Risau Keadaan Rakyat, TMJ Sumbang lagi Untuk Aktiviti Amal Ustaz Ebit Lew

0 767

Siapa tidak kenal dengan seorang tunku mahkota ini. Walaupun negerinya jauh di selatan, namanya gah di seluruh tanah air. Bermula dengan penglibatan beliau secara aktif dalam sukan bola sepak negeri Johor, nama Johor mulai terkenal ke serata dunia.

Itulah Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Negeri Johor. Kasihnya Tunku Ismail kepada negerinya tidak dapat disangkal lagi. Kelantangan suara dan pendiriannya juga sedikit sebanyak mencorak politik dan beberapa badan induk besar di Malaysia seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Penglibatan sementara beliau sebagai Presiden FAM suatu masa dahulu telah berjaya “membersihkan” persatuan tersebut daripada gejala-gejala yang tidak sihat. Kesannya mulai dapat dilihat kini dimana persatuan tersebut kelihatan semakin tersusun walaupun masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Terkini, menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew, beliau sempat untuk mengadap DYAM Tunku Ismail di istana. Pertemuan ini bukanlah pertemuan kali pertama diantara dua figura hebat tanah air ini.

 

TUNKU & TUANKU SULTAN YANG SANGAT PENTINGKAN RAKYAT

Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Ebit Lew ada mengatakan bahawa DYAM Tunku Ismail dan Sultan Ibrahim bukan sahaja cakna akan kesusahan dan kebajikan rakyat negeri Johor semata-mata. Malah, mereka juga turut risau dan bimbang akan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Terharu gembira dapat mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor di Istana tadi. Terharu Tunku risau keadaan rakyat. Kesusahan dan penderitaan mereka. Berbincang dan menyokong usaha saya lakukan. Saya sendiri melihat setiap hari Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat.”

BERBINCANG MENGENAI KEBAIKAN SEMUA

Ustaz Ebit Lew juga mengatakan bahawa beliau teringat kisah Khalifah dulu yang selalu memikirkan berkenaan rakyat. Hal ini kerana DYAM Tunku Ismail sentiasa bertanyakan khabar kepada beliau dan bertanyakan juga apa yang boleh dibantunya.

 

BACA JUGA: Jenazah Arwah Bapa Singgah Sekolah Anak Duduki SPM. Peluang Akhir Tatap Wajah!

 

“Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat. Banyak perkara dibincangkan semuanya mengenai kebaikan kita semua.

Teringat kisah Khalifah dulu yang memikirkan keadaan rakyat. Subhanallah. Semoga Allah memberkati Tunku dan keluarga.”

 

SUMBANGAN BERJUMLAH RM100,000

Dalam pertemuan sebelum ini, DYAM Tunku Ismail ada memberikan sumbangan sebanyak RM200,000. Untuk sumbangan kali ini, DYAM Tunku Ismail memberikan lagi sumbangan sebanyak RM100,000. Suatu masa dahulu, turut tular di media sosial sewaktu Syed Saddiq yang melakukan #botakchallenge untuk mendapatkan dana dimana DYAM Tunku Ismail turut memberikan sumbangan beberapa ratus ribu bagi misi tersebut.

“Tadi Tunku dan JDT memberi sumbangan banyak Rm100 ribu. Baru ini Rm200 ribu. Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu. Ada masalah apa-apa. Terasa malu dan segan. Saya cuma orang biasa. Tapi Tunku TMJ layan macam kawan-kawan sahaja. Allahuakbar. Ustaz turun Johor singgah sini. Kita bagi bilik semua. Boleh berkongsi demi rakyat.  Allah sayang TMJ. Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan.”

Jujur kami katakan bahawa kami tersangat bangga untuk menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita mempunyai sultan-sultan dan Tunku Mahkota yang sangat mengutamakan rakyat. Semoga negara kita kekal dalam pemerintahan yang harmoni begini.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.