“SAYA BUKAN BUDAK SPM” – Pembeli Tak Puas Hati Akhirnya Kagum Dengan Jawapan Dr PHD Yang Jual Baja Ni.

0 476

Ragam biasa dalam urusan jual beli, pasti akan timbul bermacam-macam isu. Tak kira samada isu tersebut kecil atau isu besar, ia pastinya akan tetap diperbesarkan. Baik daripada pihak pembeli yang sentiasa menggunakan tagline “Customer always right” dan juga daripada pihak penjual yang dah mulai muak dengan tagline tersebut. 

Dalam satu kes ini, ia sedikit berbeza dimana pada kali ini seorang pembeli mula mempersoalkan berkenaan timbangan baja yang dibelinya daripada seorang penjual di Shopee. Situasinya bermula apabila pembeli baja berkenaan memaklumkan baja yang disangka mempunyai berat 5kg sekadar dimuatkan dengan berat 4kg sahaja.

Jumlah tersebut adalah kurang 1kg daripada jumlah yang beliau harapkan. Tidak berpuas hati dengan baja yang diterima, beliau terus menyoal dan memaklumkan kepada penjual baja berkenaan di Shopee.

 

 

“SAYA BUKAN BUDAK SPM” – PEMBELI

 Menerusi pertanyaan yang dibuat, pembeli yang mendakwa dirinya pakar dalam bidang volumetric and weighing ini bertanyakan alat ukur apakah yang diguna pakai oleh penjual. Hujah beliau juga turut memaklumkan meski sekalipun nilai ketumpatannya berbeza namun beratnya masih sama.

Namun, siapa sangka penjual baja berkenaan merupakan seorang doktor falsafah, Dr Mohd Nazmi yang mempunyai kepakaran dalam bidang biomass energy. Menurut Dr Mohd Nazmi, baja yang dijual diukur menggunakan volumetric jar yang berisipadu 1 liter.

SIAP BAGI “LECTURE”

Beliau juga turut menerangkan kepada pembeli berkenaan formula pengiraan ketumpatan atau density di mana berat dibahagi dengan jumlah isi padu. Meskipun 1 liter tanah, pasir, air dan batu mempunyai jumlah isipadu yang sama namun semuanya memiliki berat yang berbeza.

Penerangan jelas yang diberikan Dr Mohd Nazmi ini sedikit sebanyak menjawab persoalan dan kekeliruan si pembeli sekaligus semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Si pembeli juga telah memohon maaf di atas sikapnya.

Menurut perkongsian, si pembeli berkenaan telah tampil dan meninggalkan mesej di ruangan chatbox Shopee di mana dia berpuas hati dan faham dengan penerangan yang diberikan. Dia juga turut memohon maaf atas dakwaan yang dibuat sebelumnya.

Dr Mohd Nazmi turut sama memohon maaf atas penerangan yang dibuat. Menurutnya lagi, beliau bukanlah mahu berasa besar diri dan merendahkan sesiapa sebaliknya sekadar tegas dengan hal sebegini agar tidak berlaku isu penipuan.

Menarik sebenarnya perkongsian kali ini kerana tidak kira apa sekalipun tahap pendidikan kita atau jenis pekerjaan kita, tidak semestinya ia bermaksud kita lebih tinggi dan hebat daripada orang lain. Keterbukaan dalam berbincang juga sangat diperlukan dan kita perlu pastikan diri tidak mudah untuk dikuasai oleh emosi.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.