“Dia Kata Nak Balik Kampung, Tapi Lepas Tu Tak Ada Khabar Berita Dah” Frontliner M4ut Terlibat Kemalangan. Kereta Jatuh Gaung, Lepas 2 Hari Orang Awam Jumpa Kereta!

0 780

Pada musim pandemik sebegini, semua golongan akan merasai kesannya. Termasuklah para petugas barisan hadapan atau frontliners. Mereka juga turut sama terkesan dengan pandemik ini.

Itulah apa yang berlaku kepada seorang lelaki yang juga merupakan seorang petugas di Hospital Pulau Pinang. Dia telah dilaporkan hilang dari tarik 5 Julai yang lalu setelah keluar dari rumah sewanya.

Sebaik sahaja keluar sekitar jam 2 petang, dia yang dipercayai keluar untuk pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan itu telah hilang tanpa kesan. Kejadian ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan ahli keluarga.

 

ADIK MUAT NAIK KEHILANGAN ABANG

Kehilangan khabar berita abang, Abdullah Taifur, telah meresahkan adiknya, Syukrey Zaiyus. Disebabkan oleh hal itu, dia telah memuat naik berita mengenai kehilangan abangnya itu di media sosial.

Dia meminta bantuan sesiapa yang ada terlihat kenderaan jenis Myvi berwarna kuning bernombor pendaftaran DCH 2567 untuk memaklumkan kepadanya. Terutamanya kepada yang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke Kelantan.

Menurutnya lagi, abangnya itu ada memaklumkan bahawa akan pulang ke kampung. Saat ditanya kepada pihak hospital, pihak tersebut memaklumkan bahawa abangnya itu telah mengambil cuti dan tiada di tempat kerja. Abangnya juga tidak dapat dihubungi.

 

MYVI DITEMUI DALAM GAUNG

Namun, khabar gembira kepulangan abang tersayang bertukar menjadi berita sedih saat dia menerima makluman bahawa terdapat sebuah kenderaan Myvi berwarna kuning telah ditemui di dalam gaung.

Lokasi kejadian adalah di simpang tiga Kuala Kwong, Rantau Panjang. Turut ditemui bersama adalah may4t seorang lelaki yang dipercayai merupakan abangnya. Kenderaan tersebut telah beberapa hari terbabas sebelum disedari oleh orang awam.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa may4t tersebut adalah may4t Abdullah yang dilaporkan hilang. Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh adik arwah bahawa may4t tersebut memang merupakan may4t abangnya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat telah ditugaskan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang terjatuh ke dalam gaung tersebut. Kenderaan mangsa telah terbalik sekaligus memberikan sedikit kesukaran buat para petugas untuk mengeluarkannya.

Siapa sangka kerinduan mangsa terhadap kampung halamannya tidak dapat juga diubati. Mangsa pergi dahulu meninggalkan dunia sebelum sempat untuk melepaskan rindu. Punca kemalangan juga masih lagi dalam sias4tan.

Sudah tertulis bahawa mangsa akan meninggal pada hari tersebut. Apa yang berlaku hanyalah asbab semata-mata untuk Allah S.W.T menjemput mangsa bertemu dengan-Nya.

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa arwah. Adik arwah juga ada memuat naik mengenai pengebumian arwah yang di lakukan di Kampung Gertak Lembu, Salor.

 

BACA JUGA : “Pucat Muka Suami Lepas Dah Tahu Kisah Sebenar” Mak Mertua Buka Cerita Isu Nikah Di Thailand, Wanita Terkejut Nikah Abang Sendiri. Terpaksa Dipisahkan, Tapi Kesian Pada Anak. 

 

Ramai yang menitipkan doa dan menzahirkan ucapan takziah buat mangsa dan keluarga.

Ada juga yang memberikan cadangan supaya menggunakan medium seperti live location yang ada pada aplikasi WhatsApp supaya jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, pihak keluarga dan pihak berkuasa dapat mengesan dengan segera. Ada juga beberapa cadangan lain yang turut diutarakan.

Sama-samalah kita doakan supaya mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sedekahkan al-fatihah buat mangsa dan buat keluarga mangsa, semoga anda semua kuat untuk menerima ujian yang sangat berat ini.

 

SUMBER : Akses Info, FB SYUKREY ZAIYUS

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.