“Abah Minta Maaf, Abah Janji Tak Marah2 Lagi” Disangka Stress Sebab PDPR, Kanak-Kanak 12 Tahun Ini Rupanya Terjatuh Dari Buai Hingga Terjerut Leher. Mujur Ada Rider Lalu Selamatkan. 

0 1,276

Tular baru-baru ini di media sosial di mana ada sesetengah pihak yang menyebarkan berita tidak sahih dimana mereka mendakwa seorang kanak-kanak lelaki cuba untuk menggantung diri sebelum diselamatkan oleh seorang rider penghantar makanan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet dan ada juga yang percaya dengan apa yang disebarkan itu kerana bagi mereka ramai sebenarnya yang mengalami tekanan pada musim sebegini.

Namun, tindakan tersebut segera disanggah oleh bapa kepada kanak-kanak berkenaan. Dia telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan anak lelakinya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

 

DAKWA ALAMI TEKANAN PERASAAN

Individu tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa bahawa kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu cuba untuk menggantung diri pada pokok di hadapan rumahnya kerana mengalami tekanan.

Tekanan tersebut dikatakan disebabkan oleh aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Tambahnya lagi, kanak-kanak tersebut juga tertekan kerana perlu menjaga adik di rumah selain selalu dimarahi oleh kedua ibu dan bapanya.

Bercerita mengenai kronologi kejadian, kanak-kanak tersebut dikatakan memanjat basikalnya untuk menggantung diri di pokok berkenaan sebelum dia menyepak basikal tersebut. Badannya sudah kejang, mulut berbuih dan terkencing sebelum diselamatkan oleh seorang rider.

 

BAPA NAFIKAN BERITA TERSEBUT

Pihak polis telah mengesahkan bahawa mereka menerima laporan daripada bapa kanak-kanak tersebut yang menafikan dakwaan yang sedang tular itu. Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, laporan itu dibuat di Balai Polis Bukit Baru di sini, petang tadi.

“Satu laporan polis penafian diterima pihak kami petang tadi daripada seorang lelaki berusia 40 tahun berhubung kenyataan tular di media sosial berhubung gambar anaknya yang ditahan di hospital.

“Hasil keterangan daripada bapa kanak-kanak itu menyatakan, anaknya ditahan di wad kerana terjatuh daripada buaian di hadapan rumah,” katanya dihubungi.

Tambahnya lagi, bapa kanak-kanak itu turut menafikan bahawa anaknya telah ditahan di wad kerana sakit akibat tekanan PdPR dan tekanan daripada ibu bapa seperti apa yang telah didakwa di media sosial.

“Namun dia turut menyatakan gambar anaknya di atas katil di wad diambilnya sendiri sebelum ditularkan,” katanya.

 

POSTING DARIPADA BAPA

Ada juga yang berkongsi posting daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut dan mengatakan bahawa ia agak mengundang spekulasi.

Namun, ada yang berkongsi pula screenshot daripada WhatsApp yang dihantar oleh bapa yang menceritakan perkara yang sebenar.

Ada juga yang mempersoalkan tali buaian macam mana sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut terjerut. Namun, dijawab oleh mereka yang lain yang sudah mempunyai pengalaman tersebut.

 

BACA JUGA : “Ramai Nak Tolong Tapi Dia Tak Nak, Terus Lari Keluar Kedai” Lelaki Kongsi Kisah Seorang Bapa Beli Susu Anak Pakai Syiling. Kagum Bila Ramai Nak Bantu Tanpa Kira Siapa. 

 

WARGANET TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN

Sekalipun keadaan sudah dijernihkan, namun ramai juga yang tidak menolak kemungkinan jika benar ada di luar sana yang benar-benar tertekan dengan keadaan sekarang sekalipun mereka masih muda.

Sama-samalah kita saling membantu di antara satu sama lain. Keadaan sekarang ini yang sangat menekan memang tidak mustahil akan menyebabkan sesiapa sahaja mengalami tekanan. Semoga wabak Covid-19 ini dapat dihapuskan sesegera mungkin dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti normal.

 

SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34