Kagum! Netizen Puji Pemuda Jual Kereta Kesayangan Untuk Pondok Tahfiz

0 454

Sedekah mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam.  Ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah. Pemberian sedekah  ini sememangnya dipandang tinggi dalam Islam dan di sisi Allah.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, antara 3 perkara yang akan dibawa sehingga liang lahad bagi seseorang anak Adam adalah sedekah yang berpanjangan. Contohnya seperti pembinaan masjid di mana ianya digunakan  sepanjang masa dan banyak lagi contoh yang lain.

Itulah juga apa yang dilakukan oleh seorang pemuda yang menggemparkan warganet baru-baru ini apabila beliau menjual kereta kesayangannya. Hasil jualan tersebut disedekahkan 100% kepada pondok tahfiz.

Perkara ini diketahui umum hasil  menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh laman Facebook Motorsports Malaysia. Saat artikel ini ditulis, post tersebut telah mendapat sebanyak 13,000+ Likes, 700+ komen dan juga 5400+ share.

 

USAHA MENAMBAH SAHAM AKHIRAT

Menurut laman Facebook tersebut, kereta yang dijual itu merupakan kereta kesayangan pemuda berkenaan. Apa yang beliau lakukan adalah sebagai salah satu daripada usaha beliau untuk mengumpul dan menambahkan lagi saham akhirat.

Jika difikirkan susah juga untuk kita melepaskan barangan kesayangan kita demi bersedekah ini. Namun, ianya tidak mematahkan semangat dan ketaqwaan beliau terhadap apa yang beliau niatkan.

 

Pemuda berkenaan telah memuat naik status untuk menjual kereta berkenaan di Facebook peribadi beliau iaitu Semangat Membara dan menyatakan tujuannya untuk bersara dari dunia kereta dan juga untuk sedekah.

BACA JUGA: Viral Sejak Semalam. Tindakan Dua Anggota Polis Ini Mengundang Air Mata Warganet

KERETA MASIH DALAM KONDISI TERBAIK

Menurut beliau, kereta kesayangan beliau itu masih dalam kondisi yang cantik. Ia dikukuhkan lagi dengan gambar keadaan keretanya yang masih lagi terjaga rapi. Gambar tersebut dimuat naik bersama-sama post untuk menjual tersebut.

 

MERUPAKAN USAHAWAN MUDA BERJAYA

Menarik berkenaan beliau adalah, menerusi komen di post tersebut, Motorsports Malaysia bahawa pemuda berkenaan merupakan seorang usahawan.

 

Beliau mengusahakan sebuah pasaraya bernama Mempaga Segar di Karak, Pahang. Admin Motorsports Malaysia turut memberitahu bahawa pemuda berkenaan turut membuat sumbangan menerusi food bank yang disediakan.

 

MENJADI INSPIRASI ANAK MUDA LAIN & DIDOAKAN LIMPAHAN REZEKI

Rata-rata warganet sangat positif dengan apa yang dilakukan oleh pemuda berkenaan dan tidak putus-putus ucapan doa kepada pemuda tersebut.

 

Sungguh kita memerlukan lebih banyak lagi contoh seperti ini untuk memastikan lebih ramai yang terinspirasi untuk sama-sama bersedekah.

 

SEDEKAH TIDAK MENGURANGKAN HARTA

Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik?  Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita. Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu.

Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga, kesenangan dalam bekerja dan sebagainya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.

Jangan sesekali kita ragu dengan Allah.

 

SUMBER : MOTORSPORTS MALAYSIA, SEMANGAT MEMBARA

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.