Jenazah Arwah Bapa Singgah Sekolah Anak Duduki SPM. Peluang Akhir Tatap Wajah!

0 1,508

Kehilangan salah seorang daripada kedua ibubapa pastinya akan membuatkan diri kita berasa sedih yang sukar untuk diungkap dan digambarkan dengan kata-kata. Rasa sedih, pilu dan hiba pastinya akan membuatkan kehilangan tersebut sangat terasa. Hanya rindu yang abadi dan doa sahaja yang dapat mengiringi.

Itulah apa yang dirasai oleh seorang calon peperiksaan SPM di Kuala Kangsar, Muhammad Haikal Iskandar tatkala bakal menduduki kertas peperiksaan Sejarah di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru.

Sebuah rakaman video telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, Badariah Mohd Mohaidin yang juga merupakan kaunselor di sekolah tersebut. Video tersebut memaparkan keadaan adik Haikal yang diberi peluang untuk menatap wajah arwah bapanya buat kali terakhir.

Kejadian tersebut dirakam di perkarangan dewan peperiksaan. Waktu pada ketika itu menghampiri jam 10 pagi dan peperiksaan yang bakal berlangsung adalah Sejarah Kertas 2.

 

PELUANG TERAKHIR TATAP WAJAH AYAH

 

LINK VIDEO:

 

Menerusi perkongsian itu juga, kaunselor berkenaan sempat untuk menitipkan doa supaya adik Haikal diberikan kekuatan untuk menjawab SPM. Video tersebut yang berdurasi selama 58 saat dan menggunakan lagu latar Salam Terakhir nyanyian Allahyarham Sudirman benar-benar membuatkan warganet turut sebak dengan ujian yang menimpa adik Haikal.

 

BACA JUGA: Terharu Jualan Buah Habis Licin, Pak Cik Ni Tak Henti Lap Air Mata. Sebak!

 

Selain itu, terdapat beberapa gambar yang dikongsi oleh beberapa portal media dan pengguna Facebook. Gambar -gambar tersebut menunjukkan keadaan adik Haikal yang kelihatan sedang mengesat air mata sambil ditenangkan oleh guru sekolah berkenaan.

 

SEMOGA TERUS TABAH DAN KUAT HADAPI UJIAN

Seluruh warganet turut bersimpati dan menyedekahkan al-Fatihah serta menitipkan doa buat arwah. Selain itu, tidak dilupakan juga adik Haikal yang terpaksa mengharungi peperiksaan SPM dalam situasi sebegini. Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat dan mendoakan adik Haikal.

Sama-samalah kita turut sama menyedekahkan al-Fatihah dan doa buat arwah bapa adik Haikal. Kepada adik Haikal, kuatkan semangat untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan doa kami sentiasa mengiringi.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.