Rezeki Pelajar Cemerlang! Ustaz Ebit Lew Sumbang RM40 Ribu Tajaan Penuh Nurul Asma

0 465

Tular di laman media sosial Facebook pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) hari ini memuat naik status berkenaan tajaan penuh pengajian buat Nurul Asma. Tajaan tersebut berjumlah RM40,000 berserta dengan beberapa bentuk sumbangan yang lain juga.

Kisah berkenaan Nurul Asma yang merupakan seorang pelajar cemerlang Diploma Perkauanan yang mendapat CGPA 3.95 menjadi bualan di media sosial kerana beliau terlepas peluang untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara.

Hal ini kerana kehidupan keluarganya yang susah telah menyekat hasrat dan peluangnya untuk mengejar cita-cita tersebut. Kisahnya mendapat pelbagai reaksi dari netien dan ada yang mengatakan belajar di dalam negara sekalipun bukanlah tidak boleh berjaya.

Namun, ketika orang ramai lebih laju memberikan komen berbeza pula pendekatan yang diambil oleh UEL dimana beliau lebih laju untuk tampil memberikan tajaan penuh kepada Nurul Asma. 

“Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.

Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat cgpa 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).”

TAJAAN PENUH RM40 RIBU

Tajaan daripada UEL ini adalah untuk pengajian Nurul Asma selama 2 tahun setengah termasuklah penginapan. UEL turut menelefon universiti dan menerima kemasukan Nurul Asma pada bulan April nanti.

Beliau juga turut menghadiahkan laptop berserta router wifi yang diberikan langganan percuma oleh DIGI selama setahun.

“Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.”

Menurut UEL lagi, keluarga Nurul Asma tidak henti-henti mengucapkan terima kasih dalam tangisan. Ia sedikit sebanyak turut menimbulkan rasa sebak dalam diri UEL.

“Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer.

Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah.”

 

RAMAI YANG MEMUJI TINDAKAN UEL

Rata-rata netizen meninggalkan komen dan reaksi positif berkenaan tindakan dan sumbangan yang diberikan UEL ini. Sewaktu artikel ini ditulis, status UEL di Facebook peribadi beliau telah mendapat 155,000+ Likes, 7,600+ komen dan 4,200+ share.

TERIMA KASIH USTAZ SELALU MEMBANTU TANPA MENGIRA BANGSA & AGAMA

Ternyata segala tindakan yang dilakukan oleh UEL sentiasa menjadi inspirasi buat lebih ramai lagi individu diluar sana untuk sama-sama membantu di antara satu sama lain. Diharapkan aura dan tindakan positif beliau ini turut sama mampu menyentuh hati kita.

BACA JUGA: Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Kereta Dan Bayar Sewa Rumah Seumur Hidup Buat Keluarga Di Kelantan

Kita juga boleh bermula untuk membantu orang di sekeliling kita tanpa perlu menanti untuk menjadi kaya dan terkenal kerana sedekah itu terlalu luas sifatnya. 

 

SUMBER : USTAZ EBIT LEW

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.