Nak Tukar Jalan Ke Lorong Tengah, Pemilik Kedai Kopi Abe Jey Antara 2 Penunggang Skuter Yang M4ut Dilanggar Bas. Arwah Tinggalkan Isteri Dan Dua Anak!

0 1,248

Terlalu kerap kita mendengar berita mengenai kemalangan yang mengakibatkan kematian kebelakangan ini. Sedih, risau dan bimbang seandainya kita atau keluarga kita pula yang terlibat dengan kejadian sedemikian.

Kadangkala kita sudah terlebih cermat dan berhati-hati di jalan raya. Namun, tindakan pengguna jalan raya lain yang cuai yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Sukar untuk kita mengelakkannya jika bukan semua yang berhati-hati.

Itulah apa yang berlaku di Sungai Buloh. Dua orang lelaki telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian. Kejadian berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat.

 

MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN

Dalam kejadian yang berlaku di Paya Jaras di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh pada kira-kira jam 4 petang itu, penunggang, Mohamad Jeffry Mohd Saundi yang berusia 36 tahun dan pembonceng, Mohd Noor Azmanizam Mashusin yang berusia 39 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Hal ini disebabkan oleh kecederaan yang sangat parah pada bahagian kepala. Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, dia berkata, kejadian tersebut telah berlaku apabila skuter Yamaha Nouvo S yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa itu telah dipercayai bergerak dari lorong kiri menghala ke laluan tengah.

 

DILANGGAR SEBUAH BAS

Malang tidak berbau apabila tindakan mereka itu kemudiannya mengundang padah. Punca kejadian masih lagi dalam kejadian. Namun, selepas mereka bergerak menukar lorong tersebut, mereka telah dilanggar oleh sebuah bas.

“Motosikal mereka kemudian dilanggar sebuah bas dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun yang datang dari arah belakang.

“Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa jatuh ke atas jalan raya dan dilanggar tayar hadapan kanan bas berkenaan” katanya dalam kenyataan, di sini.

Akibatnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah seperti yang dilaporkan iaitu pada bahagian kepala. Tambah Shafa’aton lagi, m4yat kedua-dua mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bed4h sias4t lanjut.

Sehingga ke saat ini, sias4tan masih lagi dilakukan oleh pihak berkuasa. Hal ini kerana saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut masih lagi dicari.

“Sias4tan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 untuk sias4tan lanjut,” katanya.

 

MERUPAKAN PEMILIK KEDAI MAKAN

Salah seorang daripada mangsa m4ut tersebut merupakan seorang pemilik kedai makan. Kedai makannya menjual masakan-masakan Kelantan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Arwah turut meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. 

 

BACA JUGA : “Kalau Kita Mati Nanti, Kerajaan Tolong Jugak Kan?” Wanita Tumpangkan Pak Cik Tua Pulang ke Rumah, Tak Sangka Soalan Akhir Pak Cik Ni Buat Ramai Sebak! 

 

WARGANET BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib yang diterima mangsa. 

Ramai juga yang menitipkan doa buat kedua-dua mangsa. 

Sama-samalah kita doakan agar kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Titipkan doa dan sedekahkan al-fatihah buat mereka. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

 

SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34