“Tiba-Tiba Dapat Mesej Dari Tini, Rupanya Suami Dia Bagitau Tini Dah Tak Ada” PU Azman Kongsi Detik Tini Ucap Syahadah Dalam Fon. Dijemput Ajal Kerana Alahan Mengandung, Dia Pergi Bersama Baby
Nama Pencetus Ummah (PU) seorang ini sememangnya sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia. Beliau yang sentiasa bersahaja dan suka membahan warganet serta pandai berlakon ini merupakan di antara figura yang sangat mudah didekati.
PU Azman atau lebih mesra disapa sebagai Cik Man merupakan seorang yang sangat versatil. Bukan sahaja hebat dalam berkongsi ilmu agama, beliau juga merupakan pengacara dan turut mempunyai program khas sendiri.
Jangan pandang rendah kerana kebolehan Cik Man juga telah membuatnya berjaya membintangi beberapa drama tempatan. Beliau juga banyak melakukan perkongsian menerusi akaun media sosial miliknya.
WANITA MENYATAKAN MAHU MASUK ISLAM
Mungkin disebabkan personalitinya itu, ramai sebenarnya yang tertarik untuk masuk Islam. Menerusi akaun Instagram milik Cik Man, beliau ada berkongsi satu kisah sedih yang membuatkan warganet turut sebak.
Kisah tersebut adalah mengenai seorang wanita yang sekitar empat tahun lalu telah memeluk Islam menerusi telefon dengan bantuan beliau yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Cik Man juga merupakan di antara individu yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada wanita berkenaan mengenai ilmu agama. Khabar duka tersebut turut sama mendapat perhatian warganet.
N
KISAH TINI…
Menerusi perkongsian tersebut juga, Cik Man telah berkongsi secara ringkas namun sangat membekas mengenai kisah wanita tersebut yang bernama Tini. Ikuti perkongsian Cik Man dibawah ini.
“4 tahun lalu, ada seorang gadis Sabah text Cik Man menyatakan mahu masuk Islam. Disebabkan kejauhan, dia mengucapkan syahadah melalui panggilan telefon dengan cikman.”
Demikian permulaan cerita daripada Cik Man mengenai Tini, wanita mulia yang mendapat hidayah dan meninggal dunia dalam Islam dan penuh kemuliaan. Menurutnya, nama selepas memeluk agama Islam Tini adalah Nur Zulaikha.
“Tini namanya. Namanya selepas syahadah ialah Nur Zulaikha. Dari jauh, cik man ikuti perkembangannya dan bantu tentang Islam. Dan alhamdulillah, dia akhirnya bernikah.
Semalam, Tini text cik man. Tapi rupanya bukan Tini. Rupanya suami dia beritahu bahawa Tini dah tak ader lagi. Tini sudah meninggal dunia.”
PERGI BERSAMA KANDUNGAN LIMA BULAN
Siapa sangka pemergian Tini turut membawa bersamanya anak syurga yang sedang dikandungnya.
“Sedih, terkejut dan tak boleh nak cakap apa. Tini pergi ketika berusia 24 tahun bersama kandungan pertamanya lima bulan.
Ketika suaminya menangis saat meluahkan, aku pun tak dapat menyeka air mata. Mengenangkan persahabatan jarak jauh ini.
Aku menyaksikan, Tini seorang wanita dan isteri yang solehah.
Tini, semoga kau tenang di sana dan semoga Allah memberi ganjaran ketabahan kepada suamimu @_qibil
Dalam hidup ini, kadang terjadi perkenalan yang tak pernah bertemu hingga hujung waktu.”
#doabuatTini
SUAMI KONGSI BERITA DUKA
Menerusi Group Info Ibu Hamil, suami Nur Zulaikha turut memuat naik status yang mengatakan isterinya meninggal dunia kerana alahan mengandung. Alahan yang dialami arwah isterinya menyebabkan isterinya turun berat badan daripada 74kg kepada 50kg sahaja.
Arwah mengalami alahan teruk ini sehingga kandungan berusia 5 bulan. Siapa sangka, Allah turunkan ujian buat belia apabila isterinya meninggal dunia bersama baby yang dikandungnya.
WARGANET TURUT BERSIMPATI
Kisah perkongsian ini turut mendapat perhatian dan simpati daripada selebriti tanah air dan warganet.
Ada juga yang seakan masih tidak percaya akan berita tersebut. Rata-ratanya daripada mereka yang kenal dan tahu akan kisah Tini ini.
Namun, ada juga yang mengenali arwah turut mengesahkan perkara berkenaan.
Saat ditanya apa punca kematiannya, dijawab oleh mereka yang tahu bahawa ia disebabkan oleh alahan kehamilan.
Tidak kurang juga yang mendoakan kebaikan buat arwah dan sedekahkan al-fatihah buatnya.
Sama-samalah kita juga titipkan doa dan sedekahkan al-fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Arwah ditemani anak syurga dan bakal disusuli dengan suaminya suatu hari nanti untuk bersatu kembali mereka sekeluarga di syurga nanti. In shaa Allah.
SUMBER : Akses Info, INSTAGRAM @puazmanofficial