Pemandu Grab Teruja Isteri Hamil Anak Pertama. Bukak Je Kotak Tu, Terus Menangis!

0 780

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang sangat diimpikan oleh semua pasangan yang bergelar suami isteri. Zuriat yang bakal menjadi penyambung keturunan inilah yang akan menambah lagi rencah dan kemanisan dalam kehidupan berumah tangga.

 

Apatah lagi jika pasangan tersebut telah lama menanti untuk menimang cahaya mata. Berita ini pastinya akan lebih membuatkan mereka teruja dan sebak. Ditambah pula dengan berbagai usaha, ikhtiar dan doa dilakukan.

Begitu juga jika telah bersungguh-sungguh untuk berjuang mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga dan supaya dapat memberikan keselesaan kepada setiap isi rumah. Itulah yang berlaku kepada sebuah pasangan ini di Tiktok.

 

Dalam satu perkongsian video di Tiktok pengguna yang dikenali sebagai Shahrul Amri, dia telah berkongsi satu moment indah yang sangat-sangat dinantikan oleh mana-mana pasangan suami isteri. Dia telah berkongsi video ketika mendapat tahu isterinya hamil.

 

Dalam video tersebut, dia telah menemani isterinya untuk mendapatkan keputusan dengan menggunakan alat ujian kehamilan. Respons dia saat mengetahui berita gembira tersebut ternyata membuatkan warganet turut sama berasa sebak dan tumpang gembira.

 

LINK VIDEO :

 

 

JELAS TERPANCAR KEGEMBIRAAN

Didalam video tersebut juga jelas terpancar kegembiraannya sewaktu membuka kotak untuk melihat keputusan menerusi ujian alat kehamilan tersebut. Debaran yang dirasai dan air mata gembira tersebut jelas sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

 

WIFE EXCITED BUAT CHECKUP DI KLINIK

Bakal ibu atau bapa pastinya tak sabar dan teruja untuk mengetahui keputusan yang lebih tepat lagi daripada doktor. Jadi, tak hairanlah jika si isteri sangat teruja dan sanggup balik kerja awal untuk melakukan pemeriksaan lanjut di klinik.

 

LINK VIDEO :

 

 

WARGANET TURUT TUMPANG GEMBIRA

Video yang mendapat 96.7 ribu tanda suka dan 2734 komen ini telah membuatkan pasangan ini tidak putus-putus didoakan supaya dipermudahkan segala urusan sehingga ke proses kelahiran nanti. 

Tidak kurang juga yang berharap mereka dapat merasai dan mengalami sendiri pengalaman menimang cahaya mata. 

 

 

PESANAN INDAH IMAM IBN AL-ARABI AL-MALIKI BERKENAAN ANAK

Ada satu pesanan indah yang kami ingin kongsikan dengan anda sebelum kami sambung kisah Shahrul Amri ini. Semoga anda dapat memahami isinya dengan jelas dan bermanfaat.

 

“Anak ialah amanah Allah kepada ibubapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir. Jika ia dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka ia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia didunia dan akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.”

 

BACA JUGA: Tak Bermewah Walaupun Bergaji Ratusan Ribu, Ini Cara Sadio Mane Belanjakan Wang Untuk Kumpul Saham Akhirat.

 

“Namun, jika ia dibiasakan dengan keburukan atau diabaikan, maka ia akan merana dan celaka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya. Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”

 

Kami doakan supaya urusan saudara Shahrul Amri dipermudahkan dan juga mana-mana pasangan yang masih lagi menanti cahaya mata supaya segera beroleh berita gembira. Aamiin.

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.