Rumah Terbakar Tinggal Sehelai Sepinggang. Siti Sarah Dan Shuib Nekad Bantu Bina Rumah Baru

0 1,494

Siapa yang tak kenal anggota Sepahtu iaitu Shuib yang sentiasa santai dan bersahaja namun pasti akan membuatkan kita mudah untuk tertawa. Figura hebat yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan terutamanya ketika terpalit dengan kontroversi baru-baru ini telah memuat naik satu video yang tular di laman Instagram beliau.

Video tersebut memaparkan nasib dua keluarga di kawasan Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka hangus dijilat api akibat kebakaran yang berlaku. 

Nasib mereka ini mendapat perhatian pasangan selebriti popular ini iaitu Shuib dan isterinya, Siti Sarah. Kebetulan pada ketika itu mereka berada di Kelantan atas urusan perniagaan. Terkesan dengan ujian yang menimpa keluarga tersebut, pasangan ini terus mengambil peluang untuk menziarah dan memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung.

BACA JUGA: Bantu Bayarkan Rumah Dan Kereta, Instafamous Ini Digelar Ustaz Ebit Lew Junior!

“Kebetulan semalam, ketika pembukaan Bubble Bee, ada orang beritahu kami mengenai dua buah rumah terbakar itu dan lokasinya tidak jauh dari tempat kami.

“Saya terus tergerak hati nak ajak Shuib dan pasukan kami ke sana bagi menghulur bantuan. Sampai di sana, bila tengok sahaja rumah kak Halimah dan kak Hawa, hati saya macam nak pecah. Bayangkan, dalam masa setengah jam dua rumah hangus terbakar.

“Kita doakan yang dua keluarga ini dipermudahkan segala urusan mereka dan kuat melalui ujian ini. InshaAllah saya dan Shuib akan cuba membantu dua keluarga ni.

“Buat masa sekarang, mereka dah pilih rumah untuk di sewa sementara dan insha-Allah kami juga akan bantu buatkan dua rumah yang baru secepat mungkin. Minta semua doakan agar semua urusan dipermudahkan.”

 

BAKAL MEMBINA RUMAH BARU BUAT MANGSA

Menurut Sarah, dia dan Shuib akan membina rumah baru buat kedua-dua pasangan ini. Namun, untuk sementara waktu mereka mencarikan rumah sewa terlebih dahulu buat mangsa. 

 

RUMAH MASIH BERASAP

Ketika pasangan tersebut menziarahi mangsa, rumah mereka yang terbakar masih lagi berasap. Akui mereka, mereka berasa sangat sedih melihat keadaan tersebut. Menurutnya lagi,

“Ya Allah, memang saya tak dapat nak bayangkan benda ini terjadi pada jam 3.30 pagi.

“Kita semua tengah tidur nyenyak, mereka berlari selamatkan diri dari api sampai tak sempat nak selamatkan barang-barang dan bayangkan, ketika saya sampai petang itu pun (semalam) rumah masih berasap tak habis lagi.

“Bayangkan sekiranya kejadian sebegini berlaku pada keluarga kita sendiri.”

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.