Selamatkan Dari Jadi Mangsa Bapa Tiri, Cikgu Ini Berjaya Bantu Murid Harapan Sekolah Dari Neraka Dunia!

0 487

Siapa yang tidak kenal Cikgu Fadhli Salleh kan? Cikgu yang cukup terkenal di dunia maya di atas perkongsian-perkongsian beliau yang sangat luarbiasa. Ada perkongsiannya bersifat jenaka, ada juga yang penuh dengan nilai dan tidak kurang juga yang mampu membuat kita menitiskan air mata.

Cikgu yang juga turut dikenali sebagai “Cikgu Korea” ini merupakan di antara guru paling berpengaruh di Malaysia. Beliau bukan sahaja seorang guru, malah turut bergelar influencer, usahawan, penulis buku dan juga Penaung bagi Dana Kita.

Dana Kita merupakan projek amal di mana beliau membantu masyarakat yang di dalam kesusahan. Antara yang termasuk dibawah perlindungan Dana Kita adalah ibu-ibu tunggal, ibu-ibu tinggal dan juga gadis remaja yang ingin peluang untuk keluar daripada “neraka dunia”.

Menerusi perkongsian di laman Facebook peribadi beliau, beliau memuat naik screenshot WhatsApp di mana beliau menerima ucapan terima kasih daripada salah seorang “anak perempuan” beliau.

 

GENAP SETAHUN DI BAWAH JAGAAN

“Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi. 

Dah setahun rupanya anak ini di bawah jagaan aku. Ingat pula dia hari pertama aku jumpa dan bantu dia tu. Orang perempuan kalau dengan tarikh ni memang power kan? 😅

 

DIKACAU AYAH TIRI & PRESTASI PELAJARAN MEROSOT

Menurutnya lagi, pelajar ini sebenarnya merupakan pelajar harapan sekolah. Namun, disebabkan oleh masalah keluarga dan turut di’ganggu’ oleh ayah tirinya, pelajar ini mula menunjukkan kemerosotan prestasi.

Anak ni aku selamatkan dari dicab*l oleh ayah tirinya, tersepit dan terhimpit di rumah sendiri. Pelajaran merosot, kehadiran sangat teruk. Sedangkan dia pelajar harapan sekolah.

Aku cari dan heret dia keluar dari neraka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa. Setiap bulan aku akan jumpa dan tanya khabar berita. Mengirim duit belanja, menghantar bekalan makanan, mencukupkan apa jua keperluan.

BAKAL MENDUDUKI SPM 2020 TIDAK LAMA LAGI

Apa pun, didoakan anak ini berjaya dunia akhirat. Anak ni bakal exam SPM 2020 ni. InsyaAllah otaknya sangat cerdas dan bijak sungguh budaknya.

Kisah hitam yang perit, kesusahan hidup yang menghimpit, sejarah silam yang menghantui, kini tiada lagi. Aku jaga sungguh-sungguh macam jaga anak sendiri. 

InsyaAllah budak ini akan menjadi seseorang pada masa akan datang.

 Dan masa tu dengan bangga aku akan berkata,

“Ini anak aku. Yang pernah hilang arah tuju, yang pernah buntu, yang hilang semangat untuk hidup dulu kini di sini dia.

Kini dah berjaya dan memberi manfaat pada orang lain pula. Cikgu bangga dengan kamu”.

Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ungkapkan ayat itu. Aku tahu. Dan aku yakin.”

 

DOA DARI “ANAK PEREMPUAN”

Bila dibaca mesej yang disampaikan rasa sebak, sayu dan runtun hati kita yang membaca. Namun, siapa sedar dalam kesulitan yang kita hadapi, masih ada yang lebih susah dan memerlukan tangan bantuan daripada kita semua.

Tindakan pantas Cikgu Fadhli ini saya kira sebagai penyelamat sejati buat pelajar yang sudah dianggap sebagai anak perempuannya.

Sama -sama kita mohn agar dipermudahkan urusan Cikgu dan anak ini supaya terus berjaya dan dapat membantu orang lain juga sebagaimana apa yang dihajati beliau.

 

 

ADA HERO BARU

Selama ini hanya melihat orang lain punya ayah, tapi sekarang ni dah anggap cikgu seperti ayah sendiri. Rasa punya hero dalam kehidupan. Sungguh! Mahu menitis air mata di saat membaca ayat ini. Betapa sukarnya kehidupan beliau sebelum ini.

 

BACA JUGA: Rumah Bergegar Dek Gempa Bumi, Lelaki Ini Khusyuk Teruskan Solat Sampai Selesai. Terbaik!

 

Ramai juga komen daripada netizen yang prihatin turut sama-sama berkongsi rasa sebak kerana ungkapan tersebut. Dan hari ni, dia sudah boleh senyum gembira dek hero yang bertahta di hatinya, yang membantu dirinya keluar dari terus menjadi mangsa.selamat

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.