“Kawasan Berkabus, Mungkin Tak Nampak Treler” Lelaki M4ut Rempvh Treler Keluar Dari Kawasan Rehat. Amirul Baru Kahwin Tak Sampai Setahun
Pernah tak anda terfikir saat anda keluar ke jalan raya pada hari ini, ia akan menjadi hari terakhir buat anda sebenarnya di dunia ini? Jika pernah, apa yang anda lakukan saat anda sedang berada di jalan raya?
Pasti ramai di antara kita yang akan keluar dengan membaca doa, berhati-hati dan sentiasa waspada dengan keadaan sekeliling. Namun, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Buatlah persediaan macam mana sekalipun, jika sudah ditakdirkan ia akan berlaku, ia akan tetap berlaku. Jika ditakdirkan itulah detik terakhir kita di dunia, ia akan tetap berlaku jua.
M4UT REMPVH TRELER
Itulah apa yang telah berlaku kepada seorang pengawal keselamatan yang bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah m4ut akibat terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Raya Timur Barat Fasa II, Gerik – Kupang.
Kejadian tersebut berlaku pada sekitar jam 6.10 pagi berhadapan dengan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau. Dalam kemalangan itu, arwah, Mohamad Amirul Ahmad, 21, yang tinggal di Kampung Permatang Gelok, Alor Setar, Kedah mninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya berl4nggar dengan treler yang keluar dari kawasan R&R berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan pada sekitar jam 6.20 pagi dan sias4tan awal mendapati kemalangan telah membabitkan motorsikal ditunggangi mangsa berseorangan dan treler yang dipandu, Mohd Saufi Yaakub, 54, dari Kampung Kandis Telong, Bachok, Kelantan.
MANGSA TERS3PIT DAN TIDAK SEDARKAN DIRI
Katanya, kejadian tersebut telah berlaku ketika treler tanpa muatan itu yang sedang keluar dari R&R berkenaan dan membelok ke kanan, dan pada masa sama motosikal jenis SYM yang ditunggangi oleh arwah tiba dari arah Gerik ke Baling.
“Motosikal ditunggangi mangsa gagal meng3lak dan mel4nggar bahagian tengah treler.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bed4h si4asat mendapati kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala. Pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, menurut Komander Operasi, Kamarul Ariffin Abdul Ghani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, berkata mangsa telah ters3pit dan tidak sedarkan diri, dipercayai sudah meninggal dunia.
“Anggota mengeluarkan mangsa tanpa menggunakan peralatan khas,” katanya.
Kamarul Ariffin berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 8.05 pagi.
WARGANET BERSIMPATI
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati atas nasib yang telah menimpa arwah. Mereka menitipkan doa dan sedekahkan al-fatihah buat arwah.
Ada juga yang mengatakan kejadian yang menimpa arwah sama seperti apa yang pernah menimpa sepupunya suatu masa dahulu.
Tidak kurang juga yang berasa simpati kerana arwah menunggang motosikal pada masa tersebut di kawasan berbukit yang mempunyai kabus tebal pada subuh hari. Sudah pasti risiko sangat tinggi buat arwah.
Sama-samalah kita jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita sentiasa berhati-hati di jalan raya. Sekalipun kita sudah berhati-hati, belum tentu lagi pengguna jalan raya yang lain akan melakukan yang sama. Jadi, kita juga haruslah sentiasa berwaspada saat di jalan raya.
Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
SUMBER : Akses Info, BERITA HARIAN