedia kala dan sesiapa yang berkemampuan pula bolehlah untuk memberikan sumbangan sekadar termampu.

 

SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.