“Mak Jerit Sakit, Saya Urut Tangan, Dada Mak. Mak Tidur, Baru Saya Tidur” Jaga Ibu Sakit Sampai Akhir Hayat, Kanak-Kanak 8 Tahun Ni Curi Tumpuan Ramai. Sebak Dengar Dia Cerita. 

0 1,274

Kehilangan insan tersayang merupakan diantara perkara yang paling sukar untuk diterima oleh sesiapa sahaja. Ia pasti mengambil masa untuk kita menerima kenyataan namun untuk melupakan, pastinya tidak sama sekali. 

Itulah apa yang berlaku kepada 3 orang anak yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta. Siapa sangka derita ibunya yang menghidap penyakit kanser hati itu berakhir malam tadi di sisi anak-anak tercinta.

Arwah yang berusia 42 tahun itu mempunyai seramai 7 tahun orang anak bersama-sama dengan bekas suaminya. Namun, hanya 3 orang sahaja yang tinggal bersamanya manakala yang lain tinggal bersama bekas suaminya di Klang.

 

TERIMA PANGGILAN DARI WANITA MUDA

Perkongsian tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Facebook Muhammad Rafieudin Zainal Rasid. Kisah sayu dan menyayat hati ini diketahuinya selepas dia menerima panggilan telefon daripada salah seorang anak arwah.

Tujuannya adalah untuk meminta bantuan pengurusan jenazah ibunya yang meninggal dunia. Punca kematian arwah adalah disebabkan oleh penyakit yang dideritainya itu dan arwah meninggal dunia di PPR Kota Damansara awal pagi semalam.

Tiga orang anak yang bersama-sama dengan arwah masing-masing berusia 20, 16 dan 8 tahun. 

 

“Saya jaga mak sampai mak tidur, baru saya tidur..”

Sayu saat membaca bahagian di mana anak bongsu arwah berkongsikan cerita saat-saat terakhir arwah.

“Malam tadi saya yang jaga Mak. Saya jaga Mak sampai Mak tidur.” Anak kecil yang berusia 8 tahun itu sangat petah berkata-kata untuk menceritakan kejadian yang berlaku pada malam tadi.

“Kakak kat mana waktu tu?” Tanya saya pada anak perempuan arwah berusia 16 tahun.

“Saya tidur lepas tu saya dengar suara Mak jerit sebab sakit pukul 3 pagi, saya tengok adik dah jaga Mak kat bilik Mak, jadi saya tidur semula.” Jawab si Kakak.

“Mak jerit sakit. Saya urut tangan Mak, dada Mak. Tiba-tiba Mak muntah dar4h lepas tu Mak pun tidur. Bila Mak tidur saya pun tidur.” Sambung anak bongsu arwah lagi.

Sayu. Anak sekecil itu pastinya tidak tahu bahawa tidur yang dialami oleh arwah adalah tidur yang selama-lamanya. Tidak dinafikan bahawa dirinya turut sedih dan dia memeluk anak kecil tersebut untuk menenangkannya. Saat adik tersebut bercerita dalam tangisan, mengalir juga air matanya.

 

DIKELILINGI JIRAN YANG BAIK

Dia juga turut memaklumkan bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak kes positif Covid-19. Disebabkan oleh hal itu mereka tidak dapat untuk keluar rumah. Hanya beberapa orang sahaja yang mampu keluar untuk membantu menguruskan jenazah.

Mereka yang lain sekalipun tidak dapat membantu pengurusan jenazah, sebelum ini mereka kerap membantu dari segi bantuan dan keperluan asas arwah dan anak-anak. Saat selesai semuanya, anak-anak arwah diberikan peluang untuk menatap dan mencium arwah buat kali terakhir.

 

BEKAS SUAMI TURUT MEMBANTU

Bekas suami arwah juga turut bersama membantu dari awal hingga akhir. 

“Ustaz, saya tak mampu nak bayar kos semua ni. Saya baru kematian 2 ahli keluarga yang lain sebab covid. Sekarang simpanan saya dah habis.” 

Keluh bekas suami arwah yang jelas terpapar wajah kerisauannya tentang bayaran kos pengurusan jenazah bekas isterinya itu.

“Abang tak perlu risau. Kami faham situasi abang. Semua kos pengurusan jenazah ini termasuk kos tanah kubur saya akan selesaikan.”

Pujuk saya untuk menenangkan hatinya yang tampak sangat gelisah ketika itu.

Menangis dia. Nak dipeluk saya tapi segera dia ingat keadaan sekarang membatasi pergerakan sosial. 😢

Alhamdulillah, jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 5:30 petang. Terima kasih kepada En. Fendy dan petugas tanah perkuburan yang membantu memudahkan urusan pengebumian arwah.

Semoga roh Almarhumah Roziah binti Abd Malek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

 

BACA JUGA : [VIDEO] “Gelap, Bising Dan Sejuk Selama 3 Hari…” Kapal Tenggelam Selama 60 Jam, Harrison Terkejut Hanya Dia Yang Berjaya Diselamatkan. Berada Di Tandas Ketika Kejadian Berlaku.

 

WARGANET TURUT SEBAK

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak dan bersimpati  dengan apa yang berlaku pada keluarga ini. Tidak putus-putus kiriman doa buat arwah dan keluarga serta ramai yang ingin menghulurkan bantuan.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah dan titipkan doa buat arwah supaya arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

SUMBER : Akses Info,  FB Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34