KLUSTER TABLIGH TAMAT INI APA YANG DR NOOR HISHAM LUAH

0 289

Kluster Tabligh Tamat Ini Apa Yang Dr Noor Hisham Luah. Dalam menyampaikan maklumat ini petang semalam, tampak raut wajah kesayangan Malaysia ini sedikit lega.

Siapa yang tidak risau, kluster Covid 19 yang pertama di Malaysia ini bermula dengan kluster ini, Kluster Sri Petaling.

Bukan dalam masa yang singkat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil masa empat (4) bulan untuk bersungguh-sungguh menamatkan kluster ini sehingga menjadi angka sifar semalam, 8 Julai 2020.

Bermula dari kluster inilah, penyebaran wabak ini berlaku ke seluruh Malaysia sehinggakan bukan sahaja di peringkat negeri satu Malaysia terpaksa LOCKDOWN.

Namun, usaha KKM ini tidak sia-sia kerana berjaya menghentikan wabak ini dari terus menular. Satu kejayaan yang besar dan boleh membanggakan sebagai rakyat Malaysia.

FRONTLINER DAN RAKYAT MALAYSIA TERBAIK!

Tidak hanya barisan hadapan ini yang diperlu diberi tepukan gemuruh, malah seluruh rakyat Malaysia juga harus diberi pujian kerana memberikan Kerjasama yang baik sepanjang tempoh pendemik baru-baru ini.

Tetapi, ini tidak bermakna wabak ini sudah bebas dan kita boleh bergerak bebas seperti biasa. Kerana kita masih belum menang. Penjarakan sosial dan norma baharu masih terus dijalankan sehingga lah pengumuman rasmi BEBEAS COVID diumumkan kelak.

Menerusi laman facebook rasmi Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Dr Noor Hisham mengimbau Kembali bagaimana mereka mula-mula mengadakan mesyuarat yang dianjurkan Pihak JAKIM untuk menjalin hubungan dengan pemimpin Jemaah Tabligh Sri Petaling.

Alhamdulillah usahasama yang baik diberikan antara kedua pihak akhirnya menjadikan Malaysia antara negara yang berjaya menyekat penularan wabak Covid 19 ini agar tidak terus meluas.

“ A memorable moment back in time. A crucial meeting organised by JAKIM to engage with the leaders of Jemaah Tabligh Sri Petaling to break the transmission of covid-19. It was the beginning of a long journey that helped reverse the situation. Today the time has come and It took 4 months of blood, tears and sweats, marathon race against time to trace and track the close contacts and to end this cluster. We thank all frontliners who have contributed and may God bless us all”

 

Terjemahan  –

“Situasi yang tidak dapat diluapakan pada masa lalu, Mesyuarat penting yang dianjurkan oleh JAKIM untuk berhubung dengan ketua Jemaah Tabligh Sri Petaling untuk memutuskan wabak Covid 19 ini. Ia merupakan perjalanan yang Panjang yang membantu untuk membalikkan situasi.  Hari ini, masa nya telah tiba dan mengambil masa empat bulan yang berdarah, air mata dan keringat, perlumbaan marathon melawan masa untuk mencari dan terus mencari kontak rapat dan menamatkan kluster ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang memberikan sumbangan dan semoga Allah merahmati kita semua.”

Sebak bila membaca kata-kata beliau. Ternyata bukan mudah untuk memutuskan rantaian Covid 19 ini kerana wabak ini wujudnya bukan hanya dengan symptom, malah tanpa symptom juga.

Baca juga -> JAWATAN KOSONG MARITIM MALAYSIA

Satu persatu kluster yang timbul setelah Kluster pertama ini muncul dan sehingga hari ini telah mula tamat dan ini memberikan sinar baharu kepada negara.

HANYA TINGGAL 70 ORANG SAHAJA

Jumlah keseluruhan yang terjangkit dengan wabak ini di Malaysia seramai 8,677 orang dan yang kini masih aktif adalah seramai 70 orang sahaja. (sehingga 8 Julai 2020)

Manakala jumlah mereka yang sudah sembuh ialah seramai 8,486 orang dan yang terkorban akibat wabak ini adalah seramai 121 orang di mana 34 orang terdiri daripada Kluster Sri Petaling.

Alhamdulillah syukur kita panjatkan dengan berita gembira ini. Walaubagaimanapun, kita masih perlu amalkan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi terus mengekang wabak ini sehingga menjadi sifar keseluruhannya.

Jangan lupa amalkan :

  • Penjarakan sosial 1 meter
  • Sentiasa memakai penutup muka
  • Mencuci tangan dengan hand sanitizer

Sama-sama kita bantu kerajaan kita menangani wabak ini sehingga tamat. Ingat, #KitaBelumMenang. Semoga perkongsian Kluster Tabligh Tamat Ini Apa Yang Dr Noor Hisham Luah ini dapat lah membantu kita untuk terus support KKM dalam usaha menghapuskan wabak ini , InsyaAllah

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.