Pelajar Tahfiz Ini Meninggal Dunia Ketika Tidur. Jenazah Wangi Ketika Dikafankan.

0 7,985

Setiap insan yang bernyawa pasti akan bertemu kematian. Kita acap kali diingatkan untuk sentiasa berusaha, bergantung penuh dan tidak mudah putus asa untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Hal ini adalah untuk memastikan pengakhiran kita dalam husnul khatimah.

Kematian dalam husnul khatimah merupakan kematian yang penyudahnya baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup. Ia membawa maksud kematian yang didalam keredhaan Allah S.W.T dan kita juga redha dengan ketentuan-Nya. Inilah sebaik-baik pengakhiran yang kita impikan dalam hidup kita.

Begitulah kisah pengakhiran hidup seorang pelajar tahfiz yang tular di media sosial. Beliau merupakan pelajar tahfiz dari Indonesia, Muhammad Al fatih Syukur, 18 yang ditemui meninggal dunia didalam bilik tidurnya di Mesir pada 9 Februari lalu. Punca kematian beliau dipercayai disebabkan oleh serangan jantung.

Jika anda membaca luahan hati mereka yang mengenali pemuda hebat ini, tiada siapa yang menjangkakan beliau akan pergi buat selamanya. Hal ini kerana tiada sebarang tanda yang ditunjukkan oleh beliau. Luah seorang kenalannya, Zaenal Akhbar Mustaqin, berita kematian rakannya itu benar-benar membuatkannya terkejut.

Hal ini kerana dia sendiri tidak pernah mendengar atau mengetahui bahawa rakannya itu mempunyai masalah kesihatan dan penyakit.

 

HAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN

Muhammad al-Fatih Syukur juga merupakan salah seorang pelajar terbaik disana. Dalam kalangan rakan-rakannya, beliau merupakan antara yang terawal menghafaz 30 juzuk al-Quran. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang daripada pelajar yang berjaya ke kelas 2 Tsanawi Ma’had Bu’uts al-Azhar. Beliau juga bakal menjadi pelajar al-Azhar pada bulan September 2021 ini setelah menghadiri Musabaqah.

SERING MENJADI IMAM

Dek kemerduan suara yang ada padanya, beliau sering menjadi imam ketika solat. Selain itu, ia juga disebabkan oleh hafazan beliau. Jadi, tidak hairan jika beliau sentiasa diminta untuk menjadi imam.

 

MENINGGAL DALAM KEADAAN PUASA SUNAT

Menurut rakannya lagi, sewaktu Subuh yang terakhir, beliaulah yang menjadi imam solat. Namun, ketika Maghrib di Kaherah, beliau telah dipanggil oleh Allah S.W.T. Pada hari tersebut juga beliau sebenarnya sedang berpuasa sunat.

SENTIASA BERAKHLAK BAIK

Akhlak dan segala budi baiknya menjadi bualan orang sekeliling. Pujian-pujian mengiringi kematian beliau. Beliau dijemput Ilahi setelah selesai pengajian dan menghafaz al-Quran. Satu bentuk pengakhiran terbaik buat beliau. Jenazahnya akan dibawa pulang ke pangkuan ibu bapanya di Ternate.

 

DIDOAKAN WARGANET

Rata-rata warganet turut menitipkan doa dan al-Fatihah kepada beliau.

 

 

Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa mengamalkan doa memohon menemui ajal di dalam keadaan husnul khatimah. Rasulullah bersabda :

 

“Sekiranya Allah inginkan kebaikan pada seseorang,  Dia akan melakukan kebaikan kepada orang tersebut.”Apabila Rasulullah ditanya  bagaimana Allah memperlakukan kebaikan kepada seseorang itu, baginda menjawab Allah akan mula pandukan orang tersebut untuk melakukan amal soleh sebelum kematiannya.”(Riwayat Anas RA)

 

Di antara tanda Allah masih menyayangi kita  ialah dengan menarik seseorang dan mulai merasai diri mudah untuk melakukan amalan dan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:

 

“Jika Allah menyintai seseorang itu, Dia akan memberikan penghormatan baginya” . Lalu apabila ditanya oleh para sahabat bagaimanakah penghormatan yang diberikan itu?  Rasulullah menjawab, Allah akan memimpin seseorang itu untuk melakukan amal soleh ketika mana dia sedang mendekati ajalnya sehingga para jiran tetangganya akan meredhainya.  (Riwayat Amru bin Abdul A’s).

 

Semoga beliau dan juga kita nanti menerima pengakhiran husnul khatimah. Takziah buat keluarga. Al-Fatihah.

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.