“Diorang Pasangan PJJ, Bini Dio Baru Balik Marin” Anggota Tentera M4ut Terlibat Kemalangan, Motosikal Dirempuh Kereta Masuk Lorong Bertentangan. Tinggalkan Isteri Dan Anak Masih Kecil.

0 722

Biasanya, tuntutan kerja dan amanah demi negara menyebabkan ramai pasangan yang terpaksa hidup dan menjadi pasangan jarak jauh (PJJ). Ramai sebenarnya pasangan yang hidup sebegini.

Jadi, di setiap kesempatan yang ada pastinya akan dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk meluangkan masa bersama. Namun, siapa sangka buat pasangan ini, pertemuan beberapa hari lalu telah benar-benar menjadi pertemuan kali terakhir buat mereka.

Itulah apa yang berlaku kepada pasangan Nuzulaa Mohd Zin dan suaminya, Muhammad Asyraf Azhari. Suaminya telah m4ut dalam sebuah kemalangan di Kota Bharu.

 

BERTEMBUNG SEBUAH KERETA

Dalam kejadian tersebut, arwah Asyraf yang berusia 28 tahun yang merupakan seorang anggota tentera itu telah m4ut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai cuba untuk memotong kenderaan lain.

Kejadian tersebut berlaku di Kilometer 41/2, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Tunjong pada sekitar jam 7 pagi di hadapan Kompleks G-Orange. Mangsa yang mengalami kecederaan serius dan parah pada bahagian muka dan dada telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, beliau berkata, hasil daripada siasatan awal telah mendapati bahawa arwah yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya dari rumah ibunya di Wakaf Mek Zainab.

Arwah yang datang dari arah Kota Bharu itu menuju ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini. Namun, sebaik sahaja arwah tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Persona yang berada di laluan bertentangan telah dipercayai cuba untuk memotong sebuah kenderaan lain. Namun, tindakannya itu telah menyebabkannya merempuh arwah.

 

TERCAMPAK KE TEPI JALAN

“Insiden itu menyebabkan motosikal mangsa bertembung dengan kereta tersebut sehingga menyebabkan anggota tentera itu tercampak ke tepi jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan yang tiba ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Rahim lagi, pemandu kereta itu yang berusia 27 tahun yang juga merupakan seorang pegawai perubatan tidak mengalami sebarang kecederaan.  Katanya,jenazah arwah telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat. Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut sepupu mangsa, jenazah arwah telah selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Penambang, Kampung Tikat, Pantai Cahaya Bulan.

 

TINGGALKAN ANAK DAN ISTERI

Arwah pergi meninggalkan seorang isteri yang mesra disapa Zula yang berusia 28 tahun dan juga seorang anak yang masih kecil. Isteri arwah merupakan seorang jururawat yang bertugas di Pulau Pinang.

 

KELUARGA DAN KENALAN TURUT BERDUKACITA

Ramai dalam kalangan kenalan dan keluarga yang terkejut dan turut berdukacita saat menerima perkhabaran ini. Mereka tidak putus-putus menzahirkan ucapan takziah buat keluarga arwah.

Tidak kurang juga yang sedekahkan al-fatihah dan menitipkan doa kebaikan buat arwah.

 

BACA JUGA : “Mula-Mula Fariz, Tak Lama Lepas Tu Faiz Pula Tinggalkan Kami Semua”  Dua Sahabat Baik Meninggal Derita Leukimia Dan Kanser Usus Tahap 4. Ibu Kongsi Perangan Mereka Memang Sama!

 

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Buat keluarga arwah, sabar dan tabahlah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T ini. In shaa Allah arwah sedang menanti keluarganya di syugra. Banyakkan doa buat arwah.

Buat kita semua yang masih diberikan kesempatan nyawa ini, sentiasalah berhati-hati di jalan raya. Elakkan daripada memandu secara merbahaya sehingga membahayakan nyawa orang lain.

 

SUMBER : Akses Info, KOSMO, FB MYRA YAYANG & FB IRDK RESPOND TEAM

Leave A Reply

Your email address will not be published.