“Lori Tu Terb4bas Dan Hemp4p Kereta Aisyah” Wanita M4ut Ters3pit Kereta Remuk Dilanggar Lori. Ramai Ber4ng Pemandu Lori Dah Lari!”

0 1,962

Saban hari, kita sentiasa mendengar atau membaca berita mengenai kemalangan jalan raya. Ada di antaranya bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan. Namun, masih ada yang tidak bernasib baik dan kehilangan nyawa.

Itulah apa yang terjadi kepada Noor Aishah Mohd Tahir yang berusia 26 tahun. Siapa sangka saat terakhirnya di dunia adalah ketika terperosok dibawah sebuah lori di Ipoh sehingga meng0rbankan nyawanya.

Dalam kemalangan tr4gis yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Jalan Chemor-Jelapang di Ipoh, arwah yang memandu sebuah kenderaan jenis Proton Persona itu m4ut di tempat kejadian selepas ters3pit.

 

EMPAT JAM KELUARKAN MANGSA

Pihak bomba telah mengambil masa lebih daripada empat jam untuk mengeluarkan m4yat arwah yang ters3pit selepas kereta dipandu terper0sok di bawah lori. Arwah mengalami kecederaan p4rah di bahagian kep4la.

Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Nor Rasidamay4ti Abd Rasid, pihaknya menerima panggilan kecem4san memaklumkan kejadian berkenaan pada sekitar jam 10.28 pagi.

Katanya, sebaik sahaja pihaknya tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati kereta Proton Persona yang dipandu arwah sedang berada di bawah lori yang mana arwah pula pada ketika itu berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Tindakan awal yang diambil adalah membersihkan tvmpahan minyak dan mem0tong punca elektrik bagi memastikan operasi berjalan dengan selamat.

“Pada awalnya pasukan bomba menghadapi sedikit kesvkaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kereta terbabit dihemp4p lori yang membawa muatan palet ayam,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Nor Rasidamay4ti berkata lagi, pihaknya juga terpaksa menggunakan sebuah kren sebagai tenaga tambahan untuk mengalihkan lori tersebut sebelum berjaya mengeluarkan may4t mangsa.

 

VIDEO :

 

“Operasi dengan kekuatan tujuh anggota mengambil masa selama empat jam setengah untuk melakukan mengeluarkan mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 2.08 petang,” katanya.

 

PEMANDU LORI MELARIKAN DIRI

Menurutnya, difahamkan lori berkenaan dari Lebuhraya Ipoh Lumut menghala keluar ke Meru, manakala kenderaan mangsa dari sungai Siput hendak menghala ke Batu Gajah.

“Mangsa mengalami kecederaan paling teruk di kepala dan setakat ini punca kemalangan masih dalam sias4tan pihak polis.

“Sewaktu bomba tiba, pemandu lori sudah melarikan diri dan polis dalam proses mengesan pemandu lori berkenaan,” katanya.

 

WARGANET BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang berasa g3run membaca berita ini. Ada diantara mereka sering berselisih dengan lori dan ramai juga yang menggunakan laluan yang sama seperti arwah.

 

BACA JUGA : “Dia Baru Dua Bulan Kahwin” Anggota Kastam M4ut Terlibat Kemalangan Dilanggar Lori. Tinggalkan Isteri Dan Baby Dalam Kandungan.

 

Tidak kurang juga yang berasa mar4h kerana masih lagi dibiarkan lori-lori lama untuk beroperasi seperti biasa. Banyak masalah yang ada padanya yang akan memb4hayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Ramai juga yang menitipkan doa buat arwah dan memohon agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Diharapkan pemandu lori tersebut dapat segera dicari bagi tujuan sias4tan.

 

SUMBER : Akses Info, FB VIRAL PERAK & HARIAN METRO

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.