Rumah Bergegar Dek Gempa Bumi, Lelaki Ini Khusyuk Teruskan Solat Sampai Selesai. Terbaik!

0 626

Solat merupakan rukun yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah didalam rukun Islam. Seringkali kita dengar bahawa solat adalah tiang agama. Namun, berapa ramai yang benar-benar menajaganya? Tiang yang rapuh akan membuatkan akidah kita turut sama menjadi rapuh.

Tular baru-baru ini apabila seorang pemuda yang kekal khusyuk menunaikan solat tatkala gempa bumi berlaku. Pemuda yang berasal dari Indonesia yang kini tinggal di Jepun itu menjadi bualan hangat warganet disebabkan oleh kekhusyukan beliau pada masa tersebut. 

Video yang dirakam oleh rakan pemuda tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Twitter @Dikurn sebelum dilaporkan oleh salah sebuah media di Indonesia iaitu suara.com. Video berkenaan telah mendapat lebih daripada 200 ribu tontonan selain turut dibanjiri dengan komen-komen positif oleh warganet.

Rakannya dikatakan hanya mahu merakam suasana tatkala gempa bumi sedang berlaku pada masa tersebut. Namun tanpa sengaja terakam saat pemuda tersebut sedang mendirikan solat.

 

LINK VIDEO:

 

MENDIRIKAN SOLAT SEHINGGA SELESAI

Pemuda yang memakai t-shirt berwarna hitam dan memakai kain pelikat didalam video tersebut kelihatan tenang dan tetap khusyuk mengerjakan solat sehingga selesai. Sedikit pun tidak kelihatan kegusaran beliau dengan keadaan pada ketika itu.

GEMPA BUMI BERMAGNITUD 7.1

Menurut laporan berita, gempa bumi yang kuat dengan magnitud 7.1 tersebut telah menggegar kawasan pantai timur negara Jepun. Ia berlaku pada malam Sabtu. Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

 

RESPECT!

Ternyata tindakan pemuda ini membuatkan warganet berasa hormat terhadapnya. Ye la. Dalam keadaan sebegitu masih tetap khusyuk dan selesaikan solat. Berapa ramai je yang sanggup kan?

Ramai sebenarnya yang benar-benar kagum dengan pemuda tersebut dan mereka turut sama meninggalkan banyak komen yang positif.

Saban hari pastinya akan ada tindakan murni, luarbiasa dan jelas menunjukkan tahap ketakwaan yang sangat tinggi terhadap Allah S.W.T yang dapat kita lihat. Siapa kata media sosial banyak benda maksiat dan lagha semata-mata?

 

BACA JUGA: Selepas Nabil Ahmad, Kini Amar Asyraf Pula Sertai Jemaah. Alhamdulillah!

 

Perkongsian seperti inilah yang kita perlukan lagi dan lagi. Hal ini kerana hasil daripada perkongsian sebegini, makin ramai yang terdetik hati untuk menjadi lebih baik dan tidak kurang juga yang terbuka hati untuk belajar mengenai Islam dengan lebih mendalam.

Semoga kita juga akan dikurniakan keimanan dan ketakwaan yang teguh walau apa jua ujian yang menduga!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.