Pergi Sekolah Kemas Jer, Balik Tu Mata Pun Tak Larat Nak Buka! Ragam Comel Anak Tahun Satu Di Hari Pertama Sekolah!

0 699

Hari persekolahan sudah tiba. Ramai ibubapa yang mula menarik nafas lega kerana anak-anak kini dapat kembali ke sekolah seperti biasa. Dapat belajar secara berdepan dengan guru dan dapat berinteraksi secara bersemuka dengan rakan-rakan yang lain.

Bagi para ibubapa yang mempunyai anak yang baru mendaftar masuk ke darjah satu, ia pastinya suatu saat yang telah lama dinantikan mereka. Cemas, risau, dan bimbang andai anak sukar untuk menyesuaikan diri. Namun, dalam masa yang sama turut gembira kerana anak akan melalui satu lagi fasa kehidupan yang penting.

Itulah apa yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Dr Hani Mynis dimana beliau berkongsi pengalaman peribadi selaku ibubapa yang mempunyai anak yang memasuki darjah satu pada hari ini.

 

KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN TELAH LAMA DIBELI

Itulah, siapa sangka bahawa sesi persekolahan pada tahun ini terpaksa dimulakan sedikit lambat disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat ibubapa bagi menyediakan kelengkapan rapi buat anak terlebih dahulu.

Menurut satu perkongsian daripada beliau, beliau berasa sangat berdebar buat anak bujangnya itu kerana situasi di Johor masih lagi dalam kategori yang agak merbahaya. Risau berulang perkara sama seperti anaknya masuk tadika pada tahun lalu dimana beliau berasa sangat risau dan sebak.

#logaktivitiaqil : persediaan Aqil sekolah Darjah 1

Allahu esok anak nak masuk sekolah kali pertama, ibu yang berdebar tak ingat. Risau kan hal social distancing dia kat sekolah satu hal dengan kes covid kat Johor yg agak meriah. Anak bertuah ni peramah tak ingat. 😂 Satu hal lagi of course risau nya dia nak handle diri sendiri tanpa ibu hahaha ibu dia mmg over nau. Nanti jadi mcm tahun lepas first day Aqil tadika, ibu dia kemain risau dan sebak, dia dah lari cari kawan-kawan nak main 😅.

Semoga baik-baik sahaja lah dia. Kepada Allah sahaja lah kita berserah. InsyaAllah Allah jaga.

Btw hani kongsi sikit persediaan kitorang untuk Aqil masuk darjah 1. Walaupun sebenarnya dari penghujung Disember hani dah mula sikit-sikit persediaan dia ke sekolah, tapi selagi tak sekolah selagi tu ada je benda nak kena beli. Hehe maklumlah first time dia masuk sekolah. Darjah 1. So banyaklah kena beli baru. Saja raikan dia mana yang ibu ayah mampu.

Takda tips apa-apa pun yang hani boleh kongsi yang semua belum tahu. Hani banyak follow je tips-tips yang ramai dah kongsi sebelum ini. Mana yang sesuai hani follow je. Yang kurang sesuai, hani adjust lah mana yang patut 😂

So, jom tengok gambar ya. Ada penerangan di gambar (nnt hani masukkan) . Mana yang parent sama bot dengan hani esok anak dia masuk sekolah darjah 1, boleh follow kalau sesuai.

Semoga bermanfaat 🤗

 

PERKONGSIAN TERKINI YANG MENCUIT HATI

Beliau turut berkongsi satu gambar Aqil pada hari pertama persekolahan. Anda boleh lihat di gambar dibawah. Alahai. Comel betul ye kanak-kanak ni.

SUMBER : FB HANI MYNIS

 

Kalau sebelum ni anak di tadika, sedikit berbeza bila mana tahun ini anak sudah menginjak ke Tahun Satu. Pelbagai rasa berbaur dan bercampur menjadi satu. Gembira, Berdebar, Takut, semuanyalah!

 

BACA JUGA: “SAYA BUKAN BUDAK SPM” – Pembeli Tak Puas Hati Akhirnya Kagum Dengan Jawapan Dr PHD Yang Jual Baja Ni.

 

Apa yang paling penting adalah untuk memastikan anak-anak sentiasa bersedia untuk ke sekolah. Nak goda mood di pagi hari sememangnya tugas yang agak mencabar. Bila balik sekolah, dengar luahan dan cerita mereka. dengan penuh rasa teruja.

Kepada anak-anak yang punya Anak Tahun 1  pada tahun ni, apa gelagat comel mereka di hari pertama persekolahan ni?  Kami doakan semoga semua baik-baik sahaja hendaknya.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.