“Hantar Adik Sihat Je, Balik Tu Dah Kakv Ibu Akan Tuntvt Keadil4n!” Ibu Luah Rasa Kecewa Lepas Tahu Anak 9 Bulan M4ut Di Tangan Suami Pengasuh

0 6,051

Masih ingat lagi kisah seorang bayi lelaki berusia 9 bulan yang m4ut diliw4t oleh suami pengasuh? Geram. Marah. Akal rasi0nal kita pasti sukar untuk menerima tindakan suspek. Tergamak dia melakukan perkara sedemikian.

Namun, di zaman di mana dunia terletak di hujung jari ini, ramai juga dalam kalangan kita yang berfikir hanya menggunakan jari. Lebih tidak masuk akal apabila ada yang mempersoalkan si ibu kerana menghantar anak kepada pengasuh yang merupakan penag1h dad4h.

Sebelum kita bercakap menggunakan jari kita, apa kata duduk dan fikir dengan rasi0nal terlebih dahulu. Adakah si ibu akan tetap hantar kepada keluarga pengasuh tersebut seandainya memang benar si ibu tahu perangai sebenar mereka? Tak logik bukan?

 

DILIW4T SUAMI PENGASUH

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh media dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 11 Mei yang lalu, mangs4, adik Afiq telah diliw4t oleh suami kepada pengasuhnya. Pada ketika itu, adik Afiq telah ditekvp mulutnya sehingga leb4m dan diliw4t. Pengasuh pula sedang menyapu sampah di luar rumah.

Ibu mangs4, Puan Robiatul Adawiah pastinya sangat terkesan dengan kejadian kej4m tersebut. Tidak cukup dengan itu, dia terpaksa pula menghadap komen “tidak cerdik” daripada netizen yang mempersoalkan tindakan menghantar adik Afiq kepada pengasuh tersebut.

Berdasarkan sebuah posting yang telah dimuatnaik menerusi akaun Facebook, BiEy Adawiah, dia telah memberikan jawapan balas kepada pertanyaan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang sibuk membandingkan diri di mana para ibu lain ada yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga anak. Nasib setiap orang adalah tidak sama. Ada yang tiada masalah untuk berhenti kerja kerana suami mampu menanggung segalanya.

Namun, desakan ekonomi pada zaman sekarang pastinya akan meyukarkan untuk kita bergantung harap pada pendapatan salah seorang daripada pasangan semata-mata.

KAKAK MASIH BERSEDIH DAN TIDAK DAPAT TERIMA KENYATAAN

Menurut Puan Robiatul Adawiah lagi, bukan sahaja dirinya yang terkesan dengan pemergian adik Afiq. Malah, kakak mangs4 juga mengalami tek4nan yang teramat sangat disebabkan pemergian adik kesayangannya itu secara tiba-tiba.

Kakak mangs4 masih lagi merupakan seorang kanak-kanak. Namun kasih dan sayangnya terhadap adik Afiq tidak dapat dipertikaikan. Dialah yang paling banyak meluangkan masa dengan adiknya itu.

Dialah yang selalu tidurkan, selalu buatkan susu, selalu pakaikan pampers dan bermain dengan mangs4.

 

“SAYA NAK KEADILAN UNTUK ANAK SYURGA SAYA..”

Demikianlah tegas Puan Robiatul Adawiah. Dia akan tetap berusaha untuk mendapatkan keadilan buat apa yang telah berlaku terhadap anak syurganya itu. Tindakan pelaku haruslah dikenakan hukvman yang setimp4l.

 

WARGANET BERIKAN SOKONGAN

Dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang ditambah pula dengan hent4man hujah tidak berakal daripada netizen, warganet yang lain tampil memberikan kata-kata sokongan dan membantu menstabilkan emosi Puan Robiatul Adawiah dan keluarga.

 

BACA JUGA : “Dilangg4r Lori Dari Belakang, Tercamp4k Dan Motosikal Hangus Terbakar” Lelaki Baru Balik Kerja M4ut Terlibat Kemalangan.

 

Ada juga yang mencadangkan supaya Puan Robiatul Adawiah untuk block sahaja mana-mana pengguna yang meninggalkan komen berbaur neg4tif. Adalah sangat penting untuk dia dan keluarga menjaga kesihatan dan kekuatan mental pada masa-masa sebegini.

Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian kali ini. Jangan terlalu mudah untuk mempercayai orang lain untuk menjaga anak kita. Tiada salah untuk kita lebih berhati-hati selepas kita mengetahui akan kejadian sebegini. 

Juga, buat diri kita semua, belajarlah untuk lebih sensitif dengan keadaan. Elakkan daripada jari terlalu laju untuk menaip dan berikan pandangan. Selain itu, harus juga diingat bahawa nasib dan rezeki setiap orang adalah tidak sama. Ada yang hidupnya senang dan ramai juga yang hidup susah. 

Semoga Puan Robiatul Adawiah dan keluarga tabah menghadapi ujian yang sangat berat ini. Semoga adik Afiq mendapat keadilan yang sewajarnya dan pelaku dikenakan hukuman yang setimpal.

 

SUMBER : Akses Info, FB BiEy Adawiah

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.