“Makanan Tak Ada,  Sewa Rumah Tak Bayar, Bil Air Api Semua Tertunggak”  Tinggal Dengan Nenek Dan Adik Kecil, Budak Ni Tolong Nenek Kibarkan Bendera Putih

0 642

Pandemik Covid-19 benar-benar memberikan kesan yang teramat sangat kepada semua rakyat Malaysia. Hampir semua daripada kita mengalami masalah terutamanya daripada segi ekonomi.

Ada yang kehilangan pekerjaan. Ada yang terputus punca pendapatan. Tidak kurang juga yang terus terputus bekalan makanan. Namun, beruntungnya kita di Malaysia kerana kita masih ada ramai yang sangat prihatin dengan keadaan mereka di sekeliling.

Kempen kibarkan bendera putih seandainya anda berada di dalam kesusahan terutamanya dari segi barang keperluan, benar-benar membantu mereka yang sangat memerlukan.

 

BUDAK LELAKI PANJAT BUMBUNG

Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang budak lelaki yang sanggup untuk memanjat bumbung rumah pangsa yang didiaminya semata-mata untuk mengibarkan bendera putih.

Meski masih kecil, rasanya memang tidak dapat dinafikan bahawa dia sebenarnya sangat faham dengan keadaan yang sedang berlaku terhadap keluarganya. Sebak. Itulah apa yang dirasai oleh semua mata yang menonton video tersebut.

Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok @salwanaidin itu, dia menunjukkan bagaimana kanak-kanak tersebut sanggup untuk memanjat bumbung berkenaan dan mengibarkan bendera putih.

 

VIDEO :

 

Mungkin sudah tertulis dalam suratan takdir, kejadian tersebut dilihat sendiri oleh Salwa Naidin yang pada ketika itu tanpa sengaja terlihat kanak-kanak tersebut sedang mengibarkan bendera putih.

 

TINGGAL BERSAMA-SAMA NENEK DAN ADIK KECIL

Apa yang lebih menyebakkan adalah, kanak-kanak tersebut tinggal bersama-sama dengan nenek dan juga seorang lagi adiknya yang masih kecil. Sebelum ini, mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga kuih.

Namun, disebabkan oleh PKP, agak sukar untuk mereka berniaga seperti biasa sehingga terus terputus bekalan dan sumber pendapatan. Mereka kini tiada wang untuk membayar bil elektrik dan juga air.

Salwa Naidin dan team terus segera untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga tersebut supaya mereka dapat kembali teruskan kehidupan. 

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini. Bagi mereka, idea kibarkan bendera putih merupakan diantara idea yang bernas kerana terlalu ramai sekarang ini yang sedang menderita.

Namun, ada juga yang sempat menegur agar tidak dirakam muka mereka yang menerima bantuan demi menjaga aib mereka.

 

BACA JUGA : Jiran Cilik Bayar RM6.10 Untuk Beli Hadiah Birthday Bapa, Tak Cukup, Tapi Seller Ni Bantu Tunaikan Permintaan Dia

 

Ada benarnya perkara tersebut. Mungkin merakam itu perlu cumanya perlu lebih kena pada caranya seperti mengaburkan muka agar orang tidak tahu siapa yang menerima bantuan tersebut.

Mungkin tujuan rakaman ini dilakukan adalah untuk memastikan agar pihak yang memberikan sumbangan tahu bahawa segala sumbangan mereka disalurkan pada tempat yang betul. 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang lain untuk sama-sama menyumbang. Apapun, masih banyak lagi yang perlu dibetulkan dari segi adab menyumbang buat kita semua. Jadikan setiap kesilapan sebagai pengajaran dan janganlah dikecam berlebihan kerana risau tiada siapa lagi yang akan melakukan kerja-kerja mulia ini di kemudian hari.

Sama-samalah kita doakan agar negara kita kembali pulih dan kita semua dapat melakukan aktiviti seperti biasa.

 

SUMBER :  Akses Info, Tiktok @salwanaidin

Leave A Reply

Your email address will not be published.