“Dia Sempat Merangkak Ke Bilik Saya, Suruh Bawak Ke Hospital” Pelajar IPTA M4ut, Pembuluh Dar4h Pecah. Dah Beberapa Hari Mengadu, Ingatkan Pening Biasa

0 792

Situasi pandemik yang melanda negara ini bukan sahaja membawa wabak malah ia turut sama membawa berbagai lagi masalah lain. Masalah dari segi ekonomi, masalah mental dan juga masalah pelajaran.

Sedih sebenarnya saat mengenangkan ramai yang diuji dengan berat pada waktu-waktu sebegini. Ada yang kehilangan insan tersayang. Ada yang kehilangan pekerjaan. Ada juga yang mengalami tekanan.

Buat para pelajar tidak kira samada pelajar sekolah atau universiti, ia juga memberikan sedikit tekanan buat mereka. Situasi belajar secara online tidak sama seperti belajar berhadapan dengan guru. Banyak isu dan faktor yang mengganggu fokus dan kosentrasi pelajar. 

 

PELAJAR M4UT AKIBAT TEKANAN

Dalam masa tidak sampai seminggu, kita menerima khabar yang sangat mendukacitakan mengenai pemergian dua orang pelajar yang telah meninggal dunia akibat pendar4han dalam kepala.

Kedua-duanya dikatakan mengalami tekanan yang sangat melampau dan tidak cukup tidur kerana terpaksa mengejar tarikh akhir tugasan. Mungkin ada benarnya belajar secara atas talian ini memberi kesan sehingga mengganggu kesihatan mental para pelajar.

Kes yang terbaru adalah mengenai seorang pelajar lelaki yang dikenali sebagai Mohd Adham Hazim, 19. Arwah yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) Jengka itu telah meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumahnya sekitar jam 5 pagi.

 

BERLAKU PENDAR4HAN DALAM KEPALA

Arwah yang merupakan penuntut semester kedua jurusan Diploma Kejuruteraan Awam itu tetap pernah mendapat anugerah dekan walaupun hanya belajar menerusi atas talian sejak mendaftar masuk di institusi berkenaan. Namun, siapa sangka hal sebegini akan berlaku kepada arwah.

Arwah telah dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu pada sekitar jam 5 pagi. Hasil sias4tan mendapati arwah telah mengalami pendar4han pada bahagian otak dan telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).

 

SEMPAT MERANGKAK KE BILIK

Menurut bapa kepada arwah, Mohd Rizaini Ghazali, dia memaklumkan bahawa anaknya itu sempat untuk merangkak ke biliknya bagi meminta pertolongan. Sukar untuk digambarkan bagaimana keadaan arwah dan reaksi keluarga saat melihat keadaan arwah sebegitu.

Tambah bapanya lagi, arwah juga kerap tidur lewat sejak kebelakangan ini kerana dia menumpukan perhatian dan masanya untuk mengulang kaji pelajaran bagi persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Doktor kemudian memaklumkannya bahawa keadaan arwah agak kritikal kerana dua urat kepalanya putus sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia pada malam tadi (semalam) selepas 18 jam menerima rawatan di hospital. Jenazah arwah juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh pada jam 11 pagi.

 

ANAK HARAPAN KELUARGA

“Dia anak yang baik dan sangat rajin belajar selain menjadi harapan keluarga. Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, kami reda, semua ini kehendak Allah SWT,” begitulah luahan hati Ramlah Mamat, 75, yang merupakan nenek kepada arwah Adham Hazim.

Sayu hati saat kehilangan insan tersayang dalam hidup. Kejadian ini bukanlah kali pertama buat Puan Ramlah kerana suatu masa dahulu dia juga pernah kehilangan anaknya.

 

MENINGGAL SEPERTI ARWAH BAPA SAUDARA

Siapa sangka, pemergian arwah sama seperti apa yang pernah berlaku dalam keluarga mereka dahulu. Puan Ramlah berkata, pemergiannya cucunya secara mengejut itu mengingatkannya peristiwa sama berlaku kepada anaknya iaitu bapa saudara arwah yang meninggal dunia ketika berusia 17 tahun.

“Dia (anak) meninggal akibat pendar4han dalam kepala selepas mengadu sakit sama macam dilalui arwah,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga arwah di Kampung Kedai Tepoh.

 

SAKIT KEPALA BEBERAPA HARI SEBELUM KEJADIAN

Bercerita lanjut, beberapa hari sebelum kejadian, arwah ada mengadu kepada ibunya, Rosfazilah Salleh, 50, yang dia mengalami sakit kepala dan meminta untuk mengambil paracetamol kerana beranggapan ia pening biasa.

“Tak sangka pula sakitnya serius sehingga meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, keadaan arwah juga turut disahkan oleh seorang lagi pengguna Twitter yang dipercayai merupakan rakan kelas arwah iaitu Arisha yang mengakui sangat terkejut dengan berita tersebut. 

Tambahnya lagi, selepas mengambil ujian ‘programming’ pada hari Khamis lalu, arwah ada mengadu bahawa dia mengalami pening kepala.

 

KELUARGA DAN KENALAN BERDUKACITA

Ramai dalam kalangan keluarga dan kenalan arwah yang turut berdukacita atas pemergian arwah. Mereka juga sempat berkongsi berita mengenainya. Salah satunya adalah daripada bapa saudara arwah sendiri. Sukar untuk dirinya menerima berita mengenai anak buah yang sangat rapat dengan dirinya itu.

Jiran arwah juga sempat untuk berkongsikan berita mengenai apa yang terjadi kepada arwah menerusi akaun media sosial miliknya.

 

BACA JUGA : “Diorang Pasangan PJJ, Bini Dio Baru Balik Marin” Anggota Tentera M4ut Terlibat Kemalangan, Motosikal Dirempuh Kereta Masuk Lorong Bertentangan. Tinggalkan Isteri Dan Anak Masih Kecil.

 

Rakan arwah yang tidak pernah bersua muka secara berdepan dengannya juga turut berkongsi berita mengenai arwah kepada semua rakan-rakan mereka yang lain.

Warganet juga turut bersimpati dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga arwah dan sempat menitipkan pesan kepada para pelajar untuk menjaga diri mereka dengan sebaik mungkin pada musim-musim sebegini.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan mendoakan supaya arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO, FB AL FAIZAL FAIZ, TWITTER ARISHA & FB FAIZATUL NAJIRAH JALIL

Leave A Reply

Your email address will not be published.